Saturday, January 10, 2009

Coretan AzaM 2009

Bergitu pantas masa meninggalkan kita, diam tak diam hampir 10 hari kita sudah berada dia alam 2009. Masih tidak terlewat buat kita untuk membuat perancangan untuk tahun ini. Maklumlah, bila masuk tahun baru, kita akan mula merancang segala azam dan impian yang ingin dikecapi sepanjang akhir tahun. Bagi hamba, itu semua merupakan rutin manusia di kala awal tahun.

Tidak ketinggalan buat hamba juga, sudah pasti bergitu panjang senarai azam dan impian hamba untuk tahun ini :-
1. Ingin khatam Al-Quran semula sebelum akhir tahun melaburkan sayap
2. Ingin menunaikan umrah lagi bersama keluarga pada tahun ini
3. Ingin menggamalkan kehidupan yang sihat
4. Ingin berjimat cermat dan banyakkan menabung
5. Ingin pergi bercuti di beberapa negara yang hamba belum jejaki

Semoga dengan berkat doa ayah,ibu dan kawan-kawan, dengan usaha yang gigih semoga segalanya terlaksana. Amin...

Hamba ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada teman hamba diatas pemberian buku 'Everything- Digital Photography Book' tulisan Rick deGaris Doble. Terima kasih kepada Tobby dan En Rudy diatas pemberian buku tersebut. Untuk makluman kalian, hamba baru sahaja habis membaca buku tersebut. Banyak ilmu yang hamba pelajari. Ternyata info diadalam buku tersebut bergitu padat.Terima kasih daun keladi...


2 comments:

Anonymous said...

moga dpt manfaat drpd ilmu yg ada. alhamdulillah.

rudy

Anonymous said...

Aits,...
Lama menyepi? :)





zachary daniel