Monday, September 1, 2008

RaMadHaN Al-Mubarak



Kehadiran Ramadhan sememang nya ramai yang menanti.. kerana dikala ini lah umat islam berlumba-lumba untuk melakukan ibadat dan menambahkan lagi pahala. Tidak ketinggalan ada juga yang mencari ketenangan dan menyambut ramadhan di tanah suci. Hamba bergitu bangga dengan ketekunan dan kesungguhan sesetengah insan.

Tahun ne.. hamba menyambut ramadhan dengan serba serbi kekurangan. Emm.. sekian lama hamba menyambut ramadhan.. tahun ini hamba teringat kenangan nostalgia dahulu dikala hamba kecil.. menyambut ramadhan malah persiapan sebelum ramadhan menjelang..

Hamba sedih kerana tidak dapat menyambut hari yang mulia ini dengan keluarga tercinta di kampung halaman.. tugasan yang membataskan segalanya.. mungkin hamba telah di takdirkan untuk menyambutnya seorang diri.. merasa bertapa peritnya insan lain didunia ini menyambut ramadhan.

Setelah sahor.. entah mengapa.. fikiran hamba melayang layang memikirkan kenangan dahulu.. sehingga ia menyinggah di dalam mimpi hamba.. sebak tidak terkata.. mungkin kah perasaan rindu dan sayang terlalu kuat? ahkss.. mengapa ini yang terjadi.. mengapa harus hamba lalui.. semoga kehadiran ramadhan ini.. sedikit sebanyak dapat membantu hamba mengenali diri hamba dengan lebih mendalam..

Buat tetam-teman dan muslim sekalian.. hamba mengucapkan selamat berpuasa.. sesungguhnya fadhilat berpuasa tidak lengkap jika kita tidak melakukan solat 5 waktu.. ingatlah.. dikala ini.. syaitan telah dikunci dan .. dikala inilahlah kita dapat melihat.. manusia bertopengkan syaitan.. sesungguhnya.. ambil lah peluang ini untuk memperbaiki segala kelemahan dan banyakkan beramal.. bersedekah dan melakukan ibadat.. semoga kita dapat melakukan rukan islam dengan sempurna.. Amin

No comments: