Wednesday, January 14, 2009

Siti Nurhaliza - Lentera Timur


CINTA INI

BETAPA ENGKAU MENYINTAI
AGUNGKAN AKU BAGAI SEORANG PUTERI
SELALU KAU PUJA DIRIKU INI
MELAYANG AKU TAK MEMIJAK BUMI

NAMUN TERKADANG KU RASAKAN
APAKAH SIKAPMU TAK BERLEBIHAN
AKU WANITA TAK SEMPURNA
BUKAN SEKILAUNYA BATU PERMATA

MARILAH BERSAMA JALANI CINTA KITA APA ADANYA
SALING MENGERTI DAN SUDI MENERIMA
KITA MANUSIA BIASA
MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA
SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUA
DALAM DAKAPAN MESRA

NIKMATI SUKA BERBAGI DUKA
SEIRING DENGANMU AKU BAHAGIA
GENGGAM JEMARI DAN BERJANJI
SETIA SELAMANYA SAMPAI AKHIR NANTI

LAGU : KATON BAGASKARA (B PRO INDONESIA)
LIRIK : KATON BAGASKARA (B PRO INDONESIA)

PENERBIT : AUBREY SUWIASA
MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA
SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUAITO
SUSUNAN MUZIK & PROGRAM : AUBREY SUWITO
GITAR : AJI
FLUTE : MOHAR
SUSUNAN STRINGS : EDDIE MARZUKI
SUSUNAN PERKUSI : EDDIE AHMAD
PERKUSI : EDDIE AHMAD
STUDIO : BIG BASH STUDIO & EAXS LAB SDN. BHD.
JURUADUN : FAUZI MARZUKI


RASA ANTARA KITA

WALAUPUN KITA MESRA
LEBIH DARI SEORANG KAWAN 2X

TAPI MUNGKIN TAK SAMPAI 2X
UNTUK MENJADI KEKASIH

MANUSIA BOLEH BERKATA
APA MEREKA SUKA 2X

JANGANLAH TERSALAH TAFSIR
DAN TAK MERENUNG TAKDIR 2X

CHORUS

RASA ANTARA KITA BERDUA
HANYA KITA YANG DAPAT MERASA
SERASI DI ANTARA KITA
ANUGERAH TUHAN PENCIPTA

WALAUPUN KITA MESRA
LEBIH DARI SEORANG KAWAN
TAPI INGAT PANDANG TUHAN
BIAR TERBATAS DAN SOPAN


LAGU : KHAIRIL JOHARI JOHAR (SITI SOUND SDN.BHD)
LIRIK : ZUBIR ALI (MOZA PUBLISHER)

PENERBIT : FAUZI MARZUKI
SUSUNAN MUZIK : EDDIE AHMAD
GITAR AKUSTIK : FAUZI MARZUKI
SUSUNAN STRINGS : EDDIE MARZUKI
KOIR : FAEZAH, FIFI, SARITA, AMALINA, NORLYDAZURA, KHALIS, AMIRUL, JAAFAR, ISA, FAISAL
JURUADUN : FAUZI MARZUKI
STUDIO : EAXS LAB SDN BHD

Saturday, January 10, 2009

Coretan AzaM 2009

Bergitu pantas masa meninggalkan kita, diam tak diam hampir 10 hari kita sudah berada dia alam 2009. Masih tidak terlewat buat kita untuk membuat perancangan untuk tahun ini. Maklumlah, bila masuk tahun baru, kita akan mula merancang segala azam dan impian yang ingin dikecapi sepanjang akhir tahun. Bagi hamba, itu semua merupakan rutin manusia di kala awal tahun.

Tidak ketinggalan buat hamba juga, sudah pasti bergitu panjang senarai azam dan impian hamba untuk tahun ini :-
1. Ingin khatam Al-Quran semula sebelum akhir tahun melaburkan sayap
2. Ingin menunaikan umrah lagi bersama keluarga pada tahun ini
3. Ingin menggamalkan kehidupan yang sihat
4. Ingin berjimat cermat dan banyakkan menabung
5. Ingin pergi bercuti di beberapa negara yang hamba belum jejaki

Semoga dengan berkat doa ayah,ibu dan kawan-kawan, dengan usaha yang gigih semoga segalanya terlaksana. Amin...

Hamba ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada teman hamba diatas pemberian buku 'Everything- Digital Photography Book' tulisan Rick deGaris Doble. Terima kasih kepada Tobby dan En Rudy diatas pemberian buku tersebut. Untuk makluman kalian, hamba baru sahaja habis membaca buku tersebut. Banyak ilmu yang hamba pelajari. Ternyata info diadalam buku tersebut bergitu padat.Terima kasih daun keladi...


Friday, January 9, 2009

Who R U ?

