Sunday, July 20, 2008

Penantian Satu Penyeksaan



Benar kata orang, penantian itu satu penyiksaan. Tapi bagi hamba ia terlalu luas untuk di ungkap dan di kupas. Hari ini, perasaan hamba sedikit celaru dan pelbagai persoalan bermain di kotak fikiran hamba. Memikirkan apa yang sedang berlaku, akan berlaku dan langkah yang perlu di ambil.

Hamba cukup kurang selesa dengan keadaan sebergini.. jika memikirkan apa yang patut hamba lakukan. Setiap kata-kata yang diluahkan memberi seribu makna dan maksud yang tersendiri. Jika ingin hamba luahkan atau kupaskan mungkin ia tidak terungkap. Pendamkan sahaja.. sehingga bila hamba mampu menelan segalanya. Janji hanya janji.. penantian hanya penyelesaian, akan tetapi mengapa penantian itu satu penyeksaan?

Penantian itu satu penyeksaan, kerana segalanya akan terjawab dan hanya kita mampu memperolehi segala kupasan setelah kita laluinya dengan teliti. Mengapa kita masih lagi menabur janji? sekadar untuk memberi keyakinan yang mana akan menyakiti semua insan? Mungkin itu jalan terbaik untuk membuatkan kita lebih percaya.. Bagi hamba.. itu semua tidak mendatangkan hasil kerana kita hanya bermain dengan dunia khayalan dan fantasi dimana hanya tuhan sahaja mampu merealisasikan ia.

Mengapa kita harus menyepi.. mungkin kita terlalu sibuk sehinggakan tidak mempunyai ruang dan masa untuk berhubung... mungkin kita mempunyai agenda yang tersendiri dimana hanya kita sahaja tahu.. mungkin kita tidak mampu meluahkan keperitan yang bakal menghantui kita.. jadi menyepi merupakan jalan yang terbaik.. (mungkin ia berkesan bagi sesetengah insan)

Apa yang pasti.. setiap insan berada di dunai yang berbeza.. apa yang perlu ialah hormati dan cuba fahami dunia kita yang berbeza ini. tetapi... sampai bila kita harus bersabar... semoga kesabaran kita akan memberi berita gembira kepada kita kelak.

Yakin dan ikut kata gerak hati dalam menggorak langkah dalam merencana kehidupan ini. Sabar lah dan usah terburu-buru dalam membuat keputusan dan menilai baik dan buruk dalam segala aspek.



No comments: