Wednesday, February 4, 2009

Cuti-Cuti Malaysia - Part 2

Melaka merupakan destinasi kami seterusnya, perjalan dari Port Dickson ke bandar Melaka tidaklah bergitu jauh. Akan tetapi, kami mengambil keputusan untuk mengikut jalan dalam. Bukan apa, saja ingin melihat pemandangan di kawasan kampung. Ternyata bergitu indah pemandangan sepanjang perjalanan. Sayang sekali, kebanyakkan rumah-rumah tradisional melaka tidak bergitu banyak lagi. Ini mungkin kesan dari pembangunan dan perubahan citarasa manusia.

Setiba di Melaka, hamba ingin menuju ke 'Eye of Melaka'. Puas juga kami pusing sekitar bandar melaka. Ternyata sekali petunjuk arah ke eye of melaka tidak bergitu membantu. Bagaimana mereka hendak mempromosikan tarikan terbaru di melaka jika petunjuk arah tidak membantu. Kami meneruskan perjalan ke tempat-tempat bersejarah dan tarikan perlancongan di Melaka. Bayangkan dah ada Shopping Mall terbaru malahan bandar Melaka sudah membanggun dengan pesat.

Puas kami mengambil sesi bergambar seperti pelancong yang tak pernah sampai ke melaka. Kepenatan tak terkata tapi seronok. Selesai edisi berjalan dan bergambar kini tiba pula sesi mencari makan. seperti yang dijanjikan waktu untuk makan ikan bakar... (tujuan utama datang melaka). Puas kami mencari kedai tersebut akhirnya jumpa jua.

Bergitu ramai manusia beratur malah yang menanti giliran untuk mendapat tempat duduk seperti orang sedang beratur di panggung wayang membeli tiket. Entah apa yang sedap (kata-kata yang bermain dikotak fikiran hamba).

Pengalaman yang tidak dapat hamba lupakan.. setalah lama kami menunggu meja kosong.. kami pun berdiri disebelah meja orang yang sudah habis menjamu selera. Nasib baik mereka faham... Jadi kami pun sibuk memanggil oarang untuk mengemas meja sambil merancang nak makan apa... Kami beratur untuk memilih ikan, udang dan sotong. Jadi kami menulis nota bahawa meja itu ada orang reserved. Sedang asyik beratus, adalah hamba Allah ne.. dengan selambanya terus duduk dan buat bodoh macam tak faham tulisan tersebut. hamba hampiri beliau sambil menerangkan segalanya. Dengan angkuhnya dia berkata "Kami sudah tempah meja malah sudah buat tempahan makanan melali telefon".

Hamba : Encik.. kami datang dan kami yang bersihkan meja ini, malahan kami yang tulis reserved nota. Kalo encik kata encik dah tempah melalui telefon sila tanya pekerja disini dimana meja encik?
Hamba Allah : kami dah buat tempahan ( ulang balik ayat dia )
Hamba : Saya rasa encik ne dah salah faham kot..

Lantas peerja disitu datang membantu kami. Encik... dia sudah tempah makanan dan tempat melalui telefon so itu tempat mereka.
"Apa ... kalo ini tempat mereka.. ada encik letak nota apa-apa untuk mereka?" hamba mula meninggikan suara kepada pekerja tersebut.." ahks.. malas hamba nak berbicara dengan manusia yang pentingkan diri sendiri dan ego.

Baik lah encik.."Sekarang, encik tolong sediakan meja untuk kami pula.. saya tak mahu ambik tahu apa-apa yang penting ada meja dan kerusi untuk kami duduk"

Pekerja : Mana boleh encik.. ramai orang beratur, dan ramai orang tunggu giliran..
Hamba : Encik dah ambik meja kami tadi sekarang tolong cari tempat pengantinya.