Friday, October 24, 2008

OldTown Coffee Vs Kopi Kampung



"Mamak, tea tarik satu"
Boley..
"Mamak, Tea tarik separuh"
Tak Boley..
Kenapa tak boleh?...

Hamba sentiasa teringat iklan ini.. kalo lepak kedai mamak, pasti ayat ini akan jadi perbualan utama.. tidak pun, ia akan menjadi pembuka topik kami semua.. Kelakar tapi penuh pengertian..


Semenjak kebelakangan ini, hamba telah menjadi penggunjung setia OldTown White Coffee. Kenapa yup? bagi hamba tidak salah kalo kita ingin bertukar selera.. kalo dahulu, kita asyik nak pergi Starbuck, Coffee Bean dan seangkatannya. Tapi kini kopitiam ala-ala traditional mula menambat hati.

Apa yang hendak dinikmati disini. Menu utama pastilah coffee, tapi tak dapat dinafikan menu yang disajikan mampu memenuhi citarasa kita. Roti bakar, Jus buah-buahan, dan sebagainya.



Kalo kita nikmati kopi kampung, pasti kita akan nikmati bersama biskut kering ( brand pin ping) tak pun biskut mayat.. kata orang kampung. hehehehe.. kenapa panggil biskut mayat?.. kerana, menu yang akan dihidangkan semasa upacara pengkebumian sebab masa dahulu kala.. masa tu mana ada katering dan siapa nak masak dikala orang sedang bersedih meratapi pemergian insan tersayang.

Kalo kita nikmati Coffee di kopitiam, mesti nikmati bersama roti bakar. emm.. baru terasa nikmatnya. Yang pasti, disini semuanya ada Wifi demi kemudahan penggunjung. Sambil makan boleh melayari laman web.



Bagi hamba, kopi kampung tetap ada kelas dan rasa yang tersendirinya. serta pencita setianya. Bergitu juga dengan cofffee yang telah di olah menggikut citarasa terkini.. Walaupun itu pilihan semasa, jangan lah kita lupa nikmati kopi kampung kerana takut nanti generasi muda tidak tahu bertapa nikmatnya dan aslinya kopi kampung.



Biarlah kita hidup diarus kemodenan tetapi, tidak semua benda harus manggalami perubahan yang drastik, bukan apa.. janganlah kita lupa pada asal usul dan tradisi kita.. itu merupakan warisan orang dahulu kala. Bagi hamba, kopi kampung dan Coffee di kopitiam, masing-masing mempunyai pencinta dan rasa yang tersendiri..


Tokyo blue bersama laman blog nya dan Life in The Sky - sibuk nak makan

4 comments:

Anonymous said...

ayoo...so makan ati tgk gambo2 ni... uhuks...

R***

wénkt said...

oh ok

sunway or sec9 sebelah concorde?

Syamz said...

Sunway..

Unknown said...

Dear lovely brothers,

I wonder there are very interesting story that I missed out, you are very mysteries brother for me oven thought I your little brother hehehehehe (interesting, secreting, full of exploring it was you) by the way, you a very good Guiding Bother to me, always put my satisfying for you brave.. I think you know what I mean kekekekeke…

Anyway we together in these colors of life… understanding each others, chuckle and crying for the same things hikhikhikhik, always pray for the best to each other rite!!

God Bless

**AndriGil**