Sunday, August 10, 2008

WeekEnd YaNg SpoNtan

Hujung minggu ne, tak banyak aktiviti yang hamba mampu lakukan.. heheh maklumlah.. urusan kerja hampir selesai then kena buat urusan housekeeping, laundry dan yang paling penting.. Ganti TIDO yang ter tunggak.. hahahaha

Pada hari sabtu lepas... persaan hamba sedikit celaru kerana hamba memerima SMS dari teman hamba yang meluahkan kata yang kurang enak untuk diperdengarkan.. Beliau mula mempertikaikan kerjaya hamba dan mula membuat sindiran yang berbaur hinaan. Mungkin bagi niat beliau hanya gurau senda.. tetapi mengapa isu profesionalism dan imej pula diketengahkan. Jujur hamba cakap.. sedikit sebanyak hamba terasa tercabar dan terguris dengan lawak bodoh beliau itu..

Pemandangan dihadapan khemah kami... cantik kan!!

Pada perancangan awal.. hamba ingin pergi menonton Festival Filem Malaysia (FFM) 21 yang berlangsung di Putrajaya. Akan tetapi ada beberapa teknikal problem.. hamba tidak dapat melangkah kaki di RED CARPET FFM21.. hahahah... tak pe... nanti ada lah rezeki hamba kelak. Hamba teruskan perjalan hujung minggu ini dengan aktiviti yang tidak dirancang.

Menanti kemunculan teman hamba yang ingin menonton FFM21 bersama tidak muncul.. sebaliknya hanya sistem pesanan ringkas yang menggantikan diri beliau.. "broe.. sorry im stuck in trafic and i think i can't make it tonite".. its ok.. u have ur own reason and i should respect ur way.

Entah.. nape aku dok sibuk ambik pic ne.. ohhh.. nak bagitahu
that kami pemandu berhemah dan destinasi yang di tuju..

Hahaha.. selesai FFM, teman hamba muncul setelah kami berbicara di alam maya untuk memenuhi hari minggu kami.. Tanpa dirancang dan dengan spontannya kami bersepakat untuk berkhemah di Port Dickson.. waw.. dalam pukul 1200am.. kami mula meluncur kenderaan kami untuk menuju destinasi kami PD. Dalam pukul 0130am.. kami tiba dilakosi yang sentiasa hamba pergi berkhemah dikala mencari ketenangan...

Jam 0200am, kami siap mendirikan khemah dan mula melaburkan badan dengan bertilamkan pasir.. kami sibuk berbicara menggenai pengalaman hidup dan bertukar tukar pendapat tentang asam garam kehidupan ini yang penuh dengan 'kejutan'. Ketika matahari mula sibuk memunculkan diri untuk melakukan tugas harian nya.. kami baru mula terlelap ..

Lebih kurang jam 0900am.. kami mula meneruskan perjalanan hari minggu kami.. ahkkk.. sebabkan bunyi bising oleh Pihak MDPD yang sedang mencantas pokok-pokok di kawasan kami berkhemah.. membuatkan kami tidak mampu meneruskan tidur yang tidak lena.. tapi nyaman sebab angin dok bertiup.

Emm.. sarapan nasi lemak dengan ayer kelapa
sambil memerhati gelagat orang ramai

Banggggunnnnn.. jom bersiap.. kita breakfast then lepak2 sambil memerhati pemandangan yang mula sibuk dengan gelagat penggunjung. Sedang kami asyik menjamah sarapan.. kami tertarik dengan gelagat kanak-kanak sedang bermain 'Masak-masak' pecah perut juga kami kerana kami duk mengalih suara dan membuat jalan cerita dengan perlakuan mereka.

Waw.. PD dah Wifi free yup.. memang banyak kemajuan

Penggalaman hujung minggu ne..memang menarik.. maklumlah.. teman hamba tu.. sudah lama tidak pergi ke PD. Insyallah nanti kami akan mula mengatur percutian tanpa dirancang.. kerana baru mencabar.. Kepada Teman hamba itu.. terima kasih kerana sudi mengisi dan menemani hamba dengan pelbagai kejutan dan kenangan.. Beb.. ko memanag rock.. rock kapak..

Emmm..pak cik tenung apa yup..
kami nak tanya sikit boleh...
xoxoxo

No comments: