Monday, January 5, 2009

Kenangan Terindah Zaman Sekolah




Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna buat anak buah hamba Iskandar Hakim kerana hari ini merupakan hari yang bersejarah apabila beliau melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Walaupun hampir 2 tahun beliau telah ke pra-sekolah dan tadika, tetapi kali ini ia jauh lebih bermakna.






Persiapan yang dilakukan seperti biasa, maklumlah ini merupakan anak buah hamba yang pertama menjejak kaki ke alam persekolahan. Hamba menjadi terlalu girang dan gembira kerana beliau semakin membesar dan mula matang. Sempat hamba mengusik beliau, perasaan ke sekolah baru. Beliau kelihatan seperti hari ini merupakan hari yang biasa dilalui. Tidak ada perbezaan dengan hari-hari yang lain. Cuma, perbezaan kali ini hanya pakaian seragam yang berwarna putih dan biru.



Mana tidak nya, rakan sekelas beliau kebanyakan teman-teman dari pra-sekola dahulu, jadi beliau lebih tenang dan gembira. Hampir ke semua sekolah di negara ini sesak pada hari ini. Kesibukan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah tidak ketinggalan juga waktu ini syarikat penerbit buku sekolah sibuk membuka gerai disana sini dan syarikat bas sekolah sibuk mencari pelangan baru.



Zaman kini jauh berbeza dengan zaman dahulu ketika melangkah ke alam persekolahan. Kanak-kanak sekarang jauh lebih tabah dan pandai menjaga diri berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan perubahan masa dan juga peralihan tamadun terutama dalam pendidikan kanak-kanak. Dulu kita lihat kanak-kanak menanggis di dalam kelas, tapi kini ibu bapa pula yang tersedu-sedu kerana anak mereka menyuruh mereka pulang dan malu kerana menunggu di tepi tingkap.



Hamba ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan selamat menempuhi alam persekolahan kepada semoga semua murid-murid tahun satu. Pesanan buat Hakim, jadilah insan yang berilmu dan beramal.

2 comments:

Anonymous said...

comel sgt gambar2 hakim.. nampak cool jer kan? :-)

Anonymous said...

=)