Monday, November 3, 2008

Rawatan kaki



Entah.. bergitu malas kaki ini untuk melangkah.. bergitu berat hati ini untuk berganjak.. bergitu letih pula perasaan ini untuk meneruskan perjalanan hidup diawal bulan ini... kesunyian dingin pagi dikejutkan dengan sambaran petir, hamba terkejut dan mula berdebar-debar.

Bergitu kelat sungguh mata ini untuk dibuka.. pelbagai cara hamba cuba lakukan.. tetapi tilam dan bantal ini jauh lebih empuk dan mampu menggugat keimanan hamba. Emmm.. enak pula memeluk bantal bucuk ini...

Hamba mula terasa tidak sedap badan malahan suhu badan hamba meningkat dengan mendadak, ahks.. nak demam lagi ke?. Lantas hamba gagahkan diri untuk membasahi tubuh ini kerana ingin mendapatkan rawatan dan meneruskan perjalanan hidup ini.

Dalam longlai melangkah, hamba singgah seketika untuk mendapatkan rawatan reflexology. Mungkin ini terbaik buat hamba, maklumlah dah jemu hamba bergantung pada ubat-ubatan dan bahan kimia.




Hamba terlalu khusuk menikmati urutan kaki sehingga terlelap. Apa yang pasti, tempat yang hamba lawati ini menggunakan tenaga pekerja yang kurang penglihatan. Biasalah, inilah kelebihan mereka, malah kita sepatutnya membantu mereka dengan memberi peluang pekerjaan. Sebagai pengguna, kita cuba sebaik mungkin memberi sokongan kepada mereka.



Boleh dikatakan hampir setiap bulan hamba akan mendapatkan rawatan tersebut, bukan apa.. adakalanya kita perlu memberi layanan yang terbaik pada badan kita.. dah lah asyik bekerja sahaja.


4 comments:

a'azheem said...

i need foot massage really bad.is it ttrue what they've been telling even if your back hurts,u can get foot massage to feel better?

Syamz said...

emmm.. you should try dear..

Anonymous said...

tuan hamba . sy mahu bertanya mereka org kurang penglihatan ke ? so bagaimana dia bisa memakai jam tangan :D

Syamz said...

anonymous> mereka ne bukan cacat penglihatan sepenuhnya.. maksuatnya penglihatan terbatas..

pasal jam tu.. mereka pakai jam yg ada sound.. mereka cuma buta bukan pekak.. emmm tak terfikir ke, kenapa di lampu isyarat perjalan kaki ada mengeluarkan musik (isyarat) untuk melintas? itu merupakan kemudahan untuk orang yang cacat penglihatan