Sunday, August 31, 2008

Merdeka yg Simple tApi BermakNa


Sambutan MERDEKA bagi hamba tidak lah bergitu banyak bezanya.. pengertian merdeka bergitu berbeza bagi setiap insan dimuka bumi ini.. Dikala kita sedang melaungkan merdeka.. pernah kah kita terfikir akan nasib yang sedang menimpa rakan-rakan kita di negara yang sedang berperang.

Hamba ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan.. ribuan.. malahan jutaan terima kasih kepada bapa kemerdekaan kita.. serta pengorbanan yang dibuat oleh orang-orang terdahulu yang sanggup berjuang demi memartabatkan maruah negara sehinggalah Malaysia ditubuhkan..

Pada tahun ini.. Merdeka amat bermakna dalam hidup hamba.. kali ini hamba merasa erti kemerdekaan kerana bebas dari cengkaman perhubungan hamba.. ( maksudnya sekarang ne single lah ) Maklumlah.. dikala dikita di dalam perhubungan.. perasaan bebas tu mungkin tidak banyak dirasai.. segala perlakuan dan tindak tanduk perlu dimaklumkan.. bukan takut atau sebagainya.. cuma menghormati erti perhubungan itu sahaja..

Kali ini.. hamba hanya menyambuat merdeka dengan penuh rasa bebas.. hehehe.. hamba menghabiskan masa bersama teman UNI dulu yang hampir 5 tahun tidak jumpa.. ( ko masih tetap tidak berubah.. sentiasa ingin menang dalam segala hal.. ko ne makin teror menjawab yup..) Tahnia kerana kau membawa teman tetapi kenapa masih lagi nak berselindung.. ah... tu tandanya ko belum lagi merdeka dan bebas meluahkan apa yang tersirat..

Setelah pulang dari lepak minum dan menyaksikan sambutan Merdeka.. hamba pulang ke rumah.. dalam suasana bohsan.. Teman hamba yang bolehlah hamba katakan bergitu rapat.. menghubungi dan mengajak hamba untuk lepak minum.. emmm apa lagi.. u call me at the rite time.. then kami melepak minum kat mamak.. sempat juga kami membuat lawak.. rehearsal for sahor.. heheheh.. makan roti canai banjir dan minum barli panas.

Kesimpulan yang hamba boleh ungkapkan dalam perjalanan seharian hamba dikala ambang kemerdekaan.. Tahun ini hamba merdeka. kerana hamba bebas terbang melayang walaupun ada sangkarnya.. tetapi kejujuran dan kebebasan yang diberikan kepada hamba membuatkan hamba lebih menilai erti kehidupan sebenarnya..

Buat teman-teman.. hamba.. terima kasih diatas bantuan malah kesudian kalian semua menjadi teman malah insan yang tersayang bagi hamba....

p/s : Buat Irwan.. Happy birthday.. hehehe.. semoga segala cita-cita kamu akan menjadi realiti.

No comments: