Tuesday, November 25, 2008

PenGhitungan HiduP



Maafkan hamba... hamba tidak dapat membuat coretan sekerap dahulu.. ini disebabkan kesibukan hamba dan kecelaruan kehidupan ini...

Doakan semoga hamba mampu menempuhi rintangi ini..

Semoga sepi hamba dapat membantu hamba menyelesaikan seribu satu persoalan dan permasalahan.

Thursday, November 13, 2008

Pork Free vs HALAL



Mungkin kita mula memandang enteng tentang isu ini. Baru- baru ini, hamba pergi menjamu selera sambil nak lepak-lepak makan. Maklumlah, tekak dah mula rasa macam nak tukar selera semenjak akhir-akhir. Edisi mencari makan diteruskan. Kali ini destinasi hamba menuju kearah puchong. Perjalanan hamba bersama Cik Maslina Ismail ( anak pn jamilah ).

ini lah cik maslina... lapar katanya

Puas kami pusing dia kawasan puchong kerana nak terjah kedai mana pulak kali ini.

'Mas. jomlah kita lepak kopitiam' hamba memberi cadangan kepada beliau
'Syamz... mas tahu kopitian mana sedap... jom' dengan pantas beliau menjawab

Setelah puas kenderaan kami meluncur laju, tetiba muncul pula kereta dari arah bertentangan kami... hamba hanya tersipu sambil berfikir salah jalan ke?

'Syamz, orang di puchong ne kalo kat jalan raya, mereka ikut suka hati mereka je.. kalo one way they dont care.. so u kena berhati-hati kay'
sapa Cik Mas (seperti tahu je yang hamba hendak menyumpah)

Kami singgah di kopitiam yang dicadangkan oleh beliau iaitu Pappa Kopitiam. Kata nya hanya kopitiam sini sahaja ada tanda logo halal. ( Betul lah.. sebesar alam logo itu.. sebatu dah boleh nampak ) Pada mulanya hamba macam hendak mempersoalkan, kenapa pula? kopitiam lain tak halal ke?



Sepanjang perbualan kami, kami banyak berbicara tentang kenangan silam dan sesi perkenalan. hehehe ye lah kami pun baru je berkenalan pada bulan syahwal dulu. Tidak ketinggalan, hamba ingin beliau mengupas kenapa tak pergi kopitiam lain yang sebelum ini ada antaranya merupakan pilihan hamba..

Syamz.. kita kena yakin tentang makanan yang kita ambil, tidak semuanya halal walaupun negara kita negara islam. Kita ada banyak pilihan, mengapa kita masih tidak memilih kedai yang benar-benar yakin HALAL.
Lagi satu syamz, di kawasan ini bergitu payah nak mencari kedai yang halal, maklumlah bukan kawasan kita.. jadi kena lebih berhati-hati kay...
dengan panjang lebar cik mas menerangkan kepada hamba.. text ini sudah di ringkaskan dan disunting kerana takut menjadi isu hanggat dan menjadi tahanan ISA

Emm.. tapi kebanyakan kedai tidak meletak tanda halal, tapi ramai je orang islam datang lepak makan.. jadi kenapa pula hendak was-was.


Setelah puas kami mengupas topik itu, banyak kesimpulan yang hamba dapat kupaskan. Memang benar kebanyakan kedai kopitiam tidak melatakkan tanda logo halal di kedai kerana mereka tidak memohon sijil kelulusan JAKIM, tambahan pula di kopitiam, mereka tidak menyediakan masakan dari khinzir (babi) jadi mereka mula memandang remeh perkara sebergini.

Pork Free... bukan bermaksud kedai tersebut halal tau.. cuma kedai tersebut tidak menghidangkan makanan berasaskan dari babi. tetapi.. adakah ayam yang digunakan itu disembelih dan penyediaan makanan itu dilakukan mengikut hukum syarak islam?

Hamba ingin berkongsi bersama temam-teman seagama hamba, kita haruslah memilih dengan teliti tentang permakanan kita.. biarlah ia dari sumber yang halal dan makan makanan yang halal. Itu merupakan tuntutan agama. Bagi pengemar kedai kopitiam, perhatikan tanda logo halal dahulu paling tidak pun minta mereka tunjukkan sijil Halal.


Janganlah kita dikaburi dengan kepesatan pertumbuhan kedai makanan dan terlalu yakin bahawa Malaysia merupakan negara islam dan mula membuat andaian bahawa hampir semuanya makanan yang disediakan adalah halal walaupun di jual kopitiam, restaurant segera dan sebagainya.


Coretan hamba ini bukan ingin mempertikaikan sesiapa, mungkin kita memandang perkara ini terlalu mudah. Jadi.. berhati-hatilah selepas ini. Mungkin pekerja mereka orang islam tetapi, pengusaha dan pengendalian makanan tersedut adakah mengikut hukum islam.Perhatikan logo halal.

Tuesday, November 11, 2008

Kata-Kata Azimat


Hidup
kita ibarat roda.. ada kalanya di atas dan ada kalanya dibawah..
Hidup kita juga bukan sentiasa dilimpahi kebahagiaan..
Kesengsaraan itu merupakan liku dan onak yang diberi oleh Nya
untuk kita merasai dan merenung apa erti kehidupan sebenar..

ingin dicintai dan Mencintai itu lumrah dunia..
tetapi kita harus berhati-hati dengan cinta kerana ia ibarat dadah.
Kadang kala ia lebih menyakitkan dan kadang kala pula boleh menghayalkan.

lengkapkan diri untuk mengawal gelora asmara dijiwa.. Bak kata perpatah
kisah silam biarlah berputar ligat di kotak memori kita
jangan lupakan ia kerana ia bergitu berharga

kita sebagai insan yang khilaf ini harus teruskan Kehidupan ini
dengan membuka lembaran baru
beri sedikit NAFAS pada diri yang seumpama mayat hidup itu
Pasti KEBAHAGIAAN baru kunjung tiba...

Friday, November 7, 2008

MengHitung Sisa - SiSa 2008



Dalam diam, tahun 2008 mula melabuhkan sayapnya untuk meninggalkan kita.. Emm terlalu banyak kenangan indah, pahit, manis malah pengajaran yang hamba perolehi. Kini tibalah waktunya hamba membuka diari baru untuk 2009 yang bakal menjelma. 2008 sememangnya boleh dikatakan tahun yang amat getir dan tahun yang paling banyak cabaran yang hamba telah lalui.

Jika di hitung malah di coretkan pasti terlalu banyak drama dan slot yang terpaksa disunting semula dan adengan yang diluar skip dan arahan pengarah. Ingin hamba coretkan serba sedikit apa yang berlaku dalam perjalan hidup hamba pada tahun 2008.

Hamba kehilangan teman yang terlalu baik malah rapat buat hamba, kehilangan ini bukan bererti beliau menyambut seruan Ilahi tetapi hilang untuk kebaikan. Sepanjang 7 tahun mengharugi hidup bersama teman tersebut, banyak yang hamba pelajari. Akan tetapi pada tahun 2008 ini, terlalu banyak benda yang menghantui kehidupan kami semua. Hamba juga sempat mengenali siapkah musuh di dalam selimut hamba, mengerti erti perpisahan, mengajar erti kesabaran, malah pelajari bagaimana mengaharungi erti kesedihan dan kepayahan memerokai alam yang belum tentu itu milik kita.



Buat masa kini, 2008 banyak mengajar erti kehidupan, maksud sebagai teman, sahabat, kawan dan teman teristimewa. Peristiwa yang manis dilalui, tidak kurang juga.. hamba mula mengerti erti cinta, setia, SEpI, sayang dan kasih dengan lebih terperinci. Mungkin ini merupakan erti yang sebenarnya dari kejujuran seseorang itu.

Wednesday, November 5, 2008

Ruang yang Ada

Entah.. kebelakangan ini hamba rasa seperti kehilangan sayap.. entah kenapa dan mengapa. Hamba cuba lalui segala liku perasaan ini.. akan tetapi.. setiap liku yang hamba lalui itu pelbagai rintangan pula yang mendatang.

Hamba cuba berjalan, tetapi tidak terdaya kudrat ini seperti sibuta hilang tongkatnya. Mungkin itu bukan alasan hamba untuk tidak meneruskan edisi dan segala tujuan perjalanan ini. Hamba kelemasan dalam mencari seribu jawapan.. kerana beribu soalan bermain di kotak fikiran ini.. Ingin aku bebas dari jerat ini..

Monday, November 3, 2008

Rawatan kaki



Entah.. bergitu malas kaki ini untuk melangkah.. bergitu berat hati ini untuk berganjak.. bergitu letih pula perasaan ini untuk meneruskan perjalanan hidup diawal bulan ini... kesunyian dingin pagi dikejutkan dengan sambaran petir, hamba terkejut dan mula berdebar-debar.

Bergitu kelat sungguh mata ini untuk dibuka.. pelbagai cara hamba cuba lakukan.. tetapi tilam dan bantal ini jauh lebih empuk dan mampu menggugat keimanan hamba. Emmm.. enak pula memeluk bantal bucuk ini...

Hamba mula terasa tidak sedap badan malahan suhu badan hamba meningkat dengan mendadak, ahks.. nak demam lagi ke?. Lantas hamba gagahkan diri untuk membasahi tubuh ini kerana ingin mendapatkan rawatan dan meneruskan perjalanan hidup ini.

Dalam longlai melangkah, hamba singgah seketika untuk mendapatkan rawatan reflexology. Mungkin ini terbaik buat hamba, maklumlah dah jemu hamba bergantung pada ubat-ubatan dan bahan kimia.




Hamba terlalu khusuk menikmati urutan kaki sehingga terlelap. Apa yang pasti, tempat yang hamba lawati ini menggunakan tenaga pekerja yang kurang penglihatan. Biasalah, inilah kelebihan mereka, malah kita sepatutnya membantu mereka dengan memberi peluang pekerjaan. Sebagai pengguna, kita cuba sebaik mungkin memberi sokongan kepada mereka.



Boleh dikatakan hampir setiap bulan hamba akan mendapatkan rawatan tersebut, bukan apa.. adakalanya kita perlu memberi layanan yang terbaik pada badan kita.. dah lah asyik bekerja sahaja.


Sunday, November 2, 2008

Sleeping Tips


  1. Relax before retiring. Take some time for a pre-sleep ritual to break the connection between stress and bedtimes. Try listening to the enclosed CD, reading, meditating, light stretching, lavender aromatherapy or a hot shower.
  2. Watch the caffeine. Coffee and many teas and sodas contain caffeine and may keep you up. If you’ve already had too much, consider eating some carbohydrates like bread or crackers to help reduce the effects.
  3. Watch the alcohol. It may initially help you fall asleep, but as your body clears it from your system, alcohol can also cause nightmares, sweats and headaches that disturb sleep. To help some of these effects, try drinking one glass of water for every alcoholic beverage consumed.
  4. Exercise at the right time. Regular exercise relieves stress and encourages good sleep. However, if a little exercise really gets your blood pumping, you’d wise to avoid working out in the evening or just before bedtime.
  5. Cut down on noise, light and extreme temperatures. Try earplugs, a night light, an aye mark or drape clip. The best temperature for fall sleep is 60’ to 65’F.
  6. Eat right, and sleep tight. Avoid eating a large meal just before bedtime or going to bed hungry. It’s about balance. Also, whenever possible, opt for food that promote sleep, such as milk, tuna, halibut, pumpkin, artichokes, avocados, almonds, eggs, peaches, walnuts, apricots, oats, asparagus, potatoes and bananas.
  7. Understand jet lag. Before you cross time zones, try waking up later or earlier to help your body adjust to the time difference. And remember, it takes a few days for your body to catch up.
  8. Remember the purpose of the bed. Avoiding TV, eating and emotional discussions while in bed. The mind and body associate bedtime activities with being in bed. So don’t let a bad habit keep you awake.
  9. No drink after 8 p.m. To enjoy sleep uninterrupted by bathroom breaks, shut down your fluid intake early.
  10. Nap smart. A 20 minute power nap early in the day can really refresh you. But sleep too much and you may spend the night staring at the ceiling.
Sleeping Tips ( Developed by SoundSleep Solutions)

Saturday, November 1, 2008

Apa MaksudNya



Kenapa bergitu payah sangat untuk hamba cuba men'delate' segala memori yang bermain di kotak fkikiran hamba. Telah hamba berusaha dengan pelbagai cara, akan tetapi kenangan itu sentiasa bermain malah suara bisikan itu sentiasa kedengaran di telinga hamba. Kalo lah ia semudah berurusan dengan komputer, kita cuma perlu delate and remove to recycle bin kan senang.

Semakin lama memori itu bermain dan tersimpan rapi di kotak fikiran hamba, sedikit sebanyak ia membatasi segala pergerakan dan perbuatan hamba. Ia juga memberi impak yang agak ketara didalam pengawasan emosi dan kelakuan hamba. Mengapa ia kembali semula? bermain didalam imaginasi hamba.. berkeliaran di dalam dunia fantasi hamba. Adakah kerana hamba tidak pandai dan tahu mengawal segalanya atau hamba terlalu lemah untuk melalui itu semua.

Walaupun segala simpulan itu telah dihurai, tetapi mengapa masih lagi ada rasa terbuku dalam hati ini. Adakah itu namanya DENDAM atau CEMBURU? KASIH atau BENCI? Atau aku hanya menjadi manusia...