Thursday, August 28, 2008

JeRaWat

Baru- baru ini.. muka hamba telah tumbuh jerawat dengan bergitu banyak sekali.. hahaha.. kenapa nye? mungkin banyak sebab yang membuatkan jerawat itu tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan..

Pelbagai sebab dan punca mengapa ia terjadi.. hamba menjadi cemas.. sedangkan usia semakin meningkat remaja dewasa ( hehehehe ) makin banyak pula jerawat. Semenjak dari zaman remaja.. muka hamba tidak pernah tumbuh jerawat.. Kalo tak silap.. jerawat pertama hamba ketika usia 24 tahun... tapi kini ia semakin menjadi..

Adakah disebabkan stress, perubahan hormon atau tidak cukup tido.. ahk.. malas hamba nak persoalankan dan fikirkan mengapa dan kenapa. Tapi apa yang hamba tahu.. bila kita masih mampu mempunyai jerawat..bermakna.. kita masih muda.... (perasan lah tu.. ke nak sedapkan hati je).

Pelbagai petua telah hamba cuba.. orang kata pakai bedak sejuk.. emmm tak berkesan juga.. sapu minyak angin.. hari ini hilang.. esok tumbuh kembali.. Orang kata derma darah mungkin dapat membantu.. hamba dah cuba juga.. tukar pencuci muka.. dah banyak hamba habis duit.. pelbagai produk telah hamba cuba.. Himalaya (neem), Clinique for him, SK2, Lab Series nampak nya semua tidak berkesan..

Hamba mengambil jalan terbaik.. terus pergi ke klinik pakar kulit.. emm faham-faham je lah kalo dah pergi ke pakar kulit ne.. semua nya harga boleh tahan mahalnya.. tapi.. biarlah bermodal sedikit asalkan kesihatan terjamin.

Semasa hamba melawat ke klinik tersebut.. niat hamba pada asalnya hendak meminta nasihat dari doktor pakar tersebut... dalam diam.. hamba terjebak untuk membeli produk dan ubat untuk membantu menghilangkan jerawat ne.. Alhamdulilah.. nampaknya ada lah sedikit perubahan.. tapi.. mengikut nasihat doktor tersebut.. hamba perlu menggambil ubat dan antbiotik selama 3 bulan.. baru nampak hasilnya..


Pencuci muka, tonner dan Sun Block

Semoga.. kali ini.. ia sesuai dan mampu membantu hamba untuk kelihatan seperti dahulu.. maklumlah, bila dah berjerawat ne.. keyakinan diri untuk berjumpa orang ramai menurun sedikit malah.. ia juga mengugat kerjaya hamba.

2 comments:

Zuer said...

berkesan ker benda tu...nanti u pas nie glamour ler..tak der jerawat lagi dah...

Klm said...

cuba guna MIOR bar soap RM260..dia org jual 1/2 bar or 1/4 bar

where to get = google