Monday, September 8, 2008

mEngapa Dan kEnapa Ya...

Semalaman fikiran hamba terlalu buntu.. entah banyak sangat yang bermain di kotak fikiran ini.. pelbagai persoalan perlukan jawapan.. pelbagai masalah perlukan penyelesaian.. Semalam.. hamba menghantar msg kepada teman lama hamba yang kini kami tidak lagi serapat seperti dahulu.. (kami mempunyai alasan yang tersendiri).

Pinta hamba hanya satu.. mengapa kau cuba hadir dalam hidup hamba dengan suasana yang membuatkan kita lagi tegang dan mencari perbalahan.. hamba bergitu terkilan kerana kau berubah sekelip mata.. apa yang pasti.. wang ringgit telah banyak menghantui nafsu tamak kamu..

Teman.. dengar lah penjelasan ini.. selama ini, kita tidak pernah sedikit pun berkira tentang apa yang kita perolehi malah kita berkongsi segalanya.. setelah kita berjauhan.. kau mula menghitung segalanya.. inilah manusia.. tidak pernah puas dan sentiasa mencari masalah.. jika kau fikir.. dengan wang ringgit itu boleh membuatkan kau bahagia.. baiklah.. kau cakap kepada hamba.. segalanya usaha dan titik peluh hamba selama ini.. bukan untuk hamba sahaja..

Ingat pesanan hamba.. jika kau mahu bermain dengan cara kotor.. tidak mengapa.. silalah.. biarlah tuhan membalasnya.. akan tetapi.. hamba tidak akan berdiam diri.. dan akan hamba fikirkan jalan terbaik menyelesaikan masalah itu tanpa bersemuka dengan kamu.. hamba dah cukup rimas dengan tipu helah dan permainan kamu.. hamba akan bertindak sekiranya itu yang kamu mahukan..

Sesungguhnya.. hamba ingin mengucapkan semoga kamu berjaya menempuhi hidup ini .. harap.. kamu berubah lah perangai.. kerana ia akan memakan diri kamu kelak..

2 comments:

Zuer said...

thanks for kindly comment.....

Syamz said...

its ok dear..
life in this reality world is not simple.. we need some1 to guide and need advised from others.. no body is perfect.