Wednesday, August 6, 2008

Blood Test

Hari ini, hamba tabahkan diri untuk membuat Blood Test.. Last sekali hamba buat pemeriksaan tersebut pada tahun 2006, pada waktu itu hamba terpaksa melalui pembedahan di Selangor Medical Center.

Gementar pun ada sebenarnya.. maklumlah.. kehidupan bergini.. macam macam boleh berlaku tanpa kita sedari. Penyakit tidak mengenal usia, waktu, tempat dan jantina. Setidak tidaknya, hamba mengambil berat tentang kesihatan hamba. Baru-baru ini, hamba tidak bergitu sihat malah terlalu penat dengan urusan kerja yang tidak menentu masa dan tambahan pula dengan keserabutan dalam urusan kehidupan...

Sample darah hamba... untuk diuji

Terima kasih kepada doktor tersebut.. sebenarnya, hamba gagahkan diri juga kerana diatas nasihat dan juga keyakinan hamba terhadap doktor tersebut... Ye lah.. dah kerja mereka.. so pastilah mereka tahu apa yang terbaik untuk pesakit mereka. Hamba telah dinasihati supaya berpuasa di malam hari selama 12jam sebelum pemeriksaan tersebut dijalankan pada hari ini.


Dengan yakin dan profesional doktor tersebut... beliau menerangkan kepada hamba mengenai proses yang akan dilalui malah serba sedikit nasihat dan tips kesihatan... YA ALLAH.. setelah pemeriksaan tekanan darah di buat, jelas dan nyata hamba mengalami tekanan darah rendah... Aduh.. jangan lah ini merupakan pertanda yang tidak baik...

Pakage pemeriksaan yang hamba ambil itu merangkumi pemeriksaan :-
  • HIV Test
  • Thyroid Stimulating Hormone (TSH)
  • Glucose
  • Liver Fuction Test
  • Hepatitis Bs Antigen
  • Hepatitis Bs Antibody
  • Coronary Risk
  • Kidney Function Test
  • Urine FEME
  • Rheumatoid Arthritis (RA) Factor
  • Anaemia / Blood Cell Screening
  • Gout
  • Serology
  • ABO & Rh Blood Group
Dalam seminggu lagi, hamba akan perolehi keputusan tersebut.. semoga segalanya berjalan dengan lancar.. nantikan kemunculan blog keputusan itu..

No comments: