Sunday, July 19, 2009

Kamu Sememangnya Pelakon Terhebat

Baru - baru ini, hamba ada mendapat jemputan ke majlis konon nya kejutan.. akan tetapi.. kenapa yup tetiba majlis itu menjadi isu sensasi. Masa jemputan, tetiba sahaja ada list yang tak tersenarai... emm dah lah tu.. ingatkan kenapa, rupa-rupanya ada hamba Allah tu yang tidak boleh menerima kenyataan kehidupan dia bahawa, insan tersayang beliau bukan lagi menjadi milik nya.. Jadi mengapa perlu beremosi.. berlakon malah menjadi hipokrik...

Yang membuatkan hamba sedikit terkilan, mengapa si dia perlu mempengaruhi semua insan untuk menjadi serba salah.. Jangan tak percaya, pada majlis tersebut.. semua menjadi kaku dan kelu kerana si dia datang bersama teman barunya dan yang lain serba salah.. maklumlah nak jaga hati si hamba Allah.

Yang menjadi mangsa tersepit... teman-teman semua, mungkin senang sahaja mencari jalan penyelesaian. Si dia, buangkan sahaja sikap dengki, iri hati sakit hati... yang penting, terima sahaja kenyataan dan realiti kehidupan. Tak perlu melobi atau mempengaruhi sesiapa, kerana diakhir cerita, semuanya akan terbongkar dan penonton mampu menilai siapa kah dia yang sebenarnya.

Friday, June 26, 2009

Kembalinya Hamba

Sekian lama hamba menyepi malah terasa rindu untuk mencoret catatan perjalanan kehidupan hamba.

Nanti kan semula perjalanan kehidupan hamba... pasti ada suka duka dan gelak tawa yang akan memeriahkan coretan disini.. Perjalan hidup serta percintaan akan hamba huraikan.. Jangan lupa seribu persoalan yang menantikan seribu satu jawapan..

Monday, March 30, 2009

What is LOVE ?

What are you looking for in a potential partner?

A person with character, the ability to make me laugh, keep me on my toes, acknowledges my loves, successful in life and has goals.

What is love to you?

Love is having chemistry. Its a spark that you cant describe but is just there. Its a fairytale ending with a lot of joys in between. Love feels good, it creates hope and happiness. Love lives within you and never quite goes away.

Sunday, March 29, 2009

Layak Kah..

Hamba amat terkedu dengan SMS dari hamba Allah yang mana hamba sendiri tidak tahu siapakah beliau... SMS tersebut ada berbaur unsur sindiran yang mana bagi hamba itu hanyalah sekadar untuk memperolehi kepastian... Kepastian dari seribu persoalan yang menantikan sejuta jawapan.

Lantaran itu, ia banyak menganggu kestabilan emosi hamba. Layak kah hamba untuk berada disini.. siapa kah hamba selama ini. Aks.. biarkan lah persolan itu dengan seribu penantian jawapan.. kerana hamba bahagia dengan dunia yang sedang hamba harungi.. Hamba percaya, beliau tahu apa yang dimaksudkan oleh hamba.. kerana hamba juga tahu apa yang beliau maksudkan itu...

Sesungguhnya, semoga kita tabah mengharungi segala rintangan ini... pimpinlah tangan hamba untuk kita meniti halangan itu bersama... demi mencapai kebahagian. Kerana kebahagiana itu tidak akan tiba tanpa kita berusaha.

Friday, March 13, 2009

Selamat Ulang tahun Sayang

Mungkin lagu ini dah lama... tapi teman baik hamba memberikan lagu ini buat hamba.. kata beliau hayatilah lirik lagu tersebut... ia penuh makna..

Wednesday, March 11, 2009

Kemana Hilangnya..

Bergitu lama hamba tidak mencoretkan berita malah luahan di ruangan blog ini.. Bukan sibuk yang teramat, tetapi terlalu banyak benda yang hamba kena lakukan.. jika di ungkap satu persatu pasti tidak cukup ruangan yang ada..

Hamba banyak menghabiskan masa dan memberi sepenuh perhatian kepada peluang yang ada. Mungkin ia terlalu singkat untuk hamba hargai dan terbatas pula untuk melakukan segala perlakuan, akan tetapi.. hamba akan pastikan segalanya di isi dengan seribu satu kenangan manis untuk hamba bawa sebagai bekalan dikala hamba kesunyian membuai rindu.

Terima kasih buat teman yang bergitu rapat dengan hamba. Kesetiaan dan kejujuran yang kamu berikan tidak akan hamba persiakan. Mungkin benar kata tuan hamba... dunia ini tidak pernah adil buat setiap insan, tetapi usahlah kita mengeluh atau mempersoalkan perkara yang jelas bukan urusan kita. Selaku insan yang lemah, kita cuba hargai setiap pemberian yang maha Esa malah kita isikan setiap peluang dan detik itu dengan penuh pengertian.

Wednesday, February 4, 2009

Cuti-Cuti Malaysia - Part 2

Melaka merupakan destinasi kami seterusnya, perjalan dari Port Dickson ke bandar Melaka tidaklah bergitu jauh. Akan tetapi, kami mengambil keputusan untuk mengikut jalan dalam. Bukan apa, saja ingin melihat pemandangan di kawasan kampung. Ternyata bergitu indah pemandangan sepanjang perjalanan. Sayang sekali, kebanyakkan rumah-rumah tradisional melaka tidak bergitu banyak lagi. Ini mungkin kesan dari pembangunan dan perubahan citarasa manusia.

Setiba di Melaka, hamba ingin menuju ke 'Eye of Melaka'. Puas juga kami pusing sekitar bandar melaka. Ternyata sekali petunjuk arah ke eye of melaka tidak bergitu membantu. Bagaimana mereka hendak mempromosikan tarikan terbaru di melaka jika petunjuk arah tidak membantu. Kami meneruskan perjalan ke tempat-tempat bersejarah dan tarikan perlancongan di Melaka. Bayangkan dah ada Shopping Mall terbaru malahan bandar Melaka sudah membanggun dengan pesat.

Puas kami mengambil sesi bergambar seperti pelancong yang tak pernah sampai ke melaka. Kepenatan tak terkata tapi seronok. Selesai edisi berjalan dan bergambar kini tiba pula sesi mencari makan. seperti yang dijanjikan waktu untuk makan ikan bakar... (tujuan utama datang melaka). Puas kami mencari kedai tersebut akhirnya jumpa jua.

Bergitu ramai manusia beratur malah yang menanti giliran untuk mendapat tempat duduk seperti orang sedang beratur di panggung wayang membeli tiket. Entah apa yang sedap (kata-kata yang bermain dikotak fikiran hamba).

Pengalaman yang tidak dapat hamba lupakan.. setalah lama kami menunggu meja kosong.. kami pun berdiri disebelah meja orang yang sudah habis menjamu selera. Nasib baik mereka faham... Jadi kami pun sibuk memanggil oarang untuk mengemas meja sambil merancang nak makan apa... Kami beratur untuk memilih ikan, udang dan sotong. Jadi kami menulis nota bahawa meja itu ada orang reserved. Sedang asyik beratus, adalah hamba Allah ne.. dengan selambanya terus duduk dan buat bodoh macam tak faham tulisan tersebut. hamba hampiri beliau sambil menerangkan segalanya. Dengan angkuhnya dia berkata "Kami sudah tempah meja malah sudah buat tempahan makanan melali telefon".

Hamba : Encik.. kami datang dan kami yang bersihkan meja ini, malahan kami yang tulis reserved nota. Kalo encik kata encik dah tempah melalui telefon sila tanya pekerja disini dimana meja encik?
Hamba Allah : kami dah buat tempahan ( ulang balik ayat dia )
Hamba : Saya rasa encik ne dah salah faham kot..

Lantas peerja disitu datang membantu kami. Encik... dia sudah tempah makanan dan tempat melalui telefon so itu tempat mereka.
"Apa ... kalo ini tempat mereka.. ada encik letak nota apa-apa untuk mereka?" hamba mula meninggikan suara kepada pekerja tersebut.." ahks.. malas hamba nak berbicara dengan manusia yang pentingkan diri sendiri dan ego.

Baik lah encik.."Sekarang, encik tolong sediakan meja untuk kami pula.. saya tak mahu ambik tahu apa-apa yang penting ada meja dan kerusi untuk kami duduk"

Pekerja : Mana boleh encik.. ramai orang beratur, dan ramai orang tunggu giliran..
Hamba : Encik dah ambik meja kami tadi sekarang tolong cari tempat pengantinya.

Sunday, January 25, 2009

Cuti-Cuti Malaysia - Part 1

Baru - baru ini, rakyat malaysia sedang sibuk membuat persiapan untuk cuti panjang sempena perayaan tahun baru cina. Sudah menjadi aktiviti utama rakyat malaysia untuk pulang ke kampung halaman dan tidak ketinggalan juga ada yang mengambil peluang ini untuk pergi bercuti. Hamba mengambil kesempatan ini untuk menyahut seruan kerajaan kita untuk 'Zoom Cuti-Cuti Malaysia' maklumlah, dikala ekonomi negara sedang tercungap-cungap, baik kita bantu dan memberi sumbangan dengan memilih barangan buatan Malaysia serta bercuti dalam negara.

Pada awal perancangan hamba, ingin sahaja pergi me'lepak'kan badan sambil berguling-guling dikamar. Tanpa perancangan rapi, hamba bersama teman sekampung hamba mengambil keputusan untuk pergi bercuti sambil menikmati keindahan alam.



Hamba : Rie, apa plan ko cuti panjang n
e? tak balik kampung ke?
Rie : Aku tak da plan, tapi ada jemputan dari teman-teman untuk pergi ke sabah dan kuantan.
Hamba : wokies, best nye kalo melepak g pantai kan... kalo g Port Dickson mesti best kan..
Rie : Wei.. kalo mcm tu esok kita gerak g Port Dikson nak... ye lah.. kalo aku tak jadi sabah n kuantan, nanti aku bohsan lak memerap kat umah..
Hamba : Wokies, deal.. esok lepas ko balik keja kita shoot g PD. Apa2 hal ko text aku kalo ko ada plan lain..

Seperti yang dijanjikan, jam 9 kami mula meluncur kesesakan jalan raya kearah Port Dickson. Kesesakan jalan raya semakin menjadi-jadi tetapi disebabkan kami bukan dalam urusan terburu-buru jadi kami ia tidak memberi sebarang impak.


Setibanya di PD, kami mula mencari tapak perkemahan yang sesuai dan mula menggumpul kayu untuk membuat ungun api. Selesai segalanya, kami mula labuhkan diri sambil menikmati keindahan bintang berkerlipan di kala bulan tidak menjelma. Disusli juga dengan perbincangan untuk aktiviti esok.. nak minum air kelapa, main kayak, mandi laut.


Rie : Beb, esok jom g makan ikan bakar, kita pergi melaka. Aku nak tunjukkan ko kedai paling best kat melaka
Hamba : Ko biar betul.. best gak kan... lagi pun aku bukan ada plan apa-apa. Wokies, kaloo macam tu lepas kita selesai aktiviti kat PD, then kita g melaka coz leh gak aku nak tgk "Eye of Melaka"


Kehangatan panas matahati mula terasa, rupa-rupa nya kami tertidur lena sehingga tidak sedar matahari telah memancarkan cahaya tepat di atas kemah kami. Aktiviti untuk berkayak terpaksa dibatalkan kerana air surut.. jadi kami mengambil peluang ini untuk menyusuri pantai untuk ke kawasan yang jauh lebih indah.


Jika kita sebut mengenai Port Dickson, apa yang bermain di kotak fikiran kita adalah air laut yang kotor dan tercemar malah pantai yang tidak bersih. Kali ini, hamba dapat meneroka dan melihat di persekitaran Port Dikson yang mana masih ada pantai yang cantik dan bersih, malah air laut bergitu jernih dan biru pemandangan. Pantai tersebut adalah 'Teluk Biru'


Selesai aktiviti di pantai, kami meneruskan perjalanan ke melaka...

Friday, January 23, 2009

Ko Budak Kampung Hamba

Baru baru ini, hamba terlalu sibuk menguruskan segala bagai urusan kerja. Urusan dengan pihak bank.. urusan dengan pihak pemaju perumahan malahan sibuk dengan urusan pertukaran segala bagai..

Nak dijadikan cerita, hamba sempat meluangkan masa bersama teman hamba seorang ne.. what a small world kan.. pusing-pusing rupa2nya dia orang kampung hamba.. hehehe bayangkan tergelak besar pun ada.. terasa bangga dan gembira sebab senang nak berbicara.

Pada awalnya, kami hanya berurusan di alam cyber.. oleh kerana segala urusan telah diatur, hamba perlu berjumpa dengan beliau.. Alangkah terkejutnya hamba kerana gambar pengenalan diri semasa berbicara di YM jauh berbeza..

Jadi kami sambung perbincangan sambil makan malam... bayangkan, pada awal perjumpaan. Dia dengan selamba buat mcm dah kenal sejak lahir. Sifat dia yang sempoi dan selamba buat hamba berasa selesa.. sampai tahap selamba nak share makanan.. sedangkan baru je jumpa... ini semua sebab dia tahu kami sekampung... so kami lebih serasi.. semoga segala urusan yang kita perbincangkan dapat diperhalusi dan segalanya berjalan lancar...