Kind and Gentle
Your kindness is your charm - you are also gentle and sweet. Everybody likes to be around people with your personality. Like a psychologist, people like to talk to you to discuss their problems because you are proper and discrete, as well as confident. You look mature and people respect you. People with this kind of character are few and far between.

http://www.quizbox.com/personality/

Emm. pada mulanya hamba ingin tergelak bila mencuba kuiz tersebut... akan tetapi itulah realiti yang sebenar.. selamat mencuba

Thursday, January 8, 2009

Get To Know Yourself Better

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a Font sizedecision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend you are looking for:


You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

BoldYour readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education

Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

The right job for you:

You have many goals and want to achieve as much as you can. The jobs you enjoy are those that let you burn off your considerable excess energy.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Monday, January 5, 2009

Kenangan Terindah Zaman Sekolah




Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna buat anak buah hamba Iskandar Hakim kerana hari ini merupakan hari yang bersejarah apabila beliau melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Walaupun hampir 2 tahun beliau telah ke pra-sekolah dan tadika, tetapi kali ini ia jauh lebih bermakna.






Persiapan yang dilakukan seperti biasa, maklumlah ini merupakan anak buah hamba yang pertama menjejak kaki ke alam persekolahan. Hamba menjadi terlalu girang dan gembira kerana beliau semakin membesar dan mula matang. Sempat hamba mengusik beliau, perasaan ke sekolah baru. Beliau kelihatan seperti hari ini merupakan hari yang biasa dilalui. Tidak ada perbezaan dengan hari-hari yang lain. Cuma, perbezaan kali ini hanya pakaian seragam yang berwarna putih dan biru.



Mana tidak nya, rakan sekelas beliau kebanyakan teman-teman dari pra-sekola dahulu, jadi beliau lebih tenang dan gembira. Hampir ke semua sekolah di negara ini sesak pada hari ini. Kesibukan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah tidak ketinggalan juga waktu ini syarikat penerbit buku sekolah sibuk membuka gerai disana sini dan syarikat bas sekolah sibuk mencari pelangan baru.



Zaman kini jauh berbeza dengan zaman dahulu ketika melangkah ke alam persekolahan. Kanak-kanak sekarang jauh lebih tabah dan pandai menjaga diri berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan perubahan masa dan juga peralihan tamadun terutama dalam pendidikan kanak-kanak. Dulu kita lihat kanak-kanak menanggis di dalam kelas, tapi kini ibu bapa pula yang tersedu-sedu kerana anak mereka menyuruh mereka pulang dan malu kerana menunggu di tepi tingkap.



Hamba ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan selamat menempuhi alam persekolahan kepada semoga semua murid-murid tahun satu. Pesanan buat Hakim, jadilah insan yang berilmu dan beramal.

Monday, December 29, 2008

DuNia ku BukAn Milik Mu

Pejam celik..pejam celik kini sudah tiba waktunya untuk kita mengucapkan selamat tinggal 2008. Hamba ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru buat keluarga tercinta dan semua teman-teman hamba. Semoga kehadiran tahun baru akan membuka lembaran baru dengan coretan yang penuh indah dan bermakna.

2008 merupakan tahun yang amat getir buat hamba dalam menempuhi liku-liku kehidupan yang bergitu mencabar. Apa yang hamba mampu katakan.. dunia hamba bukan milik mu..

Semoga kehadiran 2009 akan memberi sinar cahaya dan kebahagian buat semua insan di muka bumi ini.

Friday, December 19, 2008

KemBaliNYa HamBa

sekian lama hamba menyepi... pergi membawa diri.. lari membawa masalah.. menghuraikan segala simpulan.. mencari seribu jawapan bagi beribu persoalan.. kini.. hamba kembali dengan suasana gembira dan ceria.. demi kebaikan hamba... bagi insan yang terluka.. maafkan hamba.. tiada jalan yang terbaik untuk hamba tempuhi tanpa melukai
hati sesiapa di muka bumi ini.. bukan ingin menyakiti.. bukan ingin melukai.. tetapi itu lah yang terbaik dari ia memakan diri ini..

Thursday, December 4, 2008

Mengapa dan Kenapa

Wahai tuan hamba.. mengapa kamu jadi bergitu.. kenapa berkelakuan bergini.. Hamba menjadi LEMAS dan terasa seperti tidak dihormati.. Lupakan seketika siapa kita sebenarnya.. Jadilah insan yang tahu menghargai.. Kawal emosi itu..

Wahai tuan hamba.. usia bukan alasan untuk bertindak sebergitu.. tetapi kematangan dan kesabaran dalam kehidupan itu yang membezakan siapa kita dikalangan seribu permata

Jika hamba mula lemas dan terkapai-kapai.. mungkin nakhoda itu akan karam di lautan bergelora ini. Keretakan itu bukan disebabkan pukulan ombak mahupun taufan.. akan tetapi disebabkan keangkuhan dan kebodohan si pengemudi nakhoda itu

Tuesday, November 25, 2008

PenGhitungan HiduP



Maafkan hamba... hamba tidak dapat membuat coretan sekerap dahulu.. ini disebabkan kesibukan hamba dan kecelaruan kehidupan ini...

Doakan semoga hamba mampu menempuhi rintangi ini..

Semoga sepi hamba dapat membantu hamba menyelesaikan seribu satu persoalan dan permasalahan.

Thursday, November 13, 2008

Pork Free vs HALAL



Mungkin kita mula memandang enteng tentang isu ini. Baru- baru ini, hamba pergi menjamu selera sambil nak lepak-lepak makan. Maklumlah, tekak dah mula rasa macam nak tukar selera semenjak akhir-akhir. Edisi mencari makan diteruskan. Kali ini destinasi hamba menuju kearah puchong. Perjalanan hamba bersama Cik Maslina Ismail ( anak pn jamilah ).

ini lah cik maslina... lapar katanya

Puas kami pusing dia kawasan puchong kerana nak terjah kedai mana pulak kali ini.

'Mas. jomlah kita lepak kopitiam' hamba memberi cadangan kepada beliau
'Syamz... mas tahu kopitian mana sedap... jom' dengan pantas beliau menjawab

Setelah puas kenderaan kami meluncur laju, tetiba muncul pula kereta dari arah bertentangan kami... hamba hanya tersipu sambil berfikir salah jalan ke?

'Syamz, orang di puchong ne kalo kat jalan raya, mereka ikut suka hati mereka je.. kalo one way they dont care.. so u kena berhati-hati kay'
sapa Cik Mas (seperti tahu je yang hamba hendak menyumpah)

Kami singgah di kopitiam yang dicadangkan oleh beliau iaitu Pappa Kopitiam. Kata nya hanya kopitiam sini sahaja ada tanda logo halal. ( Betul lah.. sebesar alam logo itu.. sebatu dah boleh nampak ) Pada mulanya hamba macam hendak mempersoalkan, kenapa pula? kopitiam lain tak halal ke?



Sepanjang perbualan kami, kami banyak berbicara tentang kenangan silam dan sesi perkenalan. hehehe ye lah kami pun baru je berkenalan pada bulan syahwal dulu. Tidak ketinggalan, hamba ingin beliau mengupas kenapa tak pergi kopitiam lain yang sebelum ini ada antaranya merupakan pilihan hamba..

Syamz.. kita kena yakin tentang makanan yang kita ambil, tidak semuanya halal walaupun negara kita negara islam. Kita ada banyak pilihan, mengapa kita masih tidak memilih kedai yang benar-benar yakin HALAL.
Lagi satu syamz, di kawasan ini bergitu payah nak mencari kedai yang halal, maklumlah bukan kawasan kita.. jadi kena lebih berhati-hati kay...
dengan panjang lebar cik mas menerangkan kepada hamba.. text ini sudah di ringkaskan dan disunting kerana takut menjadi isu hanggat dan menjadi tahanan ISA

Emm.. tapi kebanyakan kedai tidak meletak tanda halal, tapi ramai je orang islam datang lepak makan.. jadi kenapa pula hendak was-was.


Setelah puas kami mengupas topik itu, banyak kesimpulan yang hamba dapat kupaskan. Memang benar kebanyakan kedai kopitiam tidak melatakkan tanda logo halal di kedai kerana mereka tidak memohon sijil kelulusan JAKIM, tambahan pula di kopitiam, mereka tidak menyediakan masakan dari khinzir (babi) jadi mereka mula memandang remeh perkara sebergini.

Pork Free... bukan bermaksud kedai tersebut halal tau.. cuma kedai tersebut tidak menghidangkan makanan berasaskan dari babi. tetapi.. adakah ayam yang digunakan itu disembelih dan penyediaan makanan itu dilakukan mengikut hukum syarak islam?

Hamba ingin berkongsi bersama temam-teman seagama hamba, kita haruslah memilih dengan teliti tentang permakanan kita.. biarlah ia dari sumber yang halal dan makan makanan yang halal. Itu merupakan tuntutan agama. Bagi pengemar kedai kopitiam, perhatikan tanda logo halal dahulu paling tidak pun minta mereka tunjukkan sijil Halal.


Janganlah kita dikaburi dengan kepesatan pertumbuhan kedai makanan dan terlalu yakin bahawa Malaysia merupakan negara islam dan mula membuat andaian bahawa hampir semuanya makanan yang disediakan adalah halal walaupun di jual kopitiam, restaurant segera dan sebagainya.


Coretan hamba ini bukan ingin mempertikaikan sesiapa, mungkin kita memandang perkara ini terlalu mudah. Jadi.. berhati-hatilah selepas ini. Mungkin pekerja mereka orang islam tetapi, pengusaha dan pengendalian makanan tersedut adakah mengikut hukum islam.Perhatikan logo halal.