Tuesday, September 30, 2008

Pergi Untuk Seketika - ( Part 04 )



Dipagi raya ini.. hamba tak banyak sangat aktiviti yang hendak di coretkan.. hamba sempat memasak ketupat, lemang dan serta panaskan rending. Beraya lah seorang diri.. menjamu selera.. sambil mendengar lagu raya.. terkenang kampung halaman.. sedih sangat tapi apa nak buat dah menjadi tanggungjawab hamba..



Bangun je pagi tu.. hamba teruslah memasak kuah lodeh (lemak sayur) tuk makan dengan ketupat, rendang dan serunding.. Hamba sempat singgah ke Carefour untuk mencari bahan-bahan untuk memasak.. harga disana.. sememangnya mahal.. tapi tak semua bahan yang hamba perolehi disana.. ye lah mana nak cari tahu kering dan tempe.. apa yang bestya.. hamba asyik makan dan makan..


Dikala itu.. hamba mula terfikir apa yang sebenarnya maksud raya bagi hamba pada masa ini :
1. Yang pasti.. no more puasa ( nanti puasa 6 pulak )
2. Time to say sorry dan bermaafkan dengan ayah dan bonda serta ahli keluarga
3. Dengar takbir then pakai baju melayu baru kemudian pergi solat raya
4. Makan ketupat dan juadah bersama keluarga
5. Kena hulur duit raya dekat anak-anak buah.. adik beradik yang belum berkahwin
6. Waktu nak menonton cerita best2 di TV.. sambil makan kuih raya dan minum air berkabonat.


Ketika hamba disana.. ini semua merupakan kenangan yang sedih buat hamba.. maklumlah tak dapat lalui semua itu.. Pergi hamba hanya untuk seketika..

Monday, September 29, 2008

Pergi Untuk Seketika - ( Part 03 )


Cuaca di pagi hari disini terlalu bahang.. Hamba hanya mampu berguling dikamar sahaja.. bukan apa.. Tak larat nak menempuh kehangatan disini. Panas yang teramat sehingga terasa ke tulang rusuk. Bayangkan cuaca 40'C pada siang hari..


Perjalanan diteruskan dan hamba singgah ke City Centre maklumlah nak melihat apa-apa yang boleh di beli untuk persiapan terakhir sebelum lebaran. Hamba amat terpegun dengan keindahan serta kecanggihan shopping mall tersebut. Terlalu banyak branded shop dimana kita tidak perlu pergi ke Europe, semata mata hendak ke butik H&M, Ke United State semata-mata untuk membeli di Victoria Secret. Semuanya terdapat sini.



Puas jugalah hamba melawat setiap kedai.. tapi sayang sekali.. tak ada yang menawan mata hamba so tak banyak lah hamba nak shopping. Pusing punya pusing.. terasa dahaga pulak..hehehe.. (puasa lah) tapi yang pasti disini.. kebanyakan kedai makan dan coffee shop tidak dibuka sehingga selepas waktu berbuka puasa..


Hamba sempat juga membeli belah sedikit keperluan untuk memasak di pagi raya.. maklumlah nak makan kuah lodeh, sambal kacang dan ketupat segera. Singgah lah hamba ke Carefour tuk membeli bahan-bahan memasak. Harga disini sememangnya mahal-mahal gile.. macam mana yup nak hidup disini dengan gaji macam di KL. Baik simpan je angan-angan tu..


Setibanya di hotel.. hamba berurusan dengan pihak hotel untuk mendapatkan makluma mengenai bila Aid Mubarak.. emm.. belum tahu lagi lah pulak.. sedangkan Kl dah buat penggumuman syahwal pada 1 Oktober 2008. Sebelum hamba melelapkan mata untuk tidur.. hamba di kejutkan dengan panggilan telefon..

“ Marhaba.. Excuse me sir, I’m calling from reception. I would like to inform you that tomorrow ( 30 Sept 2008 ) will be Aid Mubarak”

Alamak.. terkejut juga hamba.. emm.. kenapa tak kedengaran takbir raya pun.. tetiba hati dan perasaan hamba terlalu sebak.. teringat kat ayah dan bonda.. teringat kat kampung halaman.. emm pasti waktu ini kalian sedang sibuk mengemas rumah.. menyusun kuih raya dan sebagainya.. tapi hamba disini tak terasa langsung suasana seprti di tanah air.


