Friday, October 31, 2008

Biarlah Hamba di Dunia Hamba

Mungkin itu lah realiti yang sebenarnya.. hamba akui.. malah hamba sedari.. dunia kita mungkin jauh berbeza.. ingin hamba cuba untuk terbang tinggi di langit biru.. berlayar di lautan yang terbentang luas untuk melihat seluas mana dunia ini.. melihat seindah mana kehidupan ini.. akan tetapi.. hamba masih lagi dibelenggu di dalam dunia hamba.. dunia fantasi yang hamba ciptakan.. malah berpijak di dunia yang penuh realiti itu.. membuatkan hamba menjadi insan yang kerdil.. hamba akui.. malah hamba sedari.. dunia itu tidak mampu bertahan.. dunia itu hanya kita yang melakonkan watak tersebut.. hanya kita mewarnai segala coretan itu..



Semakin tinggi hamba terbang di langgit biru.. semakin dekat hamba pada pencipta.. tetapi semakin jauh hamba didunia realiti.. bukan itu yang hamba mahukan.. bukan itu yang hamba pinta.. tapi.. semakin luas langit itu bermakna.. semakin banyak yang hamba harus pelajari.. benar kata teman-teman.. peluang itu datangnya sekali.. realiti itu tidak mampu ditukar.. impian itu harus didakapi.. keperitan itu harus dilalui.. kerana kebahagian pasti dihujung sana.. usalah kita fikirkan waktu itu.. kerana itu diluar akal fikiran kita.. teruskan liku itu.. lalui dengan tabah dan sabar..

Biarkan hamba di dunia hamba.. mencari realiti bukan lagi fantasi.. kerana hamba terlalu lemah meniti erti kehidupan ini.. pimpinlah tangan hamba.. kita harungi liku itu.. kita kongsi segalanya.. kita rai kejayaan itu bersama..

Thursday, October 30, 2008

MeanING of Kissing & Body Movement



Did you still remember when was your last kiss? do we realized the meaning of kissing... emmm.. yup, when we meet up our friends sometime we will kiss or cheek to cheek. But does we realised that is 1001 meaning by doing this.

Loves that live in the heart cannot be easily terminated by time
Eventhough the encounter is brief
Its impression shall last a lifetime
No one can change the direction of love that lives in the heart
If you have loved that in itself is the answer

Different countries have a different culture. As in middle east, guy will cheek to cheek among them the basically it will be more then 3 times. But in certain countries, they will look and label that guy who cheek to cheek as not normal.

Here the meaning of kiss and body movements by ~Bishonen 1998~

Kiss on the stomach
"lets have sex"
Kiss on the Forehead
"Forever you will be mine"
Kiss on the Ear
"I'm horny"
Kiss on the Cheek
"We're friends"
Kiss on the Hand
"I adore you"
Kiss on the Neck
"We belong together"
Kiss on the Shoulder
"I want you"
Kiss on the Lips
"I love you" OR "I want you"
Holding Hands
"We can learn to love each other"
Slap on the Butt
"That's mine"
Playing with the Ear
"I can't live without you"
Holding on tight
"Don't let go"
Looking into each other's Eyes
"Don't leave me"
Playing with Hair on Head
"Tell me you love me"
Arms around the Waist
"I love you too much to let go"
Laughing while Kissing
"I am completely Comfortable with you"

If i slap your face??
Meaning I care and want you to improve

Wednesday, October 29, 2008

Photoshop CS3



Pesanan orang dahulu kala 'Tuntutlah ilmu sehingga ke China' ... menuntut ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahat.. bertapa mendalam nye kata-kata tersebut. Masa sekolah dahulu, banyak juga benda yang harus dipelajari.. Hamba selalu berkata... "Mengapa kita nak pelajari semua itu.. belajar apa yang kita benar-benar perlukan dalam kehidupan ini" lihat bertapa malasnya hamba ingin belajar dan tidak faham bertapa pentingnya ilmu ini.

Setelah hamba tamat pengajian di univesiti, alhamdulilah hamba mampu mencapai segala impian dan cita-cita hamba. Bukan senang hendak senang... bukan susah kalo nak jadi susah. Kini hamba mula mempelajari ilmu baru.. hehehe.. bagi mereka yang mahir dan tahu tentang photoshop CS3, baguslah.. itu merupakan kelebihan dan penguasaan bidang masing-masing.



Oleh kerana hamba telah jatuh cinta dengan menulis blog tentang perjalan hidup hamba, niat hamba bukan untuk mencari populariti tetapi mencoret catatan kehidupan hamba untuk tatapan hamba dikala usia meningkat.. Jadi, hamba ingin cuba pelajari tentang Photoshop supaya ia dapat membantu hamba membuat suntingan pada gambar-gambar yang ingin hamba paparkan. Sehingga kini, hamba masih tergapai-gapai mempelajari dengan manual yang ada ini.

Tuesday, October 28, 2008

Cup Cake Vs Muffin


Siapa kata cup cake tak sedap?... siapa kata cup cake sama macam muffin..

Bagi hamba.. cup cake mempunyai identiti nye yang tersendiri.. cantik dipandang malah enak dimakan.. Kalo kita tempah cup cake.. kita boleh pilih pelbagai design, warna dan perisa. Hamba sempat menempah cup cake dari Karl untuk santapan tetamu dimasa rumah terbuka kami. Apa yang pasti, ramai yang terpegun dengan kesenian hiasan cup cake tersebut.

Temubicara bersama pengusaha cup cake Karl Kimora Hilton dalam racangan sepetang bersama usahawan gigih :


Wartawan Tokyo Blue ( kiri sekali) sibuk memasang telinga... Karl Kimora (bertopi) sempat pose untuk majalah keluaran December edisi gempak X'mas diambang 2008

Apa kah perbezaan cup cake dan muffin?

cupkek merupakan mini cake
muffin merupakan chocmoist muffin cake


Apa yang menarik sangat pasal cup cake?
Pelbagai warna menarik dan perisa


Mengapa panggil cup cake bukan nama lain ?
Seperti jawapan diatas cupkek merupakan mini cake
nanti kalau i buat kek dalam piring/mangkok...i panggil piring/mangkok cake..kelesss :P


Kenapa perlu pilih cup cake berbanding muffin?
Pelbagai warna-warna menarik utk cupkek dan pelbagai perisa dan bagi rasa yg lain dari lain boleh mencuba muffins choc moist.....keduanya mempunyai rasa yg berbeza....dan menarikssss...

Bagi semua yang ingin mencuba cup cake.. nantikan entry penuh hamba tentang resepi dan rahsia cup cake...

Pengguna Yang BijAk


Semasa hamba berjalan-jalan untuk menggambil angin.. hamba perpandang iklan jualan gudang di sekitar kawasan ini.. Hati hamba mula terdedik, pasti akan meriah dan penuh dengan pengunjung. Maklumlah orang dah dapat gaji so bolehlah mereka menyopingkan diri. Jualan gudang ini berlangsung selama 5 hari.


Sebagai manusia dan masyarakat malaysia, kita akan sentiasa berfikir.. 'ala.. pergi last day mesti lagi menarik dan lebih murah'. Inilah amalan masyarakat kita ( maaf bukan semua) seperti persiapan hari raya.. kalo boleh malam terakhir baru nak pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana semuanya akan lelong dan jauh lebih murah. Tapi kita silap, pada waktu iku kita tidak banyak pilihan malah saiz pun tidak berapa banyak.


Selaku pengguna yang bijak, tidak salah kita membeli diwaktu jualan murah atau jualan gudang. Cuba bayangkan harga asal ialah RM800, selepas discount tinggal RM185. Memang murah tetapi.. pernahkah kita terfikir mengapa harga terlalu murah dan jauh perbezaan? Pernahkah kita terfikir berapa harga kos sebenar.. waw.. banyak juga mereka mark up price..



Setelah hamba buat perbandingan harga dan juga kualiti, ternyata barang yang dijual masih lagi berkualiti dan bermutu. Selaku pengguna yang bijak, kita perlu tahu membuat perbandingan.. jangan sekali-kali tertipu ngan iklan Jualan Murah kerana, tidak semuanya murah sebab mereka dah mark up harga kemudian buat potongan sehingga 80%.

Selaku pengguna, jadilah pembeli yang bijak.. bandingkan harga dahulu kemudian buat perbandingan, periksa dahulu kualiti ingat pesanan orang-orang dahulu kala "kalah membeli.. menang memakai". Sentiasa jangan terpengaruh dengan pujuk rayu jurujual malah iklan yang gempak.. Sediakan dahulu senarai barangan yang perlu dibeli bukan membeli kerana murah tetapi ia tidak di perlukan.

Monday, October 27, 2008

HappY DepaVali





Hamba ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Depavali kepada semua teman-teman dan pengunjung blog hamba. Semoga kita berjumpa lagi di lain perayaan.

Sunday, October 26, 2008

SaHaBat



Sahabat
Telah aku coretkan segalanaya
Telah aku luahkan segalanya
Telah aku catatkan segalanya
Telah aku kupas segalanya
Tetapi...
Mengapa kau masih ingin berlari

Sahabat
Terima kasih diatas penjelasan itu
Terima kasih diatas pengakuan itu
Terima kasih diatas kejujuran itu
Terima kasih diatas keikhlasan itu
Tetapi..
Mengapa kau masih menghantui aku

Sahabat
Mengapa kau perlu menyepi
Mengapa kau perlu berdalih
Mengapa kau perlu menipu
Mengapa kau perlu seribu alasan itu
Tetapi..
Mengapa kau perlu menipu diri

Sahabat
Hirisan Kata-Kata mu
Luahan kasih sayang mu
Janji-janji manis mu
Belaian dan sentuhan mu
Sebenarnya lakonan dikala kau kesunyian

Sahabat
Jika benar itu yang kau lakukan
Bertapa hinanya aku disisi mu
Bertapa murahnya maruh mu
Bertapa kotornya erti persahabatan itu

Sahabat
Kita semakin dewasa
Semakin matang
Kau mengutamakan kerjaya itu
Kau mempunyai kelas yang tersendiri
Kau tahu apa yang kau pinta
Berlari menuju harapan dan impian

Sahabat
Pinta aku hanya satu
Usahlah kenangan lalu membatasi
Perkenalan dan persahabatan ini
Usahlah kau dihantaui persaan malu
Sesungguhnya erti persahabatan ini
Jauh lebih bermakna dari itu
Untuk kita hargai selamanya

nukilan : syamseliman

Saturday, October 25, 2008

Tanggungjawab Bersama...


Menjaga kebersihan malah harta benda awam merupakan tanggungjawab kita bersama. Mungkin pendedahan inilah yang perlu dipupuk dikalangan masyarakat kita yang sudah mula memandang enting. Mengapaka perkara ini terjadi? adakah disebabkan sikap masyarakat kita yang mula menanam sifat pentingkan diri sendiri atau nilai-nilai murni masyarakat kita telah haus dikikis perubahan masa dan kepesatan pembangunan.

Jika dilihat dari pelbagai sudut dan perspektif, kesedaran rohani dan moral masih lagi tidak mampu membawa perubahan yang mencerminkan identiti kita sebagai rakyat malaysia. Mungkin juga kita kekurangan pendedahan tentang perbezaan amalan dinegara lain.

Jika kita sebut sahaja tentang tandas awam, perkara yang pertama sekali terlintas di kotak fikiran adalah "KOTOR" dan perlu membayar sebelum digunakan. Tidak dapat dinafikan kebanyakan tandas awam di negara kita ini berada ditahap yang kotor dan menjijikkan. Pelbagai usaha semua pihak cuba menukar perspektif masyarakat mengenai tandas awam, tetapi inilah realiti yang sebenarnya.

Ini merupakan gambar di tempat kejadian.. Bayangkan jika anda ingin menggunakan..

Ketika hamba sedang asyik berjalan di sebuah pusat membeli belah, hamba terpaksa singgah ke tandas awan tersebut.. kerana ada urusniaga kecil-kecilan. Hamba terpesona dengan suasana dan kebersihan tandas tersebut. Yang pasti, tiada bayaran dikenakan untuk singgah disitu. Mungkin ini disebabkan keprihatinan pengguna tentang tahap kebersihan atau pihak penggurusan menjaganya dengan baik.



Hamba ingin menyeru kepada semua masyarakat kita supaya mengamalkan kebersihan kebersihan di dalam tandas awam. Hentikan vandalism, bagi penulis cerpen di belakang pintu-pintu tandas, buatlah blog anda dan luahkan isi hati anda disitu dan bagi mereka yang ingin membuat tawaran perniagaan (faham-faham sendiri).. buat je iklan di internet ne kan senang dan cukup berkesan.

Hamba berharap semoga kita mampu menjaga kebersihan harta benda awam dengan baik. Ingatlah, kebersihan itu merupakan tuntutan agama.

Friday, October 24, 2008

OldTown Coffee Vs Kopi Kampung



"Mamak, tea tarik satu"
Boley..
"Mamak, Tea tarik separuh"
Tak Boley..
Kenapa tak boleh?...

Hamba sentiasa teringat iklan ini.. kalo lepak kedai mamak, pasti ayat ini akan jadi perbualan utama.. tidak pun, ia akan menjadi pembuka topik kami semua.. Kelakar tapi penuh pengertian..


Semenjak kebelakangan ini, hamba telah menjadi penggunjung setia OldTown White Coffee. Kenapa yup? bagi hamba tidak salah kalo kita ingin bertukar selera.. kalo dahulu, kita asyik nak pergi Starbuck, Coffee Bean dan seangkatannya. Tapi kini kopitiam ala-ala traditional mula menambat hati.

Apa yang hendak dinikmati disini. Menu utama pastilah coffee, tapi tak dapat dinafikan menu yang disajikan mampu memenuhi citarasa kita. Roti bakar, Jus buah-buahan, dan sebagainya.



Kalo kita nikmati kopi kampung, pasti kita akan nikmati bersama biskut kering ( brand pin ping) tak pun biskut mayat.. kata orang kampung. hehehehe.. kenapa panggil biskut mayat?.. kerana, menu yang akan dihidangkan semasa upacara pengkebumian sebab masa dahulu kala.. masa tu mana ada katering dan siapa nak masak dikala orang sedang bersedih meratapi pemergian insan tersayang.

Kalo kita nikmati Coffee di kopitiam, mesti nikmati bersama roti bakar. emm.. baru terasa nikmatnya. Yang pasti, disini semuanya ada Wifi demi kemudahan penggunjung. Sambil makan boleh melayari laman web.



Bagi hamba, kopi kampung tetap ada kelas dan rasa yang tersendirinya. serta pencita setianya. Bergitu juga dengan cofffee yang telah di olah menggikut citarasa terkini.. Walaupun itu pilihan semasa, jangan lah kita lupa nikmati kopi kampung kerana takut nanti generasi muda tidak tahu bertapa nikmatnya dan aslinya kopi kampung.



Biarlah kita hidup diarus kemodenan tetapi, tidak semua benda harus manggalami perubahan yang drastik, bukan apa.. janganlah kita lupa pada asal usul dan tradisi kita.. itu merupakan warisan orang dahulu kala. Bagi hamba, kopi kampung dan Coffee di kopitiam, masing-masing mempunyai pencinta dan rasa yang tersendiri..


Tokyo blue bersama laman blog nya dan Life in The Sky - sibuk nak makan

Thursday, October 23, 2008

Sepetang Bersama Teman


Memandangkan jadual harian hamba bulan ini tidaklah terlalu padat, hamba cuba untuk meluangkan masa bersama-sama teman dan kenalan. Best juga tapi.. ada yang tak best nya.. masing-masing akan mula update cerita masing-masing dan yang pasti sesi gosip tidak untuk kali ini..



Puteri Lilo yang pakai topi dan Reen yang berkaca mata

Memandangkan teman yang mengajak hamba keluar hari ini, merupakan peminat setia makanan Itali dan pencinta makanan di kedai.. hamba turut kan jelah. Bukan apa kan best kalo lepak-lepak mamak, boleh minum tea tarik dan roti nan. Tak pe, kadang-kadang kita kena tukar selera sikit.



Sepetang bersama mereka tak kering gusi hamba.. Si Puteri Lilo tak putus - putus ngan lawak dan alih bahasanya.. dan yang si Ree pula.. sibuk dengan keprihatihan kecantikan nya.. lawak sungguh mereka. Yang pasti.. sesi sepetang bersama teman.. membuatkan hamba terhibur

Wednesday, October 22, 2008

BiG FooD



Edisi Jalan-Jalan Cari makan diteruskan. Kali ini hamba terdetik untuk mencuba di restoran yang baru buka. Ini pun diatas cadangan teman hamba ( bloger Tokyo Blue : thafiexq.worpress.com ). nama restoran ini pun dah cukup membangkitkan selera... Big Food.

Ketika kaki hamba melangkah, hamba terpegun dengan dekorasi didalam restoran tersebut cantik, menarik, bersih malah mampu membangkitkan selera hamba untuk mencuba menu mereka. Kehadiran kami disambut oleh pelayan yang bernama Effah, beliau amat peramah malah sudi membantu kami dan menjawab segala persoalan kami. Maklumlah, kali pertama kami singgah ke restoran tersebut, jadi.. macam-macam lah soalan yang kami ajukan.


Menu yang disediakan tidak lah terlalu banyak malah berpatutan dengan selera tempatan. Makanan wetern, pasta dan masakan tempatan ada disediakan. Kami mencuba masakan western dan masakan tempatan. Harga dikenakan perpatutan malah bersesuian ( sebelum makanan tiba ).


Setelah makanan kami tiba, kami jadi terperanjat kerana ia jauh dari apa yang kami sangkakan. Food presentation tidak lah terlalu menarik malah potion yang disediakan amat mengecewakan kami. Ye lah, nama big food, jadi kami ingatkan hidangan yang disediakan banyak dan menyenyangkan.. sebaliknya pinggan yang digunakan sahaja besar.



Seterusnya, kami terpaku dengan rasa masakan tersebut, ia tidaklah memenuhi citarasa kami malah masakan tersebut tidak mampu membayangi nama restaurant tersebut. Maaf bukan hamba ingin menjatuhkan status resturant tersebut, sebaliknya ini merupakan pandangan hamba semoga pemilik restaurant tersebut mampu membuat perubahan demi kebaikan mereka.

Kepada sesiapa yang telah mencuba dan akan mencuba, jangan malu dan segan.. kita luahkan komentar kita demi kebaikan bersama.

Tuesday, October 21, 2008

Monday, October 20, 2008

Gigi Hamba Kena Cabut..



Hampir 2 minggu hamba menahan kesakitan disebabkan gigi hamba.. Tuhan sahaja tahu bertapa perit dan rimasnya hamba ketika itu. Bukan disebabkan gigi hamba berlubang.. akan tetapi Geraham Bongsu hamba meragam pulak. Hamba ingatkan itu perkara biasa dalam sehari dua mungkin dah sembuh.. tetapi.. semakin lama semakin sakit pulak.

Benar orang kata.. itu semua ujian dari Ilahi.. Bayangkan.. sekaya mana pun kita.. kalo diberi sakit gigi.. nak kira duit pun tak selesa.. inikan pula nak mencari duit.. bukan itu sahaja.. gigi merupakan penyeri dalam senyuman..


Seperti biasa, hamba akan membuat temujanji dengan pakar gigi setiap 6 bulan dan rasa nya bulan ne dah tiba waktunya hamba melawat doktor tersebut.. melawat sambil dirawat.. Pada mulanya doktor menasihati hamba untuk menjaga gigi tersebut kerana ialah.. sayang kalo dah cabut.. tapi disebabkan hamba menderita menahan kesakitan.. beliau mencadangkan supaya dicabut sahaja.



Dalam keadaan menahan kesakitan, hamba tidak mampu berfikir dengan waras.. Ikut saja kata doktor lah.. maklumlah mereka merupakan pakar dalam hal sebergini.. Tak sampai 5 minit.. hamba mua terasa kebas-kebas di gusi dan terasa rahang hamba mula membengkak.. Dengan tabah, Doktor Jaya menerangkan kepada hamba kebarangkalian mencabut gigi tersebut dan kesan sampingan yang mungkin akan berlaku.. hamba hanya mampu mengangguk kepala sahaja... kemudian.. beliau memulakan pembedahan kecil tersebut.. tak sampai 20 minit.. semuanya selesai dan hamba boleh pulang.. cepat dan pantas..

Sepanjang perjalanan pula, hamba tak lah terasa sakit sangat sebab bius masih lagi ada dan sejam selepas itu.. bermulalah keperitan dan kesakitan yang teramat... mulalah hamba jadi serba tak kena.. kalo orang bising pun hamba akan cepat marah dan tak boleh cakap banyak.. Hamba dibekalkan dengan pelbagai ubat, antibiotik dan kapas..



Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.. mampu juga hamba lalui kesakitan tersebut.. cuma hamba kena jaga gusi tersebut sampai ia pulih sepenuhnya.

Sunday, October 19, 2008

Aku Mengejar Kau BerLari


Teman
Persahabatan ini bukan diduga
Keserasian itu bukan ciptaan ku
Bukan imaginasi ku
Tetapi ia hadir dibumi realiti ku

Teman
Pertemuan ini bukan dirancang
Kehadiran kita bukan dipinta
Bukan dirayu juga bukan kita harapkan
Tetapi ia hadir dengan sendiri

Teman
Kau mengakui kehadiran ku
Kau sedar aku disisi mu
Kau rasai sentuhan ku
Malah.. tanpa kau sedari
Kau luahkan kata-kata azimat itu

Teman
Aku berlari mencari erti pertemuan itu
Malah aku berusaha mengerti erti kebenaran itu
Aku berusaha untuk mendalami
Siapakah diri mu itu

Teman
Dengan rancak aku mengejar mu
Semakin laju nafas mengikut irama nadi ku
Bergitu pantas jantung ku berdenyut
Hanya inginkan menghampiri
Dan memiliki dirimu..

Teman
Kau berlari dengan pantas
Tanpa melihat aku dibelakang
Kenapa kau cuba mengelakkan diri
kenapa kau cuma menanfikan kebenaran itu
Mengapa kau cuba berlari dari realiti itu

Teman
Mengapa kau perlu menipu diri
Menipu perasaan dan rindu itu
Kau mahu bermain didunia yang kau sendiri tidak tahu
Itu adalah realiti atau fantasi

Teman
Akan aku berusaha mengejar mu
Akan aku berlari mendakapi mu
Akan aku buktikan usaha ku ini
Walaupun jarak dan masa penghalang kita
Akan aku usaha
Berlari terus berlari
Berlari dan mengejar mu
Hanya untuk mengenali dan memiliki Mu

Teman
Berilah peluang itu
Untuk kita harunggi bersama
Untuk kita membuka lebaran baru
Mencoret kenangan dan pengalaman
Pahit manis kita bersama

Nukilan : syamseliman

Saturday, October 4, 2008

Pergi Untuk Seketika - ( Finale )


Tuan - Tuan dan Puan – Puan, Kita telah mendarat di Lapangan Antarabangsa KL … Anda diminta duduk sehingga isyarat pasangkan tali pinggang dipadamkan.. Anda dilarang menggunakan telefon bersel sehingga pintu pesawat telah dibuka… Waktu tempatan sekarang ialah 6 pagi bersamaan 4 Oktober 2008 dan suhu diluar 26’C. Bagi pelawat, kami mengucapkan ‘Selamat datang’ dan bagi warga negara Malaysia ‘Selamat pulang’.. Terima kasih kerana menyertai penerbangan Malaysia.

Lega rasa di hati kerana hamba kembali ke tanah air.. rasa macam nak berlari je balik rumah nak makan ketupat, rendang dan lemang.. Benda pertama sekali hamba buat ialah menghubungi bonda tercinta dikampung halaman.


Selamat Tinggal Dubai..

" Assalamualaikum emak, angah dah selamat sampai KLIA... Semua keluarga di Kampung sihat?.. Macam mana dengan sambutan Raya?.. Emak.. angah nak mohon ampun dan maaf kalo ada salah dan silap.. Sekejap lagi agh akan balik ke Johor.. Jumpa nanti.. kirim salam semua bye.."

Semoga kita bertemu kembali...

Setiba sampai dirumah, hamba terus bersiap untuk pulang ke kampung halaman. Nasib baik hamba sudah menyiapkan segala keperluan dan pakaian untuk ke kampung halaman. Yang pasti.. hamba sempat mebuka email hamba kerana hamba menantikan email dari kenalan baru hamba untuk menghantar jemputan kahwin kakak beliau di Melaka. Ye lah.. sebab hamba ingin pulang ke Johor, so sempatlah singgah makan nasi minyak di Melaka, akan tetapi.. mungkin beliau terlupa kot., Tak pe lah bukan rezeki hamba. Semoga majlis perkahwin tersebut berjalan dengan lancar hendaknya.

Perjalanan dari KL ke kampung halaman hamba berjalan dengan lancar. Highway bergitu lenggang.. tapi hamba tak boleh memandu dengan lagi kerana hamba sebenarnya mengantuk teramat sangat.. Tak boleh nak tido di dalam pesawat. sebelum hamba teruskan perjalan.. hamba minum livita with honey 2 botol.. then standby with redbull and 100 plus. Sambil memandu pasang CD lagu kuat-kuat dan kunyah gula-gula Hack.

Setiba di kampung halaman. Ingatkan hendak beraya dan menikmati makanan. Tapi sayang sekali, hamba terlalu penat sehinggakan tertidur disofa ketika ada tetamu datang beraya. Memang tidak manis kan..