Wednesday, October 22, 2008

BiG FooD



Edisi Jalan-Jalan Cari makan diteruskan. Kali ini hamba terdetik untuk mencuba di restoran yang baru buka. Ini pun diatas cadangan teman hamba ( bloger Tokyo Blue : thafiexq.worpress.com ). nama restoran ini pun dah cukup membangkitkan selera... Big Food.

Ketika kaki hamba melangkah, hamba terpegun dengan dekorasi didalam restoran tersebut cantik, menarik, bersih malah mampu membangkitkan selera hamba untuk mencuba menu mereka. Kehadiran kami disambut oleh pelayan yang bernama Effah, beliau amat peramah malah sudi membantu kami dan menjawab segala persoalan kami. Maklumlah, kali pertama kami singgah ke restoran tersebut, jadi.. macam-macam lah soalan yang kami ajukan.


Menu yang disediakan tidak lah terlalu banyak malah berpatutan dengan selera tempatan. Makanan wetern, pasta dan masakan tempatan ada disediakan. Kami mencuba masakan western dan masakan tempatan. Harga dikenakan perpatutan malah bersesuian ( sebelum makanan tiba ).


Setelah makanan kami tiba, kami jadi terperanjat kerana ia jauh dari apa yang kami sangkakan. Food presentation tidak lah terlalu menarik malah potion yang disediakan amat mengecewakan kami. Ye lah, nama big food, jadi kami ingatkan hidangan yang disediakan banyak dan menyenyangkan.. sebaliknya pinggan yang digunakan sahaja besar.



Seterusnya, kami terpaku dengan rasa masakan tersebut, ia tidaklah memenuhi citarasa kami malah masakan tersebut tidak mampu membayangi nama restaurant tersebut. Maaf bukan hamba ingin menjatuhkan status resturant tersebut, sebaliknya ini merupakan pandangan hamba semoga pemilik restaurant tersebut mampu membuat perubahan demi kebaikan mereka.

Kepada sesiapa yang telah mencuba dan akan mencuba, jangan malu dan segan.. kita luahkan komentar kita demi kebaikan bersama.

2 comments:

Anonymous said...

harap je decor yang letop.. makanan pun biase2 je,,.. baik mam kat TGI.. huhu

Syamz said...

tahu tak pe.. atleast kita tahu kemampuan kedai tersebut...