Tuesday, April 15, 2008

Start to walk..

Jalan yang mungkin kita lalui kelak.. belum pasti tidak berliku..
tetapi kita harus tempuhi walaupun di penghujung kelak..
ia belum menjanjikan kebahagian yang kekal


This few weeks.. i really in stress and hamba terasa seperti tidak terurus.. tetapi hamba kian pulih.. hahaha.. ehhh... hamba sudah boleh gelak... kuang..kuang.


Oh ye.. hamba sekali lagi nak ucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada semua teman-teman hamba yang terutama sekali teman teristimewa blog hamba, yang tak putus-putus melayan kerenah hamba yang separuh masak ne. Ingin hamba khabarkan berita gembira ini kepada semua yang terlibat secara langsung atau di sebalik tabir diatas bantuan kalian semua. Hamba kini telah mampu berdiri malah berjalan dengan sendiri.
Perpatah melayu ada berkata.. patah tumbuh hilang berganti..
itulah putaran kehidupan di dunia ini. Kita hanya manusia
yang memainkan watak di pentas dunia.

Mungkin dikala ini hamba tak mampu untuk mencoretkan pergerakan hamba dengan banyak kerana.. hamba terlalu sibuk dengan persiapan dan perubahan impak yang sedang dilalui.. Buat keluarga dan teman-teman yang tercinta, terima kasih diatas bantuan kalian. Semoga tuhan yang maha Esa membalas budi baik kalian.

1 comment:

Irwan said...

Glad to hear u r getting better and better :-)