Tuesday, October 28, 2008

Pengguna Yang BijAk


Semasa hamba berjalan-jalan untuk menggambil angin.. hamba perpandang iklan jualan gudang di sekitar kawasan ini.. Hati hamba mula terdedik, pasti akan meriah dan penuh dengan pengunjung. Maklumlah orang dah dapat gaji so bolehlah mereka menyopingkan diri. Jualan gudang ini berlangsung selama 5 hari.


Sebagai manusia dan masyarakat malaysia, kita akan sentiasa berfikir.. 'ala.. pergi last day mesti lagi menarik dan lebih murah'. Inilah amalan masyarakat kita ( maaf bukan semua) seperti persiapan hari raya.. kalo boleh malam terakhir baru nak pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana semuanya akan lelong dan jauh lebih murah. Tapi kita silap, pada waktu iku kita tidak banyak pilihan malah saiz pun tidak berapa banyak.


Selaku pengguna yang bijak, tidak salah kita membeli diwaktu jualan murah atau jualan gudang. Cuba bayangkan harga asal ialah RM800, selepas discount tinggal RM185. Memang murah tetapi.. pernahkah kita terfikir mengapa harga terlalu murah dan jauh perbezaan? Pernahkah kita terfikir berapa harga kos sebenar.. waw.. banyak juga mereka mark up price..



Setelah hamba buat perbandingan harga dan juga kualiti, ternyata barang yang dijual masih lagi berkualiti dan bermutu. Selaku pengguna yang bijak, kita perlu tahu membuat perbandingan.. jangan sekali-kali tertipu ngan iklan Jualan Murah kerana, tidak semuanya murah sebab mereka dah mark up harga kemudian buat potongan sehingga 80%.

Selaku pengguna, jadilah pembeli yang bijak.. bandingkan harga dahulu kemudian buat perbandingan, periksa dahulu kualiti ingat pesanan orang-orang dahulu kala "kalah membeli.. menang memakai". Sentiasa jangan terpengaruh dengan pujuk rayu jurujual malah iklan yang gempak.. Sediakan dahulu senarai barangan yang perlu dibeli bukan membeli kerana murah tetapi ia tidak di perlukan.

2 comments:

wénkt said...

ramai kan orang...
maybe sebab baru dapat gaji...

takder benda menarik pun...
beratur masuk kawasan kosmetik dan perfumes tapi ive realized yg semua benda ialah jenama2 ntah apa2 ntah.

choi!

better shopping kat proper hypermarket, then beli benda yg betul2 perlu je

P/S: remember me?

a'azheem said...

i'm gonna die if i go to shop at this place..