Thursday, April 3, 2008

Teman Baik Ku Sebenarnya Musuh KU

hate definition

Penginsafan diri.. mengenali erti kehidupan.. mencari ketenangan.. bermuhasabar diri.. Itulah perjalanan kehidupan seorang insan yang masih terkapai-kapai mencari arah tujuan dan noktah kehidupan. Semakin banyak hamba cuba mendalami semakin banyak hamba singkapi. Itu lah realiti kehidupan yang semakin banyak perlu dilalui.

Sebenar ingin hamba luahkan.. sepanjang hamba mencari ketenangan dan penghayatan diri..hamba baru mengenali siapakah teman, musuh dan sahabat. Hamba mula mengenali siapakah musuh diantara teman-teman terulung bagi hamba. Jika hamba ingin singkapkan segala yang berlaku.. ia terlalu tragis bagi hamba untuk menghuraikan..

Teman.. kepercayaan yang hamba berikan kepada tuan hamba mengapa tuan hamba mengabaikan.. mengapa tuan hamba menyalahgunakan.. mengapa tuan hamba tidak sedikit pun sedar bertapa pentingnya dan bertapa payahnya hamba memberikan kepercayaan kepada insan-insan di dunia ini.

Dikala hamba mengalami keperitan hidup.. tuan hamba merupakan tempat untuk hamba meluahkan.. dikala hamba meraikan kegembiraan.. tuan hamba merupakan insan yang tidak terkecuali bagi hamba meraikan bersama. Tuan hamba merupakan bayang-bayang hamba. Tuan hamba juga tidak pernah terkecuali dari dirundum perbalahan malahan kekecewaan dalam kehidupan.. hamba berusaha menjadi pendengar yang setia.. mendengar segala rintihan malah keluhan tuan hamba. Hamba juga berusaha memberi bantuan dari segala aspek selagi hamba mampu dan terdaya. Hamba juga berusaha menjadi peneman yang taat kepada tuan hamba walau dimana jua. Pendek kata.. tiada rahsia diantara kita.

liar

Kekesalan yang hamba ingin luahkan.. mengapa tuan hamba sanggup malah tergamak menipu, memungkiri janji malah mengkhianati erti persahabatan ini. Maafkan hamba jika hamba menuduh keterlaluan.. dikala hamba mengalami keperitan dan permasalahan.. hamba tiada tempat untuk diluahkan selain tuan hamba tetapi.. mengapa tuan hamba tidak pernah jujur dalam memberi pandangan malah jauh sekali untuk mengatur tutur kata ketika berbicara.. Yup.. memang benar hamba bergitu pentingkan kejujuran dan ketulusan dalam memberi pandangan tetapi.. mengapa tuan hamba pula menjadi penyampai maklumat. Kehadiran tuan hamba dikala itu bukan lah sebagai penyampai maklumat atau memberi ulasan kepada sesiapa sebaliknya sebagai pendengar yang setia untuk menilai dan membuat kesimpulan. Jika benarlah tuan hamba merupakan teman baik hamba.. bermaksud tuan hamba sepatutnya membantu hamba untuk menghuraikan kekusutan dan membuka simpul yang terikat.. sebaliknya tuan hamba hanya pandai menyampaikan dari persektif tuan hamba… mengapa..mengapa tuan hamba tidak membantu hamba…

Mungkin.. tuan hamba mempunyai sebab tersendiri mengapa tuan hamba berkelakuan bergitu.. malah tidak salahlah hamba membuat kesimpulan terhadap tuan hamba.. Maafkan hamba.. mungkin tuan hamba ingin membalas dendam dan inginkan hamba merasa sepertimana tuan hamba lalui sebelum ini. Keadaan tuan hamba yang membuatkan hamba jadi bergini? Silap.. sepatutnya tuan hamba perlulah menjadikan ia sebagai satu pengajaran.. datangnya dengan jemputan maka perginya dengan lambaian.. hentikan segera sikap suka mengandai..mungkin juga dan fahamilah sendiri.

Bukan niat hamba ingin memburukkan keadaan dan menjadikan itu satu penyebab.. tetapi kekesalan yang hamba ialah.. tuan hamba sedikit pun tidak membantu dan menjalankan peranan sebagai teman rapat sebaliknya tuan hamba bersikap pandang dan lihat.. dengar dan ulangi.

Terima kasih diatas segala kenangan pahit dan manis dan sudi mengisi ruang kekosangan hamba sebagai teman rapat.. Siapa teman yang hamba maksudkan itu.. biarlah ia menjadi lipatan sejarah..

1 comment:

Anonymous said...

Kelihatan kamu bergitu menghurai dengan detail dalam pencarian hidup kamu.. waw.. kamu semenang nye insan yang bergitu menghargai setiap detik persahabatan.. Aku rasa.. teman baik yang tuan hamba maksudkan itu, tidak pernah menilai erti persahatan malahan batasannye. Jangan di persalahkan keadaan kerana pendirian sesorang itu mampu mengubah keadaan.

Aku rasa.. tuan hamba perlu tabah kerana musuh sentiasa berada disisi kite cuma kita sahaja sedar atau tidak.

Relax lah.. teman baik tidak semestinya teman setia kite.. tetapi RTM ( Teman Setia Anda) ASTRO (Apa-apa aja).. so faham faham sendiri lah