Thursday, November 13, 2008

Pork Free vs HALAL



Mungkin kita mula memandang enteng tentang isu ini. Baru- baru ini, hamba pergi menjamu selera sambil nak lepak-lepak makan. Maklumlah, tekak dah mula rasa macam nak tukar selera semenjak akhir-akhir. Edisi mencari makan diteruskan. Kali ini destinasi hamba menuju kearah puchong. Perjalanan hamba bersama Cik Maslina Ismail ( anak pn jamilah ).

ini lah cik maslina... lapar katanya

Puas kami pusing dia kawasan puchong kerana nak terjah kedai mana pulak kali ini.

'Mas. jomlah kita lepak kopitiam' hamba memberi cadangan kepada beliau
'Syamz... mas tahu kopitian mana sedap... jom' dengan pantas beliau menjawab

Setelah puas kenderaan kami meluncur laju, tetiba muncul pula kereta dari arah bertentangan kami... hamba hanya tersipu sambil berfikir salah jalan ke?

'Syamz, orang di puchong ne kalo kat jalan raya, mereka ikut suka hati mereka je.. kalo one way they dont care.. so u kena berhati-hati kay'
sapa Cik Mas (seperti tahu je yang hamba hendak menyumpah)

Kami singgah di kopitiam yang dicadangkan oleh beliau iaitu Pappa Kopitiam. Kata nya hanya kopitiam sini sahaja ada tanda logo halal. ( Betul lah.. sebesar alam logo itu.. sebatu dah boleh nampak ) Pada mulanya hamba macam hendak mempersoalkan, kenapa pula? kopitiam lain tak halal ke?



Sepanjang perbualan kami, kami banyak berbicara tentang kenangan silam dan sesi perkenalan. hehehe ye lah kami pun baru je berkenalan pada bulan syahwal dulu. Tidak ketinggalan, hamba ingin beliau mengupas kenapa tak pergi kopitiam lain yang sebelum ini ada antaranya merupakan pilihan hamba..

Syamz.. kita kena yakin tentang makanan yang kita ambil, tidak semuanya halal walaupun negara kita negara islam. Kita ada banyak pilihan, mengapa kita masih tidak memilih kedai yang benar-benar yakin HALAL.
Lagi satu syamz, di kawasan ini bergitu payah nak mencari kedai yang halal, maklumlah bukan kawasan kita.. jadi kena lebih berhati-hati kay...
dengan panjang lebar cik mas menerangkan kepada hamba.. text ini sudah di ringkaskan dan disunting kerana takut menjadi isu hanggat dan menjadi tahanan ISA

Emm.. tapi kebanyakan kedai tidak meletak tanda halal, tapi ramai je orang islam datang lepak makan.. jadi kenapa pula hendak was-was.


Setelah puas kami mengupas topik itu, banyak kesimpulan yang hamba dapat kupaskan. Memang benar kebanyakan kedai kopitiam tidak melatakkan tanda logo halal di kedai kerana mereka tidak memohon sijil kelulusan JAKIM, tambahan pula di kopitiam, mereka tidak menyediakan masakan dari khinzir (babi) jadi mereka mula memandang remeh perkara sebergini.

Pork Free... bukan bermaksud kedai tersebut halal tau.. cuma kedai tersebut tidak menghidangkan makanan berasaskan dari babi. tetapi.. adakah ayam yang digunakan itu disembelih dan penyediaan makanan itu dilakukan mengikut hukum syarak islam?

Hamba ingin berkongsi bersama temam-teman seagama hamba, kita haruslah memilih dengan teliti tentang permakanan kita.. biarlah ia dari sumber yang halal dan makan makanan yang halal. Itu merupakan tuntutan agama. Bagi pengemar kedai kopitiam, perhatikan tanda logo halal dahulu paling tidak pun minta mereka tunjukkan sijil Halal.


Janganlah kita dikaburi dengan kepesatan pertumbuhan kedai makanan dan terlalu yakin bahawa Malaysia merupakan negara islam dan mula membuat andaian bahawa hampir semuanya makanan yang disediakan adalah halal walaupun di jual kopitiam, restaurant segera dan sebagainya.


Coretan hamba ini bukan ingin mempertikaikan sesiapa, mungkin kita memandang perkara ini terlalu mudah. Jadi.. berhati-hatilah selepas ini. Mungkin pekerja mereka orang islam tetapi, pengusaha dan pengendalian makanan tersedut adakah mengikut hukum islam.Perhatikan logo halal.

5 comments:

Anonymous said...

wah.. pantas!! ok syam, mas dah bace. very well said & written indeed ;-)

rudy bluehikari said...

alah.. keje melibatkan negara luar...kalu xtermakan pork tuh tipuuuuuuuuuuuuu ekekeke

Syamz said...

salam en rudy bluehikari.
Emmm...yup, mungkin ada yang tidak perasan kot... tapi bagi hamba termakan mknan tidak disembelih mungkin.. tapi pork jauhkanlah..

@rep said...

di malaysia yes.. kena cari logo halal.. kat oversea, kena masuk kedai and tanya satu2.

pork free and halal memang berbeza. jgn main redah jer..

Zuer said...

Syam nanti sms no kat zuer..bagi nama seklai. Hp hag. zuer kener reset..tu yang no hilang