Thursday, March 13, 2008

Pisang Goreng Panas yang Famous

Teringin nak makan pisang goreng panas? Huhuhu… dikala hujan dan mendung, mesti bestkan kalo dapat makan pisang goreng panas dengan air kopi kampung… huhuhu nikmat tak terkata..

Hamba hanya ingin berkongsi pengalaman, petang tadi hamba pergi ke gerai goreng pisang yang hamba sendiri suka banget.. sedap dan ranggup. Kalau di Johor, Pisang goreng mesti makan dengan sambal kicap.. (Sedap juga). Tapi tempat ne pelik sikit.. pisang goreng dia manis dan ranggup.

Pisang Goreng Azmi terletak di Station Komuter Shah Alam.. Kalau jalan kaki dari situ dalam lebih kurang 5 minit sahaja. Tapi jangan terlewat sebab terpaksa beratur panjang. Percaya tak, tadi hamba beratur hampir 30 minit ( di depan hamba ada 26 orang beratur.. jadi hamba orang yang ke 27 menunggu giliran ) tak sampai 15 minit bila hamba toleh dibelakang.. ada 18 orang lagi beratur menanti giliran. Waw.. ramai macam nak beli pop corn kat panggung wayang.

Sedap.. jika dimakan ketika panas...

Hehhe.. sedar tak sedar.. sampai giliran hamba, apa lagi hamba terus lah pesan RM10 ( ehhh.. bukan hamba makan seorang je tau ) memang sedap.. bagi sesiapa yang teringgin nak makan pisang goreng.. pergilah ke Station Komuter Shah Alam atau cawangan di USJ 10. Teman-teman hamba dari Rawang, Puchong dan Johor pun pernah singgah membeli. Sedap… jangan lak ingat hamba dapat komisyen tau.. Cuma nak kongsi kenikmatan makanan sahaja..

No comments: