Friday, September 5, 2008

MeNu Berbuka

Dalam tak sedar, sudah 5 hari kita menunaikan ibadat berpuasa. Alhamdulilah, hamba masih mampu melaksanakan walaupun dugaan tu ada.. hehehh time ne lah tengok iklan air pun boleh terliur. Hamba teringat dikala zaