Friday, July 25, 2008

Salah kah aku.. dan siapa lah aku..

Sekian lama hati hamba tidak di ketuk dengan rasa cinta.. semenjak kebelakangan ini, hamba mula merasai erti menyayangi dan di kasihi.. mungkin ia terlewat atau terlalu lama untuk hamba menilai dan menghayati.

Ahkhhh.. mengapa hamba hanya di beri peluang itu seketika.. Why... did i do anything wrong? why this thing happen again to me.. people always say.. learned from your experiences.. improve your self to be someone.. but.. why must be me again and again.

In early stage of knowing... yup people say everything is nice and cool.. apa saja yang kita buat semuanya baik dan indah-indah berlaka.. aku lah hero dan aku lah segalanya.. kau lah permaisuri dan kau lah yang terbaik.. Memang tidah dapat dinafikan.. saat itu lah yang paling indah dalam hidup ini.. tetapi ia hanya seketika buat hamba.. entah apa silap nye..

Seperti yang hamba beritahu.. segala kesilapan dan kekurangan boleh diatasi dengan berbincang.. tetapi bila kita mula memikirkan apa yang sebenarnya bermain dia kepala pasangan kita.. maka itu merupakan sangkaan kita sahaja.. Hamba tahu, dia terlalu sibuk dengan kerja harian yang seringkali tidak mengenal erti siang atau malam.. akan tetapi.. mengapa sesaat pun kau tidak mampu bertanya apa yang berlaku pada hamba..

Hamba tidak mahu mengubah kamu menjadi apa yang hamba mahu.. sebaliknya jadilah diri kamu sendiri dan setidak-tidaknya hamba mengenali hati budi kamu sendiri. Mungkin pinta hamba terlalu berat iaitu berikan keyakinan bahawa kewujudan hamba di dalam hidup kamu amat bermakna..
Penantian setiap masa dan saat untuk bertanya khabar berita semakin berjauhan.. mengapa? usalah kamu memberikan kesibukan mengatasi segalanya.. kini teknologi semakain canggih.. video call, mms malah sms pun telah cukup mengubati hati dikala kita kerinduan. Mengapa.. kerana hamba hanya berminpi di dunai yang hamba ciptakan sendiri.. Maaf jika hamba terpaksa meluahkan segala rasa ini.. mungkin kita memerlukan ruang dan masa yang tersendiri.. tidak mahu diganggu atau perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya masing-masing.

ATAU... Kita tidak mampu meluahkan rasa keperitan untuk berpisah.. jadi jalan terbaik, kita cuba menjauhkan diri.. biarkan rasa cinta dan sayang kita semakin pudar dan selama hilang bergitu saja... jika itulah yang sebenarnya kita sedang lakukan.. Kita silap... kenapa kita masih tidak matang dalam perhubungan.. tidakkah pengalaman lama kita telah mengajar... kita mengalami nasib yang sama.. ditipu malah kita dipermainkan.... jadi usahlah kita ulangi kenangan silam yang perit itu.

Pesanan hamba hanya satu.. Luahkan segala yang tersirat dan tersurat di dalam hati kita masing-masing. Walaupun payah dan perit untuk diluahkan.. malah perit untuk didengari.. kita luahkan sahaja kerana.. setidaknya kita tidak akan prasangka.. bermain dengan teka teki.. malah segala simpul akan terhurai.. dan terjawab segala persolan.

Jika engkau adalah milik aku.. akan ku usaha dengan terbaik untuk memperolehi mu.. Jika kau bukan milik ku... pergilah dengan langkah yang tenang.. kerana aku bukan yang terbaik untuk mu...Itulah ertinya kehidupan dalam SEPI.

Badan Tak Sihat.. Deman

Sepanjang hari ini... hamba banyak menghabiskan masa dengan berselimut diatas katil.. sambil melayari internet.. Badan hamba tak berapa selesa.. mungkin kepenatan bekerja siang malam tanpa henti. maklumlah.. kena keja kuat sekarang ne.. harga minyak dan kos hidup telah meningkat. Tambahan pula, Aidil Fitri bakal menjelang dalam 3 bulan lagi.. so baik buat persiapan dari sekarang.. baju melayu.. baju baru.. duit raya.. hadiah tuk family dan sebagainya.

Hamba ne memang payah kalau nak makan ubat.. paling senang kalo cucuk je jarum coz tak payah nak telan2 dan makan ubat. Tapi mahal lah pulak..

Petang tadi.. hamba gagahkan diri untuk keluar dari rumah.. sempat gak duk singgah IKEA sebab ari ne 1st day sales.. emm tak ada banyak yang menarik. Tetiba tekak hamba teringin nak makan Burger King... emm.. mungkin ia tak berapa famous di malaysia.. tetapi semasa hamba ke LAX dan New York.. Burger King memang popular.

Tuesday, July 22, 2008

Kekasih Baru

comel tak saya... nak dokong ke?

nama saya... Nor Aleeya Zahira
Baru baru ini hamba telah memperolehi kekasih baru... kelahirannya ke dunia ini sedikit sebanyak telah mengubah cara kehidupan hamba. Maafkan hamba.. mungkin ada yang tidak tahu apa yang dimaksudkan.. akan tetapi cukuplah buat hamba untuk memahami nya.
Baby kesayangan hamba ne memang comel.. comel like her parents. Tapi nampak macam mengikut uncle dia yang kacak ne.. *wing*. Nor Aleeya Zahira Seliman, sedap tak nama nye.. walaupun panjang nama beliau tetapi ia penuh makna..


