Saturday, November 1, 2008

Apa MaksudNya



Kenapa bergitu payah sangat untuk hamba cuba men'delate' segala memori yang bermain di kotak fkikiran hamba. Telah hamba berusaha dengan pelbagai cara, akan tetapi kenangan itu sentiasa bermain malah suara bisikan itu sentiasa kedengaran di telinga hamba. Kalo lah ia semudah berurusan dengan komputer, kita cuma perlu delate and remove to recycle bin kan senang.

Semakin lama memori itu bermain dan tersimpan rapi di kotak fikiran hamba, sedikit sebanyak ia membatasi segala pergerakan dan perbuatan hamba. Ia juga memberi impak yang agak ketara didalam pengawasan emosi dan kelakuan hamba. Mengapa ia kembali semula? bermain didalam imaginasi hamba.. berkeliaran di dalam dunia fantasi hamba. Adakah kerana hamba tidak pandai dan tahu mengawal segalanya atau hamba terlalu lemah untuk melalui itu semua.

Walaupun segala simpulan itu telah dihurai, tetapi mengapa masih lagi ada rasa terbuku dalam hati ini. Adakah itu namanya DENDAM atau CEMBURU? KASIH atau BENCI? Atau aku hanya menjadi manusia...

1 comment:

a'azheem said...

i suck at love life,especially mine.i'm kinda the big 'L'