Monday, September 22, 2008

Cukup.. Hamba sudah RiMAS



Maaf kan hamba jika semenjak kebelakangan ini.. kehadiran blog hamba terlalu banyak yang menyinggung sesiapa dimuka bumi ini. Bukan niat hamba untuk menyakiti sesiapa akan tetapi itu lah luahan hati hamba.. maaf banyak paparan yang hamba tidak mahu paparkan kerana hamba ingin menyimpan sedikit rintihan ini untuk renungan hamba..

Baru- baru ini.. hamba dikejutkan dengan mesej dari seorang hamba Allah... beliau tidak bergitu penting dalam kehidupan hamba (maafkan hamba). Akan tetapi hamba jadi binggung mengapa dan kenapa beliau ingin meluahkan rasa ketidak puasan orang lain kepada hamba. Jika benar insan tersebut terasa hati dengan hamba.. lauahkan sahaja.. dan bukannya tuan hamba menjadi postmen yang tak bergaji.. wartawan yang tak bertauliah.. orang suruhan yang tak bermajikan..



Hamba cukup terperanjat dengan apa yang ingin tuan hamba katakan.. akan tetapi mengapa tuan hamba tidak mengkaji terlebih dahulu.. tanya orang dipersekitaran.. tanya pendapat orang.. ini tidak.. kamu melenting seperti cacing kepanasan malah seperti ikan kekeringan air. Hamba terlalau sedih kerana... tuan hamba mudah terpengaruh.. mudah melenting malah mudah termakan pujuk.. malahan hamba tidak ada pendirian hidup..cukup lah untuk hamba menggenali tuan hamba setakat ini.. kerana hamba bergitu malu dengan sikap kebudak-budakan kamu itu malah tidak pandai menggunakan akal fikiran untuk berfikir dengan rasional.

Buat insan tersebut.. maafkan hamba.. cukup sekadar ini.. usah lah tuan hamba ingin memasuki ruang kehidupan hamba.. bukan hamba membenci tuan hamba.. akan tetapi.. hamba cukup rimas dengan sikap tuan hamba itu.. Sedarlah.. kelak tuan hamba akan tahu apa itu permata.. apa itu kaca.. walaupun kedua-duanya cantik bersinar dibawah cahaya.. tetapi.. yang mana satu lebih bernilai?

No comments: