Friday, July 25, 2008

Salah kah aku.. dan siapa lah aku..

Sekian lama hati hamba tidak di ketuk dengan rasa cinta.. semenjak kebelakangan ini, hamba mula merasai erti menyayangi dan di kasihi.. mungkin ia terlewat atau terlalu lama untuk hamba menilai dan menghayati.

Ahkhhh.. mengapa hamba hanya di beri peluang itu seketika.. Why... did i do anything wrong? why this thing happen again to me.. people always say.. learned from your experiences.. improve your self to be someone.. but.. why must be me again and again.

In early stage of knowing... yup people say everything is nice and cool.. apa saja yang kita buat semuanya baik dan indah-indah berlaka.. aku lah hero dan aku lah segalanya.. kau lah permaisuri dan kau lah yang terbaik.. Memang tidah dapat dinafikan.. saat itu lah yang paling indah dalam hidup ini.. tetapi ia hanya seketika buat hamba.. entah apa silap nye..

Seperti yang hamba beritahu.. segala kesilapan dan kekurangan boleh diatasi dengan berbincang.. tetapi bila kita mula memikirkan apa yang sebenarnya bermain dia kepala pasangan kita.. maka itu merupakan sangkaan kita sahaja.. Hamba tahu, dia terlalu sibuk dengan kerja harian yang seringkali tidak mengenal erti siang atau malam.. akan tetapi.. mengapa sesaat pun kau tidak mampu bertanya apa yang berlaku pada hamba..

Hamba tidak mahu mengubah kamu menjadi apa yang hamba mahu.. sebaliknya jadilah diri kamu sendiri dan setidak-tidaknya hamba mengenali hati budi kamu sendiri. Mungkin pinta hamba terlalu berat iaitu berikan keyakinan bahawa kewujudan hamba di dalam hidup kamu amat bermakna..
Penantian setiap masa dan saat untuk bertanya khabar berita semakin berjauhan.. mengapa? usalah kamu memberikan kesibukan mengatasi segalanya.. kini teknologi semakain canggih.. video call, mms malah sms pun telah cukup mengubati hati dikala kita kerinduan. Mengapa.. kerana hamba hanya berminpi di dunai yang hamba ciptakan sendiri.. Maaf jika hamba terpaksa meluahkan segala rasa ini.. mungkin kita memerlukan ruang dan masa yang tersendiri.. tidak mahu diganggu atau perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya masing-masing.

ATAU... Kita tidak mampu meluahkan rasa keperitan untuk berpisah.. jadi jalan terbaik, kita cuba menjauhkan diri.. biarkan rasa cinta dan sayang kita semakin pudar dan selama hilang bergitu saja... jika itulah yang sebenarnya kita sedang lakukan.. Kita silap... kenapa kita masih tidak matang dalam perhubungan.. tidakkah pengalaman lama kita telah mengajar... kita mengalami nasib yang sama.. ditipu malah kita dipermainkan.... jadi usahlah kita ulangi kenangan silam yang perit itu.

Pesanan hamba hanya satu.. Luahkan segala yang tersirat dan tersurat di dalam hati kita masing-masing. Walaupun payah dan perit untuk diluahkan.. malah perit untuk didengari.. kita luahkan sahaja kerana.. setidaknya kita tidak akan prasangka.. bermain dengan teka teki.. malah segala simpul akan terhurai.. dan terjawab segala persolan.

Jika engkau adalah milik aku.. akan ku usaha dengan terbaik untuk memperolehi mu.. Jika kau bukan milik ku... pergilah dengan langkah yang tenang.. kerana aku bukan yang terbaik untuk mu...Itulah ertinya kehidupan dalam SEPI.

No comments: