Thursday, September 25, 2008

SediH.. SyahWal menjelang Semula


MyCartopia.com Click here to get one

Entah.. hamba terasa semakin hiba dan pilu bila menghitung kehadiran Lebaran ini.. Sepatutnya kita perlu meraikan dengan gembira dan senyum serta gelak tawa.. Ini bukan bagi hamba.. entah lah.. bila dikenang-kenangkan semula.. perasaan rindu terhadap keluarga di kampung halaman tidak dapat dibendung lagi...

Hamba semakin sebak bila mendengar lagu raya.. entah kenapa dan mengapa... hamba menjadi benci mendengar lagu raya di putarkan.. bukan mengkritik pasal lagu atau melodi.. tetapi hamba semakin pilu bila mendengarnya..

Banyak sebab yang membuatkan hamba terharu dan sedih.. terkenang-kenangan silam.. dikala berbuka puasa dan bersahur bersama teman baik hamba.. dimalam hari.. kami perpusu-pusu meredah Jalan Tuaku Abdul Rahman semata-mata hendak merasakan suasana orang dikota membuat persiapan menyambut lebaran.. kami akan sibuk berkemas dan membuat persiapan menyambut raya.. yang pasti kami akan ada sepersalinan baju baru dan sibuk membuat tempahan kuih muih.. Paling terasa.. bila kami bersama-sama menyediakan hidangan untuk dipagi lebaran.. Masak Rendang Ayam Pencen, Sambal Kacang, Kuah lodeh dan rebus ketupat segera.. Dia pula akan sibuk mencari lemang.. Seronok sangat waktu itu.. tetapi.. itu semua hanyalah kenangan.. dan tahun ini.. hamba menyambut lebaran tanpa itu semua...

Ingatkan.. kehadiran lebaran ini, hamba dapat menyambut bersama keluarga tercinta.. akan tetapi.. itu semua hanya harapan kerana hamba lebih diperlukan untuk bertugas dari meraikan saat kegembiraan itu... ahksss... mengapa mesti hamba lagi...

2 comments:

Zuer said...

ermmmzuer pun rasa sedih gak...nanti pergi dubai...jgn lupa ingat kat orang kat Malsyia nie k...Take care

Syamz said...

InsyaAllah.. hamba akan ingat teman-teman di tanah air ne... hamba dah siapkan bekal tuk g sana.. sedih lah.. takut sebak je nanti.. TOLONG..