Monday, October 20, 2008

Gigi Hamba Kena Cabut..



Hampir 2 minggu hamba menahan kesakitan disebabkan gigi hamba.. Tuhan sahaja tahu bertapa perit dan rimasnya hamba ketika itu. Bukan disebabkan gigi hamba berlubang.. akan tetapi Geraham Bongsu hamba meragam pulak. Hamba ingatkan itu perkara biasa dalam sehari dua mungkin dah sembuh.. tetapi.. semakin lama semakin sakit pulak.

Benar orang kata.. itu semua ujian dari Ilahi.. Bayangkan.. sekaya mana pun kita.. kalo diberi sakit gigi.. nak kira duit pun tak selesa.. inikan pula nak mencari duit.. bukan itu sahaja.. gigi merupakan penyeri dalam senyuman..


Seperti biasa, hamba akan membuat temujanji dengan pakar gigi setiap 6 bulan dan rasa nya bulan ne dah tiba waktunya hamba melawat doktor tersebut.. melawat sambil dirawat.. Pada mulanya doktor menasihati hamba untuk menjaga gigi tersebut kerana ialah.. sayang kalo dah cabut.. tapi disebabkan hamba menderita menahan kesakitan.. beliau mencadangkan supaya dicabut sahaja.



Dalam keadaan menahan kesakitan, hamba tidak mampu berfikir dengan waras.. Ikut saja kata doktor lah.. maklumlah mereka merupakan pakar dalam hal sebergini.. Tak sampai 5 minit.. hamba mua terasa kebas-kebas di gusi dan terasa rahang hamba mula membengkak.. Dengan tabah, Doktor Jaya menerangkan kepada hamba kebarangkalian mencabut gigi tersebut dan kesan sampingan yang mungkin akan berlaku.. hamba hanya mampu mengangguk kepala sahaja... kemudian.. beliau memulakan pembedahan kecil tersebut.. tak sampai 20 minit.. semuanya selesai dan hamba boleh pulang.. cepat dan pantas..

Sepanjang perjalanan pula, hamba tak lah terasa sakit sangat sebab bius masih lagi ada dan sejam selepas itu.. bermulalah keperitan dan kesakitan yang teramat... mulalah hamba jadi serba tak kena.. kalo orang bising pun hamba akan cepat marah dan tak boleh cakap banyak.. Hamba dibekalkan dengan pelbagai ubat, antibiotik dan kapas..



Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.. mampu juga hamba lalui kesakitan tersebut.. cuma hamba kena jaga gusi tersebut sampai ia pulih sepenuhnya.

3 comments:

nazzman ibrahim said...

sakit gigi semua benda buat tak kena huhuhu ayam berkokok pun naik angin masa sakit tu..

Syamz said...

yup.. bukan tu je.. rasa mcm nak pitam nak mengamuk je kan..

Anonymous said...

ubat bukan nk makan..pastu ngadu sakit! grrr