Sunday, August 31, 2008

Merdeka yg Simple tApi BermakNa


Sambutan MERDEKA bagi hamba tidak lah bergitu banyak bezanya.. pengertian merdeka bergitu berbeza bagi setiap insan dimuka bumi ini.. Dikala kita sedang melaungkan merdeka.. pernah kah kita terfikir akan nasib yang sedang menimpa rakan-rakan kita di negara yang sedang berperang.

Hamba ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan.. ribuan.. malahan jutaan terima kasih kepada bapa kemerdekaan kita.. serta pengorbanan yang dibuat oleh orang-orang terdahulu yang sanggup berjuang demi memartabatkan maruah negara sehinggalah Malaysia ditubuhkan..

Pada tahun ini.. Merdeka amat bermakna dalam hidup hamba.. kali ini hamba merasa erti kemerdekaan kerana bebas dari cengkaman perhubungan hamba.. ( maksudnya sekarang ne single lah ) Maklumlah.. dikala dikita di dalam perhubungan.. perasaan bebas tu mungkin tidak banyak dirasai.. segala perlakuan dan tindak tanduk perlu dimaklumkan.. bukan takut atau sebagainya.. cuma menghormati erti perhubungan itu sahaja..

Kali ini.. hamba hanya menyambuat merdeka dengan penuh rasa bebas.. hehehe.. hamba menghabiskan masa bersama teman UNI dulu yang hampir 5 tahun tidak jumpa.. ( ko masih tetap tidak berubah.. sentiasa ingin menang dalam segala hal.. ko ne makin teror menjawab yup..) Tahnia kerana kau membawa teman tetapi kenapa masih lagi nak berselindung.. ah... tu tandanya ko belum lagi merdeka dan bebas meluahkan apa yang tersirat..

Setelah pulang dari lepak minum dan menyaksikan sambutan Merdeka.. hamba pulang ke rumah.. dalam suasana bohsan.. Teman hamba yang bolehlah hamba katakan bergitu rapat.. menghubungi dan mengajak hamba untuk lepak minum.. emmm apa lagi.. u call me at the rite time.. then kami melepak minum kat mamak.. sempat juga kami membuat lawak.. rehearsal for sahor.. heheheh.. makan roti canai banjir dan minum barli panas.

Kesimpulan yang hamba boleh ungkapkan dalam perjalanan seharian hamba dikala ambang kemerdekaan.. Tahun ini hamba merdeka. kerana hamba bebas terbang melayang walaupun ada sangkarnya.. tetapi kejujuran dan kebebasan yang diberikan kepada hamba membuatkan hamba lebih menilai erti kehidupan sebenarnya..

Buat teman-teman.. hamba.. terima kasih diatas bantuan malah kesudian kalian semua menjadi teman malah insan yang tersayang bagi hamba....

p/s : Buat Irwan.. Happy birthday.. hehehe.. semoga segala cita-cita kamu akan menjadi realiti.

Thursday, August 28, 2008

JeRaWat

Baru- baru ini.. muka hamba telah tumbuh jerawat dengan bergitu banyak sekali.. hahaha.. kenapa nye? mungkin banyak sebab yang membuatkan jerawat itu tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan..

Pelbagai sebab dan punca mengapa ia terjadi.. hamba menjadi cemas.. sedangkan usia semakin meningkat remaja dewasa ( hehehehe ) makin banyak pula jerawat. Semenjak dari zaman remaja.. muka hamba tidak pernah tumbuh jerawat.. Kalo tak silap.. jerawat pertama hamba ketika usia 24 tahun... tapi kini ia semakin menjadi..

Adakah disebabkan stress, perubahan hormon atau tidak cukup tido.. ahk.. malas hamba nak persoalankan dan fikirkan mengapa dan kenapa. Tapi apa yang hamba tahu.. bila kita masih mampu mempunyai jerawat..bermakna.. kita masih muda.... (perasan lah tu.. ke nak sedapkan hati je).

Pelbagai petua telah hamba cuba.. orang kata pakai bedak sejuk.. emmm tak berkesan juga.. sapu minyak angin.. hari ini hilang.. esok tumbuh kembali.. Orang kata derma darah mungkin dapat membantu.. hamba dah cuba juga.. tukar pencuci muka.. dah banyak hamba habis duit.. pelbagai produk telah hamba cuba.. Himalaya (neem), Clinique for him, SK2, Lab Series nampak nya semua tidak berkesan..

Hamba mengambil jalan terbaik.. terus pergi ke klinik pakar kulit.. emm faham-faham je lah kalo dah pergi ke pakar kulit ne.. semua nya harga boleh tahan mahalnya.. tapi.. biarlah bermodal sedikit asalkan kesihatan terjamin.

Semasa hamba melawat ke klinik tersebut.. niat hamba pada asalnya hendak meminta nasihat dari doktor pakar tersebut... dalam diam.. hamba terjebak untuk membeli produk dan ubat untuk membantu menghilangkan jerawat ne.. Alhamdulilah.. nampaknya ada lah sedikit perubahan.. tapi.. mengikut nasihat doktor tersebut.. hamba perlu menggambil ubat dan antbiotik selama 3 bulan.. baru nampak hasilnya..


Pencuci muka, tonner dan Sun Block

Semoga.. kali ini.. ia sesuai dan mampu membantu hamba untuk kelihatan seperti dahulu.. maklumlah, bila dah berjerawat ne.. keyakinan diri untuk berjumpa orang ramai menurun sedikit malah.. ia juga mengugat kerjaya hamba.

Friday, August 22, 2008

Blood Test - Result


Semalam.. Hamba membuat temujanji dengan doktor Azrin.. untuk mengambil keputusan darah yang diambik sebelum ne... Huhuhu.. tak ada lah yang mencuakkan sangat kerana hamba telah tahu keputusan tersebut sehari selepas sample darah diambil.. keputusan tersebut pun hanya dimaklumkan melalui telefon.. mula-mula tu cuak lah coz sampai doktor tersebut menelefon hamba untuk memberitahu keputusan...

Alhamdulilah.. segalanya berjalan dengan lancar.. hamba bebas dari sebarang penyakit berjangkit dan keputusan semua nya baik-baik belaka.. akan tetapi... kandungan kolesterol dalam badan hamba sedikit meningkat berbanding dari yang biasa - LDL Cholesterol 3.34 mmol/L (normal <2.58> Setelah berbincang dengan lebih terperinci dengan doktor.. beliau hanya menasihatkan supaya mengawal permakanan terutama yang berminyak dan bersenam.. demi kesihatan

LDL cholesterol: Lipoproteins which are combinations of lipids (fats) and proteins are the form in which lipids are transported in the blood. The low-density lipoproteins transport cholesterol from the liver to the tissues of the body. LDL cholesterol is therefore considered the "bad" cholesterol.

Ne sedikit sebanyak makluman mengenai LIPIDS :

Lipids: Another word for "fats." (Please see the various meanings of Fat.) Lipids can be more formally defined as substances such as a fat, oil or wax that dissolves in alcohol but not in water. Lipids contain carbon, hydrogen and oxygen but have far less oxygen proportionally than carbohydrates.

Lipids are an important part of living cells. Together with carbohydrates and proteins, lipids are the main constituents of plant and animal cells.

Cholesterol and triglycerides are lipids. Lipids are easily stored in the body. They serve as a source of fuel and are an important constituent of the structure of cells.

Lipids include fatty acids, neutral fats, waxes and steroids (like cortisone). Compound lipids (lipids complexed with another type of chemical compound) comprise the lipoproteins, glycolipids and phospholipids.

Etymology: Whereas the everyday term "fat" comes from the Old English (from "faett" meaning crammed or adorned), the more scientific term "lipid" comes from the Greek "lipos" which referred to animal fat or vegetable oil. The derivation of a biomedical term from another tongue such as Greek, Latin or French lends it a certain "je ne sais quoi" (something that cannot be easily expressed), a touch of continental class.


Wednesday, August 20, 2008

Bohsan

Entah lah.. hari ne.. hamba terasa bohsan yang teramat.. percaya tak.. dah dua hari hamba dok tido.. tido dan makan je... memang nikmatkan dapat tido... lena..

Monday, August 18, 2008

TenSioN


Entah kenapa.. hari ne.. handphone hamba buat hal.. emmm.. sejak hamba beli teman baru beliau.. (new handphone).. "rokiah"@nokia mula buat hal.. emm.. mula-mula suka main pejam celik..pejam celik.. sekarang ne.. si rokiah dah mula pandai menghilangkan diri.. Tension... bila dia mula menghilangkan semua Sistem Pesanan Ringkas hamba.. semua inbox and out box mula menghilangkan diri..... Akhhhhh... tension.. hamba banyak menyimpan pesanan ringkas yang bergitu penting malah bermakna bagi hamba.. kini semuanya hilang...

'rokiah... esok nanti hamba hantar g klinik yup... jangan lah buat macam ne.. kan dah ada tenam baru.. si Sonnia@sony... jangan lah merajuk... runsing hamba dibuatnya'

Kini hamba terlalu runsing kalo hilang segala msg tersebut... Penting sangat.. ada msg dari teman-teman hamba.. malah ada kata ajaib yang mampu membuat hamba tersenyum... membuat hamba insaf diri... semoga kamu cepat sembuh yup... dan tidak hilang ingatan...

Sunday, August 17, 2008

Rindu... Banget..


Entah yup.. semkain hari semakin payah juga hamba lalui liku liku ini.. Perjalanan yang singkat ini tapi penuh dengan duri-duri kehidupan.. Semoga tuhan akan tunjukan hamba jalan yang benar.

Banyak insan mengatakan.. berjauhan adalah yang terbaik.. tetapi.. berjauhan jugalah yang menyeksa naluri dan perasaan ini.. Kita berjauhan bukan kerana kita tidak menyayangi semasa insan.. tetapi tanggungjawab terhadap diri sendiri menggatasi segalanya.

Tidak dinafikan.. setiap detik.. setiap saat.. hati hamba berdebar menanti kehadiran Mu.. tetapi.. jarak dan masa membezakan kan kita.. biarlah lah.. ini lah halangan dan dugaan yang harus hamba lalui.

Adakah kesibukan jadual kehidup kita.. membuatkan kita semakin berjauhan.. adakah rasa kasih dan sayang kita semakin pudar.. membuatkan kita lalai terhadap keprihatinan atau.. itu kah lumrah kehidupan tanpa ikatan.. sesungguhnya.. perasaan RINDU ini tidak mampu lagi hamba bendungi..

Monday, August 11, 2008

Kamu Percaya Aku



Hari ne.. hamba amat terharu.. terima kasih kepada teman hamba yang sudi berkongsi cerita malah yang penting beliau sanggup menerangkan siapakah identiti beliau sebenar. Hamba tidak lah terlalu terkejut dengan pengakuan beliau.. kerana bagi hamba.. i dont like to ask people.. but when u want to tell... i will listen... I hate people who want to tell.. but half way.. they like make people to jump into conclusion and start thinking... sendiri mau ingat lah.


Mungkin dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa beliau terpaksa berselindung di sebalik topeng beliau sendiri.. tetapi.. hamba bangga kerana beliau jujur dan mahu berkata tentang dirinya sendiri.



Mungkin setiap insan di dunia ne mempunyai pelbagai cara untuk mengorak arus kehidupan ini. Disini hamba ingin berkongsi pandangan dengan teman hamba itu.. Beb.. setiap orang mempunyai perasaan cepat MARAH dan EGO.. hanya insan yang berakal dan beriman sahaja mampu mengawal perasan itu.. jangan sekali kali kita memperbodohkan diri dengan melenting dan tidak mampu mengawal perasaan marah itu.. ingatlah... apa yang kita lakukan sentiasa ada balasan baik di dunia mahupun diakhirat (menginsafi diri hamba juga). Apabila kita ingin marah.. cuba ingat kembali asal usul.. ingat kepada Allah.. ingat semua pesanan Nabi dan Rasul.. sesungguhnya kita tidak akan tersasar dari perlakuan yang memperbodohkan diri kita.

Teman... banggalah dengan apa yang kita perolehi malah lakukan sesuatu pekerjaan itu dengan bangga diri.. sesungguhnya.. kita akan peroleh kegembiraan dan kepuasan hidup. Biarkan orang menggata kita.. menghina kita.. tetapi ingat... rezeki itu bukan dari mereka... jika kamu susah, adakah teman-teman yang menghina kamu itu akan membantu.. menghulur tangan dikala kamu kebuntuhan bantuan, memberi sinar dikala kamu kegelapan hari... membisikkan kata-kata azimat dikala kamu kesedihan.. memimpin tanggan dikala kamu hilang arah tujuan.. Mungkin tidak..

Teman.. Hargailah apa yang kita perolehi.. apa yang kita ada.. dan sesungguhnya jangan sekali-kali merendahkan diri sehingga tiada maruah diri.. Hamba berharap.. dengan kehadiran Ramadhan kelak, akan membantu kamu untuk membuat perubahan diri ke arah kebaikan.. Amin..

Sunday, August 10, 2008

WeekEnd YaNg SpoNtan

Hujung minggu ne, tak banyak aktiviti yang hamba mampu lakukan.. heheh maklumlah.. urusan kerja hampir selesai then kena buat urusan housekeeping, laundry dan yang paling penting.. Ganti TIDO yang ter tunggak.. hahahaha

Pada hari sabtu lepas... persaan hamba sedikit celaru kerana hamba memerima SMS dari teman hamba yang meluahkan kata yang kurang enak untuk diperdengarkan.. Beliau mula mempertikaikan kerjaya hamba dan mula membuat sindiran yang berbaur hinaan. Mungkin bagi niat beliau hanya gurau senda.. tetapi mengapa isu profesionalism dan imej pula diketengahkan. Jujur hamba cakap.. sedikit sebanyak hamba terasa tercabar dan terguris dengan lawak bodoh beliau itu..

Pemandangan dihadapan khemah kami... cantik kan!!

Pada perancangan awal.. hamba ingin pergi menonton Festival Filem Malaysia (FFM) 21 yang berlangsung di Putrajaya. Akan tetapi ada beberapa teknikal problem.. hamba tidak dapat melangkah kaki di RED CARPET FFM21.. hahahah... tak pe... nanti ada lah rezeki hamba kelak. Hamba teruskan perjalan hujung minggu ini dengan aktiviti yang tidak dirancang.

Menanti kemunculan teman hamba yang ingin menonton FFM21 bersama tidak muncul.. sebaliknya hanya sistem pesanan ringkas yang menggantikan diri beliau.. "broe.. sorry im stuck in trafic and i think i can't make it tonite".. its ok.. u have ur own reason and i should respect ur way.

Entah.. nape aku dok sibuk ambik pic ne.. ohhh.. nak bagitahu
that kami pemandu berhemah dan destinasi yang di tuju..

Hahaha.. selesai FFM, teman hamba muncul setelah kami berbicara di alam maya untuk memenuhi hari minggu kami.. Tanpa dirancang dan dengan spontannya kami bersepakat untuk berkhemah di Port Dickson.. waw.. dalam pukul 1200am.. kami mula meluncur kenderaan kami untuk menuju destinasi kami PD. Dalam pukul 0130am.. kami tiba dilakosi yang sentiasa hamba pergi berkhemah dikala mencari ketenangan...

Jam 0200am, kami siap mendirikan khemah dan mula melaburkan badan dengan bertilamkan pasir.. kami sibuk berbicara menggenai pengalaman hidup dan bertukar tukar pendapat tentang asam garam kehidupan ini yang penuh dengan 'kejutan'. Ketika matahari mula sibuk memunculkan diri untuk melakukan tugas harian nya.. kami baru mula terlelap ..

Lebih kurang jam 0900am.. kami mula meneruskan perjalanan hari minggu kami.. ahkkk.. sebabkan bunyi bising oleh Pihak MDPD yang sedang mencantas pokok-pokok di kawasan kami berkhemah.. membuatkan kami tidak mampu meneruskan tidur yang tidak lena.. tapi nyaman sebab angin dok bertiup.

Emm.. sarapan nasi lemak dengan ayer kelapa
sambil memerhati gelagat orang ramai

Banggggunnnnn.. jom bersiap.. kita breakfast then lepak2 sambil memerhati pemandangan yang mula sibuk dengan gelagat penggunjung. Sedang kami asyik menjamah sarapan.. kami tertarik dengan gelagat kanak-kanak sedang bermain 'Masak-masak' pecah perut juga kami kerana kami duk mengalih suara dan membuat jalan cerita dengan perlakuan mereka.

Waw.. PD dah Wifi free yup.. memang banyak kemajuan

Penggalaman hujung minggu ne..memang menarik.. maklumlah.. teman hamba tu.. sudah lama tidak pergi ke PD. Insyallah nanti kami akan mula mengatur percutian tanpa dirancang.. kerana baru mencabar.. Kepada Teman hamba itu.. terima kasih kerana sudi mengisi dan menemani hamba dengan pelbagai kejutan dan kenangan.. Beb.. ko memanag rock.. rock kapak..

Emmm..pak cik tenung apa yup..
kami nak tanya sikit boleh...
xoxoxo

Wifi In PD

Hahhaha... Hamba menghabiskan masa di PD.. best siul.. with my friend.. Its really fun coz we only plan last minute.. at 1200am.. we decided to drive to PD.. kami bermalam didalam khemah.. PERCAYA tak kat sini free WIFI sumbangan Majlis Daerah Port Dickson.. Nantikan kemunculan entry selengkapnya..

Hamba sempat membuat catitan.. walaupun tak selengkap mana.. tapi hamba akan cuba ceritakan pengalaman ini..

Ne baru lepas B'fast.. sambil melayari internet..

Wednesday, August 6, 2008

Blood Test

Hari ini, hamba tabahkan diri untuk membuat Blood Test.. Last sekali hamba buat pemeriksaan tersebut pada tahun 2006, pada waktu itu hamba terpaksa melalui pembedahan di Selangor Medical Center.

Gementar pun ada sebenarnya.. maklumlah.. kehidupan bergini.. macam macam boleh berlaku tanpa kita sedari. Penyakit tidak mengenal usia, waktu, tempat dan jantina. Setidak tidaknya, hamba mengambil berat tentang kesihatan hamba. Baru-baru ini, hamba tidak bergitu sihat malah terlalu penat dengan urusan kerja yang tidak menentu masa dan tambahan pula dengan keserabutan dalam urusan kehidupan...

Sample darah hamba... untuk diuji

Terima kasih kepada doktor tersebut.. sebenarnya, hamba gagahkan diri juga kerana diatas nasihat dan juga keyakinan hamba terhadap doktor tersebut... Ye lah.. dah kerja mereka.. so pastilah mereka tahu apa yang terbaik untuk pesakit mereka. Hamba telah dinasihati supaya berpuasa di malam hari selama 12jam sebelum pemeriksaan tersebut dijalankan pada hari ini.


Dengan yakin dan profesional doktor tersebut... beliau menerangkan kepada hamba mengenai proses yang akan dilalui malah serba sedikit nasihat dan tips kesihatan... YA ALLAH.. setelah pemeriksaan tekanan darah di buat, jelas dan nyata hamba mengalami tekanan darah rendah... Aduh.. jangan lah ini merupakan pertanda yang tidak baik...

Pakage pemeriksaan yang hamba ambil itu merangkumi pemeriksaan :-
  • HIV Test
  • Thyroid Stimulating Hormone (TSH)
  • Glucose
  • Liver Fuction Test
  • Hepatitis Bs Antigen
  • Hepatitis Bs Antibody
  • Coronary Risk
  • Kidney Function Test
  • Urine FEME
  • Rheumatoid Arthritis (RA) Factor
  • Anaemia / Blood Cell Screening
  • Gout
  • Serology
  • ABO & Rh Blood Group
Dalam seminggu lagi, hamba akan perolehi keputusan tersebut.. semoga segalanya berjalan dengan lancar.. nantikan kemunculan blog keputusan itu..

Monday, August 4, 2008

Mungkin Ini ATAU Itu

Teman..
Mengapa ini berlaku diantara kita
Semakin hari ku lalui liku-liku kehidupan ini
Semakin banyak yang telah ku temui
Kehidupan ini amat manis dan indah
dikala kita sedang meniti onak dan duri
kau semakin hari semakin lupa..
lupa..
alfa malah kau semakin taksub
dengan keindahan perjalan hidup ini...
Kenapa dan mengapa ia berlaku...
Semakin hari..
aku merasakan kau semakin jauh di sudut hati ini
kenapa dan mengapa
Puas aku cuba menyingkapi apa yang tersirat
apa maksud mu semua ini
kini aku buntu dengan apa yang berlaku
Ingin ku luahkan segalanya kepada mu
tapi mengapa ia tidak terluah
mungkin..
sikap keegoaan mu yang membuatkan semua ini berlaku
atau..
sikap aku yang tidak mampu memahami perjalan hidup mu itu...
Telah aku usahankan apa yang terbaik
tetapi kita masih tidak nampak kesinambungannya
mungkin kerana kita mempunyai agenda yang tersendiri
dan hanya kita sahaja tahu apa yang tersirat itu

Teman..

mungkin pinta aku terlalu banyak
mungkin harapan aku terlalu tinggi
mungkin aku terlalu ikutkan persaan ini
mungkin aku yang tidak memahami diri mu
mungkin aku yang terlalu bodoh dalam menilai erti kehidupan ini

Teman...
Jika itu lah yang ingin kau luahkan
Mengapa kita perlu takut dengan keadaan sebenar
Jika itu lah yang ingin kau katakan
Mengapa perlu kita takut untuk mendengari

Teman..
Mungkin kita berusaha untuk menjaga hati dan perasan kita
Mungkin kita terlalu berhati-hati dalam meniti kehidupan ini
Mungkin kita terlalu alpa akan kepentingan hidup ini

Mungkin kita tidak tahu apa yang kita mahu dalam kehidupan ini

Mungkin kita masih lagi gelap dan samar dalam perjalanan ini


Teman..

Mengapa kita tidak berusaha untuk memahami
yang tersirat dan tersurat didalam kehidupan kita
Mengapa kita tidak berusaha untuk memahami

Mungkin..

Kita tidak berkomunikasi dengan baik
Luahkan apa yang ingin di perkatakan

Cakaplah apa yang terbuku itu


Teman..

Aku semakin celaru dengan tindak tanduk mu itu
Aku semakin samar dengan kata-kata mu itu

Aku semakin lemas dalam dakapan ini

Aku semakin serabut dengan apa yang berlaku

Teman..
Luahkan kan lah

Janganlah kita menyepikan diri
kerana itu bukan lah cara terbaik..
Itu bakal membunuh kita secara dalam diam

dan akhirnya kita akan terdampar
di lautan
yang kita sendiri tidak tahu
bila pasang surutnya lautan itu

Teman..

Hargai lah ruang dan peluang yang ada ini

biarlah singkat dan terhad
tetapi..
kenangan itu pasti akan membuatkan kita lebih bahagia

gembira malah tersenyum
di kemudian hari..

Teman..

Ingin ku lauahkan

Aku merindui mu
malah....

Aku mencintai mu...