Monday, March 30, 2009

What is LOVE ?

What are you looking for in a potential partner?

A person with character, the ability to make me laugh, keep me on my toes, acknowledges my loves, successful in life and has goals.

What is love to you?

Love is having chemistry. Its a spark that you cant describe but is just there. Its a fairytale ending with a lot of joys in between. Love feels good, it creates hope and happiness. Love lives within you and never quite goes away.

Sunday, March 29, 2009

Layak Kah..

Hamba amat terkedu dengan SMS dari hamba Allah yang mana hamba sendiri tidak tahu siapakah beliau... SMS tersebut ada berbaur unsur sindiran yang mana bagi hamba itu hanyalah sekadar untuk memperolehi kepastian... Kepastian dari seribu persoalan yang menantikan sejuta jawapan.

Lantaran itu, ia banyak menganggu kestabilan emosi hamba. Layak kah hamba untuk berada disini.. siapa kah hamba selama ini. Aks.. biarkan lah persolan itu dengan seribu penantian jawapan.. kerana hamba bahagia dengan dunia yang sedang hamba harungi.. Hamba percaya, beliau tahu apa yang dimaksudkan oleh hamba.. kerana hamba juga tahu apa yang beliau maksudkan itu...

Sesungguhnya, semoga kita tabah mengharungi segala rintangan ini... pimpinlah tangan hamba untuk kita meniti halangan itu bersama... demi mencapai kebahagian. Kerana kebahagiana itu tidak akan tiba tanpa kita berusaha.

Friday, March 13, 2009

Selamat Ulang tahun Sayang

Mungkin lagu ini dah lama... tapi teman baik hamba memberikan lagu ini buat hamba.. kata beliau hayatilah lirik lagu tersebut... ia penuh makna..

Wednesday, March 11, 2009

Kemana Hilangnya..

Bergitu lama hamba tidak mencoretkan berita malah luahan di ruangan blog ini.. Bukan sibuk yang teramat, tetapi terlalu banyak benda yang hamba kena lakukan.. jika di ungkap satu persatu pasti tidak cukup ruangan yang ada..

Hamba banyak menghabiskan masa dan memberi sepenuh perhatian kepada peluang yang ada. Mungkin ia terlalu singkat untuk hamba hargai dan terbatas pula untuk melakukan segala perlakuan, akan tetapi.. hamba akan pastikan segalanya di isi dengan seribu satu kenangan manis untuk hamba bawa sebagai bekalan dikala hamba kesunyian membuai rindu.

Terima kasih buat teman yang bergitu rapat dengan hamba. Kesetiaan dan kejujuran yang kamu berikan tidak akan hamba persiakan. Mungkin benar kata tuan hamba... dunia ini tidak pernah adil buat setiap insan, tetapi usahlah kita mengeluh atau mempersoalkan perkara yang jelas bukan urusan kita. Selaku insan yang lemah, kita cuba hargai setiap pemberian yang maha Esa malah kita isikan setiap peluang dan detik itu dengan penuh pengertian.