Monday, September 29, 2008

Pergi Untuk Seketika - ( Part 03 )


Cuaca di pagi hari disini terlalu bahang.. Hamba hanya mampu berguling dikamar sahaja.. bukan apa.. Tak larat nak menempuh kehangatan disini. Panas yang teramat sehingga terasa ke tulang rusuk. Bayangkan cuaca 40'C pada siang hari..


Perjalanan diteruskan dan hamba singgah ke City Centre maklumlah nak melihat apa-apa yang boleh di beli untuk persiapan terakhir sebelum lebaran. Hamba amat terpegun dengan keindahan serta kecanggihan shopping mall tersebut. Terlalu banyak branded shop dimana kita tidak perlu pergi ke Europe, semata mata hendak ke butik H&M, Ke United State semata-mata untuk membeli di Victoria Secret. Semuanya terdapat sini.



Puas jugalah hamba melawat setiap kedai.. tapi sayang sekali.. tak ada yang menawan mata hamba so tak banyak lah hamba nak shopping. Pusing punya pusing.. terasa dahaga pulak..hehehe.. (puasa lah) tapi yang pasti disini.. kebanyakan kedai makan dan coffee shop tidak dibuka sehingga selepas waktu berbuka puasa..


Hamba sempat juga membeli belah sedikit keperluan untuk memasak di pagi raya.. maklumlah nak makan kuah lodeh, sambal kacang dan ketupat segera. Singgah lah hamba ke Carefour tuk membeli bahan-bahan memasak. Harga disini sememangnya mahal-mahal gile.. macam mana yup nak hidup disini dengan gaji macam di KL. Baik simpan je angan-angan tu..


Setibanya di hotel.. hamba berurusan dengan pihak hotel untuk mendapatkan makluma mengenai bila Aid Mubarak.. emm.. belum tahu lagi lah pulak.. sedangkan Kl dah buat penggumuman syahwal pada 1 Oktober 2008. Sebelum hamba melelapkan mata untuk tidur.. hamba di kejutkan dengan panggilan telefon..

“ Marhaba.. Excuse me sir, I’m calling from reception. I would like to inform you that tomorrow ( 30 Sept 2008 ) will be Aid Mubarak”

Alamak.. terkejut juga hamba.. emm.. kenapa tak kedengaran takbir raya pun.. tetiba hati dan perasaan hamba terlalu sebak.. teringat kat ayah dan bonda.. teringat kat kampung halaman.. emm pasti waktu ini kalian sedang sibuk mengemas rumah.. menyusun kuih raya dan sebagainya.. tapi hamba disini tak terasa langsung suasana seprti di tanah air.


Sambutan Aidil fitri di Dubai tidak lah terlalu meriah.. sebaliknya kita mungkin tidak terasa kehangatan lebaran seperti di malaysia... mengapa dan kenapa? hamba cuba mencari jawapan untuk persoalan ini..
1. Disini mereka lebih menghargai kehadiran Ramadhan berbanding Syahwal kerana Bulan ramadhan bulan beribadat
2. Disini mereka tidak mempunyai tradisi seperti di malaysia.. perbezaan adat dan budaya
3. Mungkin disebabkan.. hamba tak faham lagu raya mereka.. heheh lagu arab dah..
4. Disebabkan terlalu pesat membangun.. kedai-kedai masih lagi beroperasi di pagi raya.. so time to shopping mall je

Hamba ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua teman-teman hamba yang menghantar ucapan Aidil Fitri. Maafkan hamba kerana hamba tidak dapat membalas semua ucapan tersebut.

No comments: