Semakin hari ku lalui liku-liku kehidupan ini
Semakin banyak yang telah ku temui
Semakin banyak yang telah ku temui
Kehidupan ini amat manis dan indah
dikala kita sedang meniti onak dan duri
kau semakin hari semakin lupa..
lupa..
alfa malah kau semakin taksub
dengan keindahan perjalan hidup ini...
Kenapa dan mengapa ia berlaku...
Semakin hari..
aku merasakan kau semakin jauh di sudut hati ini
kenapa dan mengapa
Puas aku cuba menyingkapi apa yang tersirat
apa maksud mu semua ini
dikala kita sedang meniti onak dan duri
kau semakin hari semakin lupa..
lupa..
alfa malah kau semakin taksub
dengan keindahan perjalan hidup ini...
Kenapa dan mengapa ia berlaku...
Semakin hari..
aku merasakan kau semakin jauh di sudut hati ini
kenapa dan mengapa
Puas aku cuba menyingkapi apa yang tersirat
apa maksud mu semua ini
kini aku buntu dengan apa yang berlaku
Ingin ku luahkan segalanya kepada mu
tapi mengapa ia tidak terluah
mungkin..
sikap keegoaan mu yang membuatkan semua ini berlaku
atau..
sikap aku yang tidak mampu memahami perjalan hidup mu itu...
Telah aku usahankan apa yang terbaik
tetapi kita masih tidak nampak kesinambungannya
mungkin kerana kita mempunyai agenda yang tersendiri
dan hanya kita sahaja tahu apa yang tersirat itu
Ingin ku luahkan segalanya kepada mu
tapi mengapa ia tidak terluah
mungkin..
sikap keegoaan mu yang membuatkan semua ini berlaku
atau..
sikap aku yang tidak mampu memahami perjalan hidup mu itu...
Telah aku usahankan apa yang terbaik
tetapi kita masih tidak nampak kesinambungannya
mungkin kerana kita mempunyai agenda yang tersendiri
dan hanya kita sahaja tahu apa yang tersirat itu
Teman..
mungkin pinta aku terlalu banyak
mungkin harapan aku terlalu tinggi
mungkin aku terlalu ikutkan persaan ini
mungkin aku yang tidak memahami diri mu
mungkin aku yang terlalu bodoh dalam menilai erti kehidupan ini
Teman...
Jika itu lah yang ingin kau luahkan
Mengapa kita perlu takut dengan keadaan sebenar
Jika itu lah yang ingin kau katakan
Mengapa perlu kita takut untuk mendengari
Teman..
Mungkin kita berusaha untuk menjaga hati dan perasan kita
Mungkin kita terlalu berhati-hati dalam meniti kehidupan ini
Mungkin kita terlalu alpa akan kepentingan hidup ini
Mungkin kita tidak tahu apa yang kita mahu dalam kehidupan ini
Mungkin kita masih lagi gelap dan samar dalam perjalanan ini
Teman..
Mengapa kita tidak berusaha untuk memahami yang tersirat dan tersurat didalam kehidupan kita
Mengapa kita tidak berusaha untuk memahami
Mungkin..
Kita tidak berkomunikasi dengan baik
Luahkan apa yang ingin di perkatakan
Cakaplah apa yang terbuku itu
Teman..
Aku semakin celaru dengan tindak tanduk mu itu
Aku semakin samar dengan kata-kata mu itu
Aku semakin lemas dalam dakapan ini
Aku semakin serabut dengan apa yang berlaku
Teman..
Luahkan kan lah
Janganlah kita menyepikan diri kerana itu bukan lah cara terbaik..
Itu bakal membunuh kita secara dalam diam
dan akhirnya kita akan terdampar di lautan
yang kita sendiri tidak tahu bila pasang surutnya lautan itu
Teman..
Hargai lah ruang dan peluang yang ada ini
biarlah singkat dan terhad tetapi..
kenangan itu pasti akan membuatkan kita lebih bahagia
gembira malah tersenyum di kemudian hari..
Teman..
Ingin ku lauahkan
Aku merindui mu
malah....
Aku mencintai mu...
No comments:
Post a Comment