Saturday, April 19, 2008

Langkah Ku

Setiap langkah yang kita lalui, pasti ada rintangan nya.. Benar kata orang.. hidup ini ibarat putaran yang tidak kenal erti jemu untuk berputar.. hanya kuasa yang maha Esa sahaja mampu membuatkan ia berhenti dari paksinya.

Hamba baru melalui putaran yang hamba send
iri tidak tahu sama ada ia telah sampai kemuncaknya.. tapi hamba bangga kerana hamba mampu mengharungi malah menempuhi segala rintangan. Entah ye.. mengapa semenjak kebelakangan ini.. hati hamba sentiasa rasa berdebar -debar malah jantung hamba berdenyut dengan pantas... hamba cuba untuk mendalami mengapa ia terjadi...

Setelah diamati.. hamba mula sedar bahawa hamba mengalami perasaan menyayangi malah mencintai seseorang.. Hamba sendiri tidak pasti siapakah insan tersebut.. tetapi apa yang pasti.. insan tersebut tahu malah mendalami keadaan hamba.. mungkin kah dia.. mungkin bukan..

Hamba akui.. inilah kelemahan hamba.. hamba terlalu mudah menyayangi insan malah hamba bergitu selesa untuk berkongsi kasih.. mengapa kah hamba jadi bergini... kini hamba jelajahi.. mendalami malah fahami... kesilapan itu yang sebenarnya akan memakan diri hamba kelak..

Bagi insan tersebut.. mungkin tuan hamba faham maksud hamba.. tetapi.. kenapa kita perlu letakkan keegoaan itu sebagai punca penghalang segalanya atau.. aku hanya menaruh harapan yang belum pasti menjadi kenyataan.

No comments: