Sunday, October 19, 2008

Aku Mengejar Kau BerLari


Teman
Persahabatan ini bukan diduga
Keserasian itu bukan ciptaan ku
Bukan imaginasi ku
Tetapi ia hadir dibumi realiti ku

Teman
Pertemuan ini bukan dirancang
Kehadiran kita bukan dipinta
Bukan dirayu juga bukan kita harapkan
Tetapi ia hadir dengan sendiri

Teman
Kau mengakui kehadiran ku
Kau sedar aku disisi mu
Kau rasai sentuhan ku
Malah.. tanpa kau sedari
Kau luahkan kata-kata azimat itu

Teman
Aku berlari mencari erti pertemuan itu
Malah aku berusaha mengerti erti kebenaran itu
Aku berusaha untuk mendalami
Siapakah diri mu itu

Teman
Dengan rancak aku mengejar mu
Semakin laju nafas mengikut irama nadi ku
Bergitu pantas jantung ku berdenyut
Hanya inginkan menghampiri
Dan memiliki dirimu..

Teman
Kau berlari dengan pantas
Tanpa melihat aku dibelakang
Kenapa kau cuba mengelakkan diri
kenapa kau cuma menanfikan kebenaran itu
Mengapa kau cuba berlari dari realiti itu

Teman
Mengapa kau perlu menipu diri
Menipu perasaan dan rindu itu
Kau mahu bermain didunia yang kau sendiri tidak tahu
Itu adalah realiti atau fantasi

Teman
Akan aku berusaha mengejar mu
Akan aku berlari mendakapi mu
Akan aku buktikan usaha ku ini
Walaupun jarak dan masa penghalang kita
Akan aku usaha
Berlari terus berlari
Berlari dan mengejar mu
Hanya untuk mengenali dan memiliki Mu

Teman
Berilah peluang itu
Untuk kita harunggi bersama
Untuk kita membuka lebaran baru
Mencoret kenangan dan pengalaman
Pahit manis kita bersama

Nukilan : syamseliman

2 comments:

Anonymous said...

coretan double meaning yang terindah.. hehe

Syamz said...

this poem.. i dedicate to someone.. heheh