Saturday, October 4, 2008

Pergi Untuk Seketika - ( Finale )


Tuan - Tuan dan Puan – Puan, Kita telah mendarat di Lapangan Antarabangsa KL … Anda diminta duduk sehingga isyarat pasangkan tali pinggang dipadamkan.. Anda dilarang menggunakan telefon bersel sehingga pintu pesawat telah dibuka… Waktu tempatan sekarang ialah 6 pagi bersamaan 4 Oktober 2008 dan suhu diluar 26’C. Bagi pelawat, kami mengucapkan ‘Selamat datang’ dan bagi warga negara Malaysia ‘Selamat pulang’.. Terima kasih kerana menyertai penerbangan Malaysia.

Lega rasa di hati kerana hamba kembali ke tanah air.. rasa macam nak berlari je balik rumah nak makan ketupat, rendang dan lemang.. Benda pertama sekali hamba buat ialah menghubungi bonda tercinta dikampung halaman.


Selamat Tinggal Dubai..

" Assalamualaikum emak, angah dah selamat sampai KLIA... Semua keluarga di Kampung sihat?.. Macam mana dengan sambutan Raya?.. Emak.. angah nak mohon ampun dan maaf kalo ada salah dan silap.. Sekejap lagi agh akan balik ke Johor.. Jumpa nanti.. kirim salam semua bye.."

Semoga kita bertemu kembali...

Setiba sampai dirumah, hamba terus bersiap untuk pulang ke kampung halaman. Nasib baik hamba sudah menyiapkan segala keperluan dan pakaian untuk ke kampung halaman. Yang pasti.. hamba sempat mebuka email hamba kerana hamba menantikan email dari kenalan baru hamba untuk menghantar jemputan kahwin kakak beliau di Melaka. Ye lah.. sebab hamba ingin pulang ke Johor, so sempatlah singgah makan nasi minyak di Melaka, akan tetapi.. mungkin beliau terlupa kot., Tak pe lah bukan rezeki hamba. Semoga majlis perkahwin tersebut berjalan dengan lancar hendaknya.

Perjalanan dari KL ke kampung halaman hamba berjalan dengan lancar. Highway bergitu lenggang.. tapi hamba tak boleh memandu dengan lagi kerana hamba sebenarnya mengantuk teramat sangat.. Tak boleh nak tido di dalam pesawat. sebelum hamba teruskan perjalan.. hamba minum livita with honey 2 botol.. then standby with redbull and 100 plus. Sambil memandu pasang CD lagu kuat-kuat dan kunyah gula-gula Hack.

Setiba di kampung halaman. Ingatkan hendak beraya dan menikmati makanan. Tapi sayang sekali, hamba terlalu penat sehinggakan tertidur disofa ketika ada tetamu datang beraya. Memang tidak manis kan..

No comments: