Sunday, September 28, 2008

Pergi Untuk Seketika - ( Part 02 )



Tuan - Tuan dan Puan – Puan,

Kita telah mendarat di Lapangan Antarabangsa Dubai

Anda diminta duduk sehingga isyarat pasangkan tali pinggang dipadamkan.. Anda dilarang menggunakan telefon bersel sehingga pintu pesawat telah dibuka… Waktu tempatan sekarang ialah 3 pagi bersamaan 28 September dan suhu diluar 30’C. Bagi pelawat, kami mengucapkan ‘Selamat datang’ dan bagi warganegara ‘Selamat pulang’.. Terima kasih kerana menyertai penerbangan Malaysia.



Hamba berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 2359. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai mengambil masa selama 7 jam. Pesawat yang hamba naiki ini akan meneruskan perjalanan ke Beirut. Penat tak terkira.. maklumlah, petang tadi sedang hamba enak beradu.. tetiba ada panggilan.


Syamz.. emak perlukan bantuan kamu.. please help me to choose my new sofa.. Emak kat Fella Design ne.. pening lah pulak nak pilih yang mana.. emak datang ambik syamz sekarang tau.. dah pergi siap sekarang.” Cik Gayah’ ( ibu angkat hamba)



Belum sempat hamba memberi sebarang cadangan.. beliau dah letak telefon… setelah puas memilih sofa.. sempat kami menjeling – jeling untuk mencari kuih raya. Pada petang itu.. kami puas berjalan ke PKNS semata – mata ingin melihat apa yang boleh kami beli.. dan hamba pula sibuk nak menambahkan lagi bekalan makanan semasa diperantaun.. Emm.. nak tunggu kuih raya dari bonda tercinta di kampung.. lepas kembali nanti baru nak balik kampung.. so hamba beli lah kuih kegemaran hamba.. Kuih Tart Nenas, kuih popia kecil..( sumbangan emak gayah )


Tak banyak yang boleh hamba coretkan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke dubai.. apa yang pasti.. pengalaman dahulu telah banyak mengajar hamba apa bila hendak ke Negara Arab.. hehehehe.. tak yah lah nak tahu apa pengalaman itu..



Setibanya hamba di dubai..tak banyak aktiviti.. kerana nak beradu dan mengganti tidur yang tak lena kebelakangan ini.. heheh.. Apa yang pasti.. kebanyakkan kedai disini semuanya tutup pada siang hati.. padu pukul 1930hrs baru suasana di bandar ini mula meriah.. Waktu disini berbuka lebih kurang 1815hrs. Memandangkan kebanyakan kedai dan restaurant hanya dibuka selepas pukul 1930hrs, so hamba hanya berbuka ala kadar kerana nanti nak makan nasi biriyani.. emm kalo g dubai, tak sah kalo tak makan nasi biriyani.. Sepanjang perjalanan hamba ke Deira Tower mengambil masa lebih kurang 30 minit.. perjalan terlalu sesak dan padat. Ini mungkin disebabkan oleh masyarakat disini membuat persiapan untuk menyambut Eid Mubarak tambahan pula terlalu banyak pembangunan dan baik pulih jalan raya.. so banyak lah lencongan disana sini.. Sampai sahaja.. apa lagi.. teruslah hamba menuju ke restaurant biriyani Visitor.. seperti biasa.. menu kegemaran hamba Chicken Biriyani dan sempat bungkus untuk bersahor nanti.




Kemudian hamba meneruskan perjalanan mencuci mata sambil membeli belah.. haha.. jangan fikir yang bukan bukan.. maksud hamba melihat-lihat keindahan bangunan di dubai dikala waktu malam serta gelagat manusia membeli belah. Sebenarnya banyak juga list barang yang hendak dibeli.. ada teman-teman mengirim pakaian, kain, coklat dan sebagainya..





Hamba terjebak membeli jubah putih untuk dipakai ke masjid untuk solat Aidil Fitri. Hehehe.. harga nya bolehlah tahan.. saja gatai nak pakai macam orang sini.. heheh its look nice.. siap pak arab tu kata macam orang tempatan.. ke dia peril hamba. Banyak benda hamba pelajari tentang pemakaian jubah disini.. rupanya ada pantang larang.. nantilah kalo ada kesempatan.. hamba akan coretkan. Itulah perjalan hamba untuk hari ini…

1 comment:

Zuer said...

salam Pak Haji, ada ole2 dari Dubai tak?