Abang kepada Nor Aleeya Zahira ( Iskandar Hakim Seliman ) Jangan risau kasih dan sayang hamba tetap sama tuk kalian.. Bayangkan nanti kalo dah ada ramai anak saudara.. huhuhhu.. pening lah kepala uncle ne...InsyaAllah, hamba akan jadi bapa saudara yang paling sporting and understanding.. tapi dengan syarat.. kalian kena dengar kata.

Love u all... emmmuuuaaahhh

Sunday, July 20, 2008

Penantian Satu Penyeksaan



Benar kata orang, penantian itu satu penyiksaan. Tapi bagi hamba ia terlalu luas untuk di ungkap dan di kupas. Hari ini, perasaan hamba sedikit celaru dan pelbagai persoalan bermain di kotak fikiran hamba. Memikirkan apa yang sedang berlaku, akan berlaku dan langkah yang perlu di ambil.

Hamba cukup kurang selesa dengan keadaan sebergini.. jika memikirkan apa yang patut hamba lakukan. Setiap kata-kata yang diluahkan memberi seribu makna dan maksud yang tersendiri. Jika ingin hamba luahkan atau kupaskan mungkin ia tidak terungkap. Pendamkan sahaja.. sehingga bila hamba mampu menelan segalanya. Janji hanya janji.. penantian hanya penyelesaian, akan tetapi mengapa penantian itu satu penyeksaan?

Penantian itu satu penyeksaan, kerana segalanya akan terjawab dan hanya kita mampu memperolehi segala kupasan setelah kita laluinya dengan teliti. Mengapa kita masih lagi menabur janji? sekadar untuk memberi keyakinan yang mana akan menyakiti semua insan? Mungkin itu jalan terbaik untuk membuatkan kita lebih percaya.. Bagi hamba.. itu semua tidak mendatangkan hasil kerana kita hanya bermain dengan dunia khayalan dan fantasi dimana hanya tuhan sahaja mampu merealisasikan ia.

Mengapa kita harus menyepi.. mungkin kita terlalu sibuk sehinggakan tidak mempunyai ruang dan masa untuk berhubung... mungkin kita mempunyai agenda yang tersendiri dimana hanya kita sahaja tahu.. mungkin kita tidak mampu meluahkan keperitan yang bakal menghantui kita.. jadi menyepi merupakan jalan yang terbaik.. (mungkin ia berkesan bagi sesetengah insan)

Apa yang pasti.. setiap insan berada di dunai yang berbeza.. apa yang perlu ialah hormati dan cuba fahami dunia kita yang berbeza ini. tetapi... sampai bila kita harus bersabar... semoga kesabaran kita akan memberi berita gembira kepada kita kelak.

Yakin dan ikut kata gerak hati dalam menggorak langkah dalam merencana kehidupan ini. Sabar lah dan usah terburu-buru dalam membuat keputusan dan menilai baik dan buruk dalam segala aspek.



Wednesday, July 16, 2008

Sedap Nye.. Lapar Lah nak Tengok...

i
Dah berapa hari jadual hidup hamba tidak teratur.. bukan nye malas atau bermasalah tapi mengisi ruang masa yang ada untuk berehat. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini hamba terlalu penat berlari kesana dan kesini malah terlalu padat ngan aktiviti.

Hamba ingin pergi menonton SEPI tapi.. emm apa nak buat teman-teman kebanyakan telah menonton malah ada yang tidak berminat. Hamba suka dengan iklan SEPI.. "bila anda melihat kiri dan kanan anda tiada sesiapa itu tanda nya anda SEPI, maka tontonlah SEPI untuk mencari jawapan mengapa anda SEPI.


Hamba teringin nak makan TGi Fridays.. huuhuu sedap nye ayam and dessert cake.. tak pe nanti hamba akan pergi pada hari minggu ini.. nak join? jom lah

Monday, July 14, 2008

Orkid Lah..

Emm... baru baru ne hamba telah terjebak meminati pokok orkid.. ne semua gara-gara teman-teman hamba. Sebenarnya hamba telah mula jatuh cinta dengan pokok orkid sejak melihat pokok orkid di rumah teman hamba. Penjagaannya tidak lah terlalu remeh seperti mana orang perkatakan.. hanya kesabaran dan kesungguhan yang diberikan akan membuahkan hasil yang berbaloi.. heheheh... Bunga orkid memang cantik gile jika diperhalusi, bungga nya terlalu unik. Jenis orkid yang hamba perolehi ialah 'Palm Orkid' dan bungganya amat harum baunya.

Inilah hasilnya setelah hamba membelai dan menjaganya. Terima kasih buat teman hamba diatas pemberian hadiah tersebut.. akan hamba jaga orkid tu dengan baik.. buat bonda tercinta, terima kasih diatas tips-tips penjagaan orkid..

Thursday, July 10, 2008

Bermula Era Baru

Hahahah.. mungkin terlalu lama kan hamba menyepikan diri..
kami hamba kembali semula untuk memulakan coretan dan catatan kehidupan..