Tuesday, September 30, 2008

Pergi Untuk Seketika - ( Part 04 )



Dipagi raya ini.. hamba tak banyak sangat aktiviti yang hendak di coretkan.. hamba sempat memasak ketupat, lemang dan serta panaskan rending. Beraya lah seorang diri.. menjamu selera.. sambil mendengar lagu raya.. terkenang kampung halaman.. sedih sangat tapi apa nak buat dah menjadi tanggungjawab hamba..



Bangun je pagi tu.. hamba teruslah memasak kuah lodeh (lemak sayur) tuk makan dengan ketupat, rendang dan serunding.. Hamba sempat singgah ke Carefour untuk mencari bahan-bahan untuk memasak.. harga disana.. sememangnya mahal.. tapi tak semua bahan yang hamba perolehi disana.. ye lah mana nak cari tahu kering dan tempe.. apa yang bestya.. hamba asyik makan dan makan..


Dikala itu.. hamba mula terfikir apa yang sebenarnya maksud raya bagi hamba pada masa ini :
1. Yang pasti.. no more puasa ( nanti puasa 6 pulak )
2. Time to say sorry dan bermaafkan dengan ayah dan bonda serta ahli keluarga
3. Dengar takbir then pakai baju melayu baru kemudian pergi solat raya
4. Makan ketupat dan juadah bersama keluarga
5. Kena hulur duit raya dekat anak-anak buah.. adik beradik yang belum berkahwin
6. Waktu nak menonton cerita best2 di TV.. sambil makan kuih raya dan minum air berkabonat.


Ketika hamba disana.. ini semua merupakan kenangan yang sedih buat hamba.. maklumlah tak dapat lalui semua itu.. Pergi hamba hanya untuk seketika..

2 comments:

Anonymous said...

the best journey episode ever

Syamz said...

thanx so much.. hamba akn terus mencoret catatan hamba..