Saturday, October 25, 2008

Tanggungjawab Bersama...


Menjaga kebersihan malah harta benda awam merupakan tanggungjawab kita bersama. Mungkin pendedahan inilah yang perlu dipupuk dikalangan masyarakat kita yang sudah mula memandang enting. Mengapaka perkara ini terjadi? adakah disebabkan sikap masyarakat kita yang mula menanam sifat pentingkan diri sendiri atau nilai-nilai murni masyarakat kita telah haus dikikis perubahan masa dan kepesatan pembangunan.

Jika dilihat dari pelbagai sudut dan perspektif, kesedaran rohani dan moral masih lagi tidak mampu membawa perubahan yang mencerminkan identiti kita sebagai rakyat malaysia. Mungkin juga kita kekurangan pendedahan tentang perbezaan amalan dinegara lain.

Jika kita sebut sahaja tentang tandas awam, perkara yang pertama sekali terlintas di kotak fikiran adalah "KOTOR" dan perlu membayar sebelum digunakan. Tidak dapat dinafikan kebanyakan tandas awam di negara kita ini berada ditahap yang kotor dan menjijikkan. Pelbagai usaha semua pihak cuba menukar perspektif masyarakat mengenai tandas awam, tetapi inilah realiti yang sebenarnya.

Ini merupakan gambar di tempat kejadian.. Bayangkan jika anda ingin menggunakan..

Ketika hamba sedang asyik berjalan di sebuah pusat membeli belah, hamba terpaksa singgah ke tandas awan tersebut.. kerana ada urusniaga kecil-kecilan. Hamba terpesona dengan suasana dan kebersihan tandas tersebut. Yang pasti, tiada bayaran dikenakan untuk singgah disitu. Mungkin ini disebabkan keprihatinan pengguna tentang tahap kebersihan atau pihak penggurusan menjaganya dengan baik.



Hamba ingin menyeru kepada semua masyarakat kita supaya mengamalkan kebersihan kebersihan di dalam tandas awam. Hentikan vandalism, bagi penulis cerpen di belakang pintu-pintu tandas, buatlah blog anda dan luahkan isi hati anda disitu dan bagi mereka yang ingin membuat tawaran perniagaan (faham-faham sendiri).. buat je iklan di internet ne kan senang dan cukup berkesan.

Hamba berharap semoga kita mampu menjaga kebersihan harta benda awam dengan baik. Ingatlah, kebersihan itu merupakan tuntutan agama.

2 comments:

Zuer said...

tak der pic laen ker...dah lah zuer bukak blog u masa tengah makan nie...aduhhhhh

Anonymous said...

sesungguhnye gambo itu memang menaikkan selera makan.. hahaha