Monday, September 15, 2008

HujunG Minggu BersAma KeluaRgA

Pada hujung minggu yang lepas.. hamba tidak mahu melepaskan kesempatan untuk berbuka bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Pada perancangan awal hamba.. minggu hadapan baru ingin pulang ke kampung halaman. maklumlah.. suasana hari raya hampir tiba.. jadi persaan gembira tentulah tidak dapat di bendung... (walaupun tahun ini.. tahun ke8 hamba tidak bersama keluarga tercinta untuk berhari raya)

Jika dilihat jadual hamba.. memanglah padat yang teramat sangat.. hamba ingin memohon ampun buat teman2 yang dah buat slot appointment terlebih awal untuk berbuka puasa atau lepak sambil shopping. Hamba tidak dapat memenuhi jadual tersebut... bukannya famous atau perasan.. hahah tetapi jadual hamba terlalu padat.. harap2 kalian semua faham keadaan hamba.

Mungkin ada yang terdetik untuk meluahkan rasa ketidak puasan hati.. tapi.. maafkan hamba.. Ingat tak pesanan hamba dahulu... " My Lover is no 1, but family is my priority... meaning... i will discuss with you.. i will ask ur opinion.. BUT when my family need me.. i must be there , even we had make early plan.. coz in this world .. i only have 1 mum and dad "

Perjalan hamba ke kampung halaman, bermula pada pukul 4pm pada hari sabtu.. ia mengammbil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke kampung halaman.. mungkin ini ramadhan terakhir buat kami semua di teratak tersebut.. setiba rumah ayah dan bonda.. rupa-rupanya mereka telah membuat perancangan terlebih dahulu..


Sepanjang perjalan itu.. kotak fikiran hamba terbayang-bayang masakan bonda.. tetapi setiba di rumah.. lain pula kejutan nye.. Kami sekeluarga merancang untuk berbuka di luar sahaja ( Restaurant Din Kota ) emm.. nak buat macam mana.. betul jugakan.. bila lagi bonda hamba nak dapat OFF DAY.. asyik ngan jadual harian beliau yang padat tu je..






Seronok juga coz dapat duduk bersama keluarga melepak makan diluar sambil.. sindir menyidir sesama kami untuk memeriahkan suasana berbuka.. waktu ne lah.. ayah dan bonda membuka rahsia sewaktu kami berpuasa di kala zaman kanak-kanak.

Hamba ingin membuat entry mengenai kampung halaman hamba.. tak pe.. nanti kan lah entry tersebut.. Pada hari ahad.. selepas berbuka.. hamba bergerak semula ke lubuk rezeki dan teratak hamba di KL. Pejalanan sedikit perlahan kerana hujan tidak berhenti sepanjang perjalanan hamba. Sempat juga hamba singgah untuk membeli buah-buahan tempatan di hentian R&R.

Setiba di rumah.. hamba terlalu penat sehinggakan tidak larat nak bangun makan sahor.. tetapi demi bekalan makanan yang bonda kirimkan.. hamba gagahkan diri untuk menjamah bekalan tersebut... Tetiba.. hamba di serang oleh seseorang.....

4 comments:

Zuer said...

ermmm balik kg ker? dah lama rasanya tak pergi keluang... expcly g stesen keretapi keluang...

Syamz said...

Now kluang dah banyak development.. staion keretapi tu still maintain klasik n the main Kluang Station Coffee still there..

Raya nanti... jemput lah datang umah..

Anonymous said...

erm.. cakap la.. suddently whats happen to u bro ? ... who was scold u ? let me know then i give u heal.. :D

Syamz said...

keza --> ada lah hamba mana entah.. teteiba nak serang hamba for no reason.. bukan kena serang parang.. tapi dok membebel tak tentu pasal tanpa tahu pucuk pangkal cite..