Saturday, April 19, 2008

Langkah Ku

Setiap langkah yang kita lalui, pasti ada rintangan nya.. Benar kata orang.. hidup ini ibarat putaran yang tidak kenal erti jemu untuk berputar.. hanya kuasa yang maha Esa sahaja mampu membuatkan ia berhenti dari paksinya.

Hamba baru melalui putaran yang hamba send
iri tidak tahu sama ada ia telah sampai kemuncaknya.. tapi hamba bangga kerana hamba mampu mengharungi malah menempuhi segala rintangan. Entah ye.. mengapa semenjak kebelakangan ini.. hati hamba sentiasa rasa berdebar -debar malah jantung hamba berdenyut dengan pantas... hamba cuba untuk mendalami mengapa ia terjadi...

Setelah diamati.. hamba mula sedar bahawa hamba mengalami perasaan menyayangi malah mencintai seseorang.. Hamba sendiri tidak pasti siapakah insan tersebut.. tetapi apa yang pasti.. insan tersebut tahu malah mendalami keadaan hamba.. mungkin kah dia.. mungkin bukan..

Hamba akui.. inilah kelemahan hamba.. hamba terlalu mudah menyayangi insan malah hamba bergitu selesa untuk berkongsi kasih.. mengapa kah hamba jadi bergini... kini hamba jelajahi.. mendalami malah fahami... kesilapan itu yang sebenarnya akan memakan diri hamba kelak..

Bagi insan tersebut.. mungkin tuan hamba faham maksud hamba.. tetapi.. kenapa kita perlu letakkan keegoaan itu sebagai punca penghalang segalanya atau.. aku hanya menaruh harapan yang belum pasti menjadi kenyataan.

Tuesday, April 15, 2008

Start to walk..

Jalan yang mungkin kita lalui kelak.. belum pasti tidak berliku..
tetapi kita harus tempuhi walaupun di penghujung kelak..
ia belum menjanjikan kebahagian yang kekal


This few weeks.. i really in stress and hamba terasa seperti tidak terurus.. tetapi hamba kian pulih.. hahaha.. ehhh... hamba sudah boleh gelak... kuang..kuang.


Oh ye.. hamba sekali lagi nak ucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada semua teman-teman hamba yang terutama sekali teman teristimewa blog hamba, yang tak putus-putus melayan kerenah hamba yang separuh masak ne. Ingin hamba khabarkan berita gembira ini kepada semua yang terlibat secara langsung atau di sebalik tabir diatas bantuan kalian semua. Hamba kini telah mampu berdiri malah berjalan dengan sendiri.
Perpatah melayu ada berkata.. patah tumbuh hilang berganti..
itulah putaran kehidupan di dunia ini. Kita hanya manusia
yang memainkan watak di pentas dunia.

Mungkin dikala ini hamba tak mampu untuk mencoretkan pergerakan hamba dengan banyak kerana.. hamba terlalu sibuk dengan persiapan dan perubahan impak yang sedang dilalui.. Buat keluarga dan teman-teman yang tercinta, terima kasih diatas bantuan kalian. Semoga tuhan yang maha Esa membalas budi baik kalian.

Friday, April 11, 2008

Its Friday Again

Same mousque, diff Shot

Waw... Selepas hari khamis pasti lah hari Jumaat kan! Friday is so meaningful for me.. friday is the time i knew some one.. friday i enter new life.. friday i spend time to my creater.. friday i leave for someone.. friday.. Ahhh..

Last time i used to avoid Friday.. why? coz i dont want to flash back my memories.. but now.. im looking foward to c friday coz... hehehhe life start on fiday... i think you know it rite...

Thursday, April 10, 2008

Hari - hari yang mendatang

Photobucket
Mungkin ada yang tertanya-tanya dimana hamba menghilangkan diri.. sepi tanpa sebarang berita. Hamba masih lagi ada dan sedang berpijak di bumi ciptaan yang maha Esa. Hamba sedang menghitung hari - hari yang mendatang.. mengatur langkah untuk berjalan ke arah destinasi yang ingin ditujui.

Hamba ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas bantuan teman-teman rapat (SUPERHERO) hamba yang tidak pernah lesu dan mengalah untuh memberi nasihat dan pertunjuk kepada hamba dikala hamba mengalami kegetiran hidup. Kepada doktor peribadi hamba.. terima kasih diatas segala rawatan dan bantuan... just to tell u that the methods that you told me, its really work.. thanx for the medicine.. even though its small but.. it help me alot...

Kepada insan yang hamba sayangi.. terima kasih diatas segala kenangan terindah.. kenangan itu kini dalam lipatan sejarah kita.. jika dilihat dan diperhalusi.. kenangan itulah yang membuatkan hamba masih terus berusaha dan terus berdikari untuk berdiri.. jika itu lah yang tuan hamba mahukan (berakhir dengan bermusuhan) hamba turuti.. mungkin itu terbaik untuk kita untuk memadamkan segala kenangan terindah tersebut.

Thursday, April 3, 2008

Teman Baik Ku Sebenarnya Musuh KU

hate definition

Penginsafan diri.. mengenali erti kehidupan.. mencari ketenangan.. bermuhasabar diri.. Itulah perjalanan kehidupan seorang insan yang masih terkapai-kapai mencari arah tujuan dan noktah kehidupan. Semakin banyak hamba cuba mendalami semakin banyak hamba singkapi. Itu lah realiti kehidupan yang semakin banyak perlu dilalui.

Sebenar ingin hamba luahkan.. sepanjang hamba mencari ketenangan dan penghayatan diri..hamba baru mengenali siapakah teman, musuh dan sahabat. Hamba mula mengenali siapakah musuh diantara teman-teman terulung bagi hamba. Jika hamba ingin singkapkan segala yang berlaku.. ia terlalu tragis bagi hamba untuk menghuraikan..

Teman.. kepercayaan yang hamba berikan kepada tuan hamba mengapa tuan hamba mengabaikan.. mengapa tuan hamba menyalahgunakan.. mengapa tuan hamba tidak sedikit pun sedar bertapa pentingnya dan bertapa payahnya hamba memberikan kepercayaan kepada insan-insan di dunia ini.

Dikala hamba mengalami keperitan hidup.. tuan hamba merupakan tempat untuk hamba meluahkan.. dikala hamba meraikan kegembiraan.. tuan hamba merupakan insan yang tidak terkecuali bagi hamba meraikan bersama. Tuan hamba merupakan bayang-bayang hamba. Tuan hamba juga tidak pernah terkecuali dari dirundum perbalahan malahan kekecewaan dalam kehidupan.. hamba berusaha menjadi pendengar yang setia.. mendengar segala rintihan malah keluhan tuan hamba. Hamba juga berusaha memberi bantuan dari segala aspek selagi hamba mampu dan terdaya. Hamba juga berusaha menjadi peneman yang taat kepada tuan hamba walau dimana jua. Pendek kata.. tiada rahsia diantara kita.

liar

Kekesalan yang hamba ingin luahkan.. mengapa tuan hamba sanggup malah tergamak menipu, memungkiri janji malah mengkhianati erti persahabatan ini. Maafkan hamba jika hamba menuduh keterlaluan.. dikala hamba mengalami keperitan dan permasalahan.. hamba tiada tempat untuk diluahkan selain tuan hamba tetapi.. mengapa tuan hamba tidak pernah jujur dalam memberi pandangan malah jauh sekali untuk mengatur tutur kata ketika berbicara.. Yup.. memang benar hamba bergitu pentingkan kejujuran dan ketulusan dalam memberi pandangan tetapi.. mengapa tuan hamba pula menjadi penyampai maklumat. Kehadiran tuan hamba dikala itu bukan lah sebagai penyampai maklumat atau memberi ulasan kepada sesiapa sebaliknya sebagai pendengar yang setia untuk menilai dan membuat kesimpulan. Jika benarlah tuan hamba merupakan teman baik hamba.. bermaksud tuan hamba sepatutnya membantu hamba untuk menghuraikan kekusutan dan membuka simpul yang terikat.. sebaliknya tuan hamba hanya pandai menyampaikan dari persektif tuan hamba… mengapa..mengapa tuan hamba tidak membantu hamba…

Mungkin.. tuan hamba mempunyai sebab tersendiri mengapa tuan hamba berkelakuan bergitu.. malah tidak salahlah hamba membuat kesimpulan terhadap tuan hamba.. Maafkan hamba.. mungkin tuan hamba ingin membalas dendam dan inginkan hamba merasa sepertimana tuan hamba lalui sebelum ini. Keadaan tuan hamba yang membuatkan hamba jadi bergini? Silap.. sepatutnya tuan hamba perlulah menjadikan ia sebagai satu pengajaran.. datangnya dengan jemputan maka perginya dengan lambaian.. hentikan segera sikap suka mengandai..mungkin juga dan fahamilah sendiri.

Bukan niat hamba ingin memburukkan keadaan dan menjadikan itu satu penyebab.. tetapi kekesalan yang hamba ialah.. tuan hamba sedikit pun tidak membantu dan menjalankan peranan sebagai teman rapat sebaliknya tuan hamba bersikap pandang dan lihat.. dengar dan ulangi.

Terima kasih diatas segala kenangan pahit dan manis dan sudi mengisi ruang kekosangan hamba sebagai teman rapat.. Siapa teman yang hamba maksudkan itu.. biarlah ia menjadi lipatan sejarah..