Sambutan Aidil fitri di Dubai tidak lah terlalu meriah.. sebaliknya kita mungkin tidak terasa kehangatan lebaran seperti di malaysia... mengapa dan kenapa? hamba cuba mencari jawapan untuk persoalan ini..
1. Disini mereka lebih menghargai kehadiran Ramadhan berbanding Syahwal kerana Bulan ramadhan bulan beribadat
2. Disini mereka tidak mempunyai tradisi seperti di malaysia.. perbezaan adat dan budaya
3. Mungkin disebabkan.. hamba tak faham lagu raya mereka.. heheh lagu arab dah..
4. Disebabkan terlalu pesat membangun.. kedai-kedai masih lagi beroperasi di pagi raya.. so time to shopping mall je

Hamba ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua teman-teman hamba yang menghantar ucapan Aidil Fitri. Maafkan hamba kerana hamba tidak dapat membalas semua ucapan tersebut.

Heheh.. Nak Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hamba ingin menggambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika hamba ada terkasar bahasa.. menyinggung perasaan sesiapa. Hamba hanya insan yang kerdil.. tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.. tapi itu bukan alasan hamba untuk membuat kesilapan kepada tuan hamba semua.. semoga kehadiran syawal akan menceriakan lagi kehidupan kita semua. Amin

Buat tatapan ayah dan bonda.. anakanda ingin memohon ampun dan maaf.. jika anakanda mu ini ada tersilap langkah.. biadap perlakuan.. melukai hati kalian. Bonda.. halalkan susu yang bonda berikan untuk membesarkan anakanda mu ini.. Buat ayahanda.. terima kasih diatas pengorbanan mu untuk membesarkan anakanda mu ini. Buat along dan adik-adik serta ipar.. terima kasih diatas sokongan dan bantuan kalian.. semoga syahwal ini akan memberi kita sinar kehidupan dan kemulian dari Ilahi. Hamba ingin memohon ampun dan maaf kepada kalian semua jika hamba ada melakukan kesilapan..

Buat pembaca setia blog hamba.. terima kasih diatas sokongan kalian semua.. mungkin penulisan hamba tidak banyak membantu kalian.. akan tetapi penulisan hamba merupakan rintihan dan coretan perjalan hidup hamba ini. Maaf dipinta jika ada tersalah dan terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa. Salam Aidilfitri buat semua..

Sunday, September 28, 2008

Pergi Untuk Seketika - ( Part 02 )



Tuan - Tuan dan Puan – Puan,

Kita telah mendarat di Lapangan Antarabangsa Dubai

Anda diminta duduk sehingga isyarat pasangkan tali pinggang dipadamkan.. Anda dilarang menggunakan telefon bersel sehingga pintu pesawat telah dibuka… Waktu tempatan sekarang ialah 3 pagi bersamaan 28 September dan suhu diluar 30’C. Bagi pelawat, kami mengucapkan ‘Selamat datang’ dan bagi warganegara ‘Selamat pulang’.. Terima kasih kerana menyertai penerbangan Malaysia.



Hamba berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 2359. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai mengambil masa selama 7 jam. Pesawat yang hamba naiki ini akan meneruskan perjalanan ke Beirut. Penat tak terkira.. maklumlah, petang tadi sedang hamba enak beradu.. tetiba ada panggilan.


Syamz.. emak perlukan bantuan kamu.. please help me to choose my new sofa.. Emak kat Fella Design ne.. pening lah pulak nak pilih yang mana.. emak datang ambik syamz sekarang tau.. dah pergi siap sekarang.” Cik Gayah’ ( ibu angkat hamba)



Belum sempat hamba memberi sebarang cadangan.. beliau dah letak telefon… setelah puas memilih sofa.. sempat kami menjeling – jeling untuk mencari kuih raya. Pada petang itu.. kami puas berjalan ke PKNS semata – mata ingin melihat apa yang boleh kami beli.. dan hamba pula sibuk nak menambahkan lagi bekalan makanan semasa diperantaun.. Emm.. nak tunggu kuih raya dari bonda tercinta di kampung.. lepas kembali nanti baru nak balik kampung.. so hamba beli lah kuih kegemaran hamba.. Kuih Tart Nenas, kuih popia kecil..( sumbangan emak gayah )


Tak banyak yang boleh hamba coretkan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke dubai.. apa yang pasti.. pengalaman dahulu telah banyak mengajar hamba apa bila hendak ke Negara Arab.. hehehehe.. tak yah lah nak tahu apa pengalaman itu..



Setibanya hamba di dubai..tak banyak aktiviti.. kerana nak beradu dan mengganti tidur yang tak lena kebelakangan ini.. heheh.. Apa yang pasti.. kebanyakkan kedai disini semuanya tutup pada siang hati.. padu pukul 1930hrs baru suasana di bandar ini mula meriah.. Waktu disini berbuka lebih kurang 1815hrs. Memandangkan kebanyakan kedai dan restaurant hanya dibuka selepas pukul 1930hrs, so hamba hanya berbuka ala kadar kerana nanti nak makan nasi biriyani.. emm kalo g dubai, tak sah kalo tak makan nasi biriyani.. Sepanjang perjalanan hamba ke Deira Tower mengambil masa lebih kurang 30 minit.. perjalan terlalu sesak dan padat. Ini mungkin disebabkan oleh masyarakat disini membuat persiapan untuk menyambut Eid Mubarak tambahan pula terlalu banyak pembangunan dan baik pulih jalan raya.. so banyak lah lencongan disana sini.. Sampai sahaja.. apa lagi.. teruslah hamba menuju ke restaurant biriyani Visitor.. seperti biasa.. menu kegemaran hamba Chicken Biriyani dan sempat bungkus untuk bersahor nanti.




Kemudian hamba meneruskan perjalanan mencuci mata sambil membeli belah.. haha.. jangan fikir yang bukan bukan.. maksud hamba melihat-lihat keindahan bangunan di dubai dikala waktu malam serta gelagat manusia membeli belah. Sebenarnya banyak juga list barang yang hendak dibeli.. ada teman-teman mengirim pakaian, kain, coklat dan sebagainya..





Hamba terjebak membeli jubah putih untuk dipakai ke masjid untuk solat Aidil Fitri. Hehehe.. harga nya bolehlah tahan.. saja gatai nak pakai macam orang sini.. heheh its look nice.. siap pak arab tu kata macam orang tempatan.. ke dia peril hamba. Banyak benda hamba pelajari tentang pemakaian jubah disini.. rupanya ada pantang larang.. nantilah kalo ada kesempatan.. hamba akan coretkan. Itulah perjalan hamba untuk hari ini…

Saturday, September 27, 2008

Pergi Untuk Seketika - ( Part 01 )




Hari ini, hamba terlalu sibuk sehinggakan tak tahu nak buat apa.. ( kata sibuk.. tapi tak tahu nak buat apa? macam mana tu.... ) hamba rasa masa terlalu suntuk.. sehinggakan banyak lagi perkara yang masih belum hamba laksanakan.. Ramadhan dah nak meninggalkan kita.. maka itu lah kiraan hamba.. masa untuk hamba bersiap sedia untuk pergi berkhidmat untuk negara (semangat patriotik sanggat).


Dokument yang paling penting... emm passport dah nak tamat tempoh..

Hamba sibuk membuat persiapan terakhir sebelum menyambut Lebaran.. banyak sangat yang hendak dibuat.. Hamba akan ke luar negara pada 27 Sept 2008 dan akan kembali ke tanah air pada 4 Okt 2008. Bermakna.. hamba akan menyambut lebaran di negara orang.. Ahksss.. ini merupakan tahun ke-8 hamba tidak dapat meraikan lebaran bersama keluarga di kampung..

Sempat pose dalam check in beg..
kelihatan sungguh penat...

Seperti biasalah.. persiapan hamba merangkumi.. bekalan makanan (sebab nak makan ketupat dan rendang) dan pakaian sepanjang disana dan y ang penting baju melayu.. (raya ke?) ala .. mana tahu kalau-kalau dapat jemputan duta negara disana nanti.. heheheh

Sedap.. lebih enak kalo dimakan bergitu saja



Menu wajib dipagi raya..
tak akan nak bawa daun ketupat kot.. segera pun jadilah


Sesudah berbuka puasa.. hamba mula masak rendang ayam.. (sedap dan pedas... ) ye lah nak bawa bekal tuk makan dipagi raya nanti.. tidak ketinggalan ketupat segera.. (ditaja oleh ADABI) serta sedikit makanan ringgan.. Lama sebenarnya hamba tak masak rendang.. tapi skill tu masih ada lagi lah.. ne pun sempat tanya bonda dikampung.. resepi keluarga.. (kalo nak rasa.. jemputlah datang rumah terbuka kami)


Yang mana satu perlu hamba pilih ?

Masa untuk mengemas pakaian... alamak.. hamba tak tahu nak bawa baju melayu yang mana? warna apa yup yang sesuai? emmm.. pakai jelah baju warna kuning ne.. ala.. bukan nak pergi photoshoot.. just nak pakai pergi solat raya.. huhu.. nasib baik teringat nak bawa samping.. tetiba sedang kemas barang.. ada lah hamba Allah ne duk telefon hamba:

xxx : Salam
hamba : Salam

xxx : Tengah buat pe tu.. beb.. aku tengah ada big problem lah.. i really need your help..

hamba
: Kenapa ne..

xxx : Aku baru gaduh ngan my lover lah.. rasa2nya dia nak break lah

hamba : kenapa jadi bergini.. sabar.. buat mengucap..

xxx : Ko.. kan tahu problem kami.. macam mana yup..

hamba : Entahlah beb.. susah aku nak cakap.. berginilah.. apa kata ko cuba pujuk dia..

xxx : Ahk.. tak nak lah aku.. dia buat hal.. tapi aku sayang dia lah beb...
hamba : Then apa plan ko?

xxx : Aku baru lepas baca blog ko dari awal2 entry ko.. aku rasa ko mesti boleh tolong
aku..
hamba : beb.. kalo ko rasa nak luahkan pada aku.. aku sudi dengar.. tapi.. (serba salah nak ckp) Aku ngah sibuk nak pack barang2 aku ne..
xxx : Eh.. ko kan tak balik raya.. sibuk kemas brg nak g mana?

hamba : Aku kena kerja lah..

xxx : wokies.. nanti aku call ko balik.. tq

hamba : beb.. selesai aku kemas.. aku call ko.. jangan lak tak pick up phone.. banyak2 bersabar
dan jangan buat keja bodoh tau.. bye..



Sejam kemudian.. dia msg hamba semula...
" Beb.. thanx so much.. aku banyak pelajari dari blog ko.. now i know what to do.. i will try to follow ur step how to overcome this problem.. esok aku call ko, n will let u know what is my actions.. nite beb.. "

p/s : buat teman hamba itu... kita bukan insan yang sempurna.. jadi pelajari dari kesilapan bersama.

Thursday, September 25, 2008

SediH.. SyahWal menjelang Semula


MyCartopia.com Click here to get one

Entah.. hamba terasa semakin hiba dan pilu bila menghitung kehadiran Lebaran ini.. Sepatutnya kita perlu meraikan dengan gembira dan senyum serta gelak tawa.. Ini bukan bagi hamba.. entah lah.. bila dikenang-kenangkan semula.. perasaan rindu terhadap keluarga di kampung halaman tidak dapat dibendung lagi...

Hamba semakin sebak bila mendengar lagu raya.. entah kenapa dan mengapa... hamba menjadi benci mendengar lagu raya di putarkan.. bukan mengkritik pasal lagu atau melodi.. tetapi hamba semakin pilu bila mendengarnya..

Banyak sebab yang membuatkan hamba terharu dan sedih.. terkenang-kenangan silam.. dikala berbuka puasa dan bersahur bersama teman baik hamba.. dimalam hari.. kami perpusu-pusu meredah Jalan Tuaku Abdul Rahman semata-mata hendak merasakan suasana orang dikota membuat persiapan menyambut lebaran.. kami akan sibuk berkemas dan membuat persiapan menyambut raya.. yang pasti kami akan ada sepersalinan baju baru dan sibuk membuat tempahan kuih muih.. Paling terasa.. bila kami bersama-sama menyediakan hidangan untuk dipagi lebaran.. Masak Rendang Ayam Pencen, Sambal Kacang, Kuah lodeh dan rebus ketupat segera.. Dia pula akan sibuk mencari lemang.. Seronok sangat waktu itu.. tetapi.. itu semua hanyalah kenangan.. dan tahun ini.. hamba menyambut lebaran tanpa itu semua...

Ingatkan.. kehadiran lebaran ini, hamba dapat menyambut bersama keluarga tercinta.. akan tetapi.. itu semua hanya harapan kerana hamba lebih diperlukan untuk bertugas dari meraikan saat kegembiraan itu... ahksss... mengapa mesti hamba lagi...

Tuesday, September 23, 2008

Persiapan SyahWaL


Menunaikan kewajipan.. membayar zakat

Lebaran semakin dekat.. persiapan semakin rancak.. lagu raya mula kedengaran di corong-corong radio.. malah ucapan sms untuk hari raya mula diterima.. tahun ini hamba tidak banyak memperolehi kad ucapan hari raya.. maklumlah teknologi dah canggih.. melalui email dan sms sudah cukup mengantikan diri untuk ucapan..

Suasana lebaran bergitu hebat dan mula terasa di pusat-pusat membeli belah.. seperti pertandingan hiasan tercantik.. heheh.. baguslah.. setidak-tidaknya warga kota mula terasa hanggatnya menyambut lebaran di kampung halaman..



Seronok mendengar persembahan gamilan..

Seperti biasa.. persiapan untuk menyambut lebaran bagi hamba tidaklah bergitu meriah sangat.. mungkin disebabkan usia semakin meningkat.. seperti biasa semuanya ala kadar.. tapi hamba dah buat persiapan awal-awal lagi dengan membuat peruntukan duit raya.. membeli sepersalinan pakaian dan yang penting baju melayu..

KeHangatan SyahWal



Sekejab sahaja masa berlalu.. rasa nya ketibaan Ramadhan masih belum puas di nikmati.. kini Syahwal pula menyusul. Dikala ini.. rakyat muslim tengah sibuk membuat persiapan untuk meraikan Syahwal yang mulia.. Bagi kaum ibu-ibu, kesibukan untuk membuat kuih raya.. bagi kuam bapa, keserabutan membuat peruntukan raya. ( nak service keta.. duit raya.. belanja open house)... hehehe.. paling best kanak-kanak.. penantian untuk menggumpul duit raya..

Bagi semua insan yang berada di perantauan.. pulang lah berhari raya jika kesempatan.. walaupun tahun ini hamba tidak dapat menikmati suasana berhari raya di tanah air sendiri.. mungkin di pagi raya nanti.. hamba akan teringat suasana bersalaman dengan keluarga.. solat Aidilfitri.. memohon ampun dan maaf.. bertukar duit raya.. yang penting.. menjamu selera sambil menonton TV.. hehehhe

Nantikan kemunculan perjalan hamba berhari raya di perantauan..

Monday, September 22, 2008

Cukup.. Hamba sudah RiMAS



Maaf kan hamba jika semenjak kebelakangan ini.. kehadiran blog hamba terlalu banyak yang menyinggung sesiapa dimuka bumi ini. Bukan niat hamba untuk menyakiti sesiapa akan tetapi itu lah luahan hati hamba.. maaf banyak paparan yang hamba tidak mahu paparkan kerana hamba ingin menyimpan sedikit rintihan ini untuk renungan hamba..

Baru- baru ini.. hamba dikejutkan dengan mesej dari seorang hamba Allah... beliau tidak bergitu penting dalam kehidupan hamba (maafkan hamba). Akan tetapi hamba jadi binggung mengapa dan kenapa beliau ingin meluahkan rasa ketidak puasan orang lain kepada hamba. Jika benar insan tersebut terasa hati dengan hamba.. lauahkan sahaja.. dan bukannya tuan hamba menjadi postmen yang tak bergaji.. wartawan yang tak bertauliah.. orang suruhan yang tak bermajikan..



Hamba cukup terperanjat dengan apa yang ingin tuan hamba katakan.. akan tetapi mengapa tuan hamba tidak mengkaji terlebih dahulu.. tanya orang dipersekitaran.. tanya pendapat orang.. ini tidak.. kamu melenting seperti cacing kepanasan malah seperti ikan kekeringan air. Hamba terlalau sedih kerana... tuan hamba mudah terpengaruh.. mudah melenting malah mudah termakan pujuk.. malahan hamba tidak ada pendirian hidup..cukup lah untuk hamba menggenali tuan hamba setakat ini.. kerana hamba bergitu malu dengan sikap kebudak-budakan kamu itu malah tidak pandai menggunakan akal fikiran untuk berfikir dengan rasional.

Buat insan tersebut.. maafkan hamba.. cukup sekadar ini.. usah lah tuan hamba ingin memasuki ruang kehidupan hamba.. bukan hamba membenci tuan hamba.. akan tetapi.. hamba cukup rimas dengan sikap tuan hamba itu.. Sedarlah.. kelak tuan hamba akan tahu apa itu permata.. apa itu kaca.. walaupun kedua-duanya cantik bersinar dibawah cahaya.. tetapi.. yang mana satu lebih bernilai?

Tuesday, September 16, 2008

I neEd My OwN TimE



Entah lah.. apa yang hamba ingin luahkan ini bukan bermaksud apa-apa.. Hamba ingin bersendirian .. hamba ingin berehat.. nak menyepikan diri..
kenapa ini semua terjadi..
suratan takdir dan inilah bahagian hamba..
dugaan dan cabaran..

Monday, September 15, 2008

HujunG Minggu BersAma KeluaRgA

Pada hujung minggu yang lepas.. hamba tidak mahu melepaskan kesempatan untuk berbuka bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Pada perancangan awal hamba.. minggu hadapan baru ingin pulang ke kampung halaman. maklumlah.. suasana hari raya hampir tiba.. jadi persaan gembira tentulah tidak dapat di bendung... (walaupun tahun ini.. tahun ke8 hamba tidak bersama keluarga tercinta untuk berhari raya)

Jika dilihat jadual hamba.. memanglah padat yang teramat sangat.. hamba ingin memohon ampun buat teman2 yang dah buat slot appointment terlebih awal untuk berbuka puasa atau lepak sambil shopping. Hamba tidak dapat memenuhi jadual tersebut... bukannya famous atau perasan.. hahah tetapi jadual hamba terlalu padat.. harap2 kalian semua faham keadaan hamba.

Mungkin ada yang terdetik untuk meluahkan rasa ketidak puasan hati.. tapi.. maafkan hamba.. Ingat tak pesanan hamba dahulu... " My Lover is no 1, but family is my priority... meaning... i will discuss with you.. i will ask ur opinion.. BUT when my family need me.. i must be there , even we had make early plan.. coz in this world .. i only have 1 mum and dad "

Perjalan hamba ke kampung halaman, bermula pada pukul 4pm pada hari sabtu.. ia mengammbil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke kampung halaman.. mungkin ini ramadhan terakhir buat kami semua di teratak tersebut.. setiba rumah ayah dan bonda.. rupa-rupanya mereka telah membuat perancangan terlebih dahulu..


Sepanjang perjalan itu.. kotak fikiran hamba terbayang-bayang masakan bonda.. tetapi setiba di rumah.. lain pula kejutan nye.. Kami sekeluarga merancang untuk berbuka di luar sahaja ( Restaurant Din Kota ) emm.. nak buat macam mana.. betul jugakan.. bila lagi bonda hamba nak dapat OFF DAY.. asyik ngan jadual harian beliau yang padat tu je..






Seronok juga coz dapat duduk bersama keluarga melepak makan diluar sambil.. sindir menyidir sesama kami untuk memeriahkan suasana berbuka.. waktu ne lah.. ayah dan bonda membuka rahsia sewaktu kami berpuasa di kala zaman kanak-kanak.

Hamba ingin membuat entry mengenai kampung halaman hamba.. tak pe.. nanti kan lah entry tersebut.. Pada hari ahad.. selepas berbuka.. hamba bergerak semula ke lubuk rezeki dan teratak hamba di KL. Pejalanan sedikit perlahan kerana hujan tidak berhenti sepanjang perjalanan hamba. Sempat juga hamba singgah untuk membeli buah-buahan tempatan di hentian R&R.

Setiba di rumah.. hamba terlalu penat sehinggakan tidak larat nak bangun makan sahor.. tetapi demi bekalan makanan yang bonda kirimkan.. hamba gagahkan diri untuk menjamah bekalan tersebut... Tetiba.. hamba di serang oleh seseorang.....