Friday, October 31, 2008

Biarlah Hamba di Dunia Hamba

Mungkin itu lah realiti yang sebenarnya.. hamba akui.. malah hamba sedari.. dunia kita mungkin jauh berbeza.. ingin hamba cuba untuk terbang tinggi di langit biru.. berlayar di lautan yang terbentang luas untuk melihat seluas mana dunia ini.. melihat seindah mana kehidupan ini.. akan tetapi.. hamba masih lagi dibelenggu di dalam dunia hamba.. dunia fantasi yang hamba ciptakan.. malah berpijak di dunia yang penuh realiti itu.. membuatkan hamba menjadi insan yang kerdil.. hamba akui.. malah hamba sedari.. dunia itu tidak mampu bertahan.. dunia itu hanya kita yang melakonkan watak tersebut.. hanya kita mewarnai segala coretan itu..



Semakin tinggi hamba terbang di langgit biru.. semakin dekat hamba pada pencipta.. tetapi semakin jauh hamba didunia realiti.. bukan itu yang hamba mahukan.. bukan itu yang hamba pinta.. tapi.. semakin luas langit itu bermakna.. semakin banyak yang hamba harus pelajari.. benar kata teman-teman.. peluang itu datangnya sekali.. realiti itu tidak mampu ditukar.. impian itu harus didakapi.. keperitan itu harus dilalui.. kerana kebahagian pasti dihujung sana.. usalah kita fikirkan waktu itu.. kerana itu diluar akal fikiran kita.. teruskan liku itu.. lalui dengan tabah dan sabar..

Biarkan hamba di dunia hamba.. mencari realiti bukan lagi fantasi.. kerana hamba terlalu lemah meniti erti kehidupan ini.. pimpinlah tangan hamba.. kita harungi liku itu.. kita kongsi segalanya.. kita rai kejayaan itu bersama..

3 comments:

Lady Dyla said...

hamba tidak bererti solalunya tunduk...
kdg-kdg hamba prlu bngun menegakkan apa yg menjadi milik hamba..
mencari sinar pencipta adlh tugas hamba yg utama... smga kita menjadi hamba hanya kepada-Nya

Syamz said...

shweet byatch : betul katan tuan hamba.. semoga kita tabah yup

Anonymous said...

saya tidak layak untuk menghulurkan tangan kepada awak!!malah tidak mampu memimpin juga.kerana saya tahu awak tidak memerlukannya sejak pertama kali bersua...!!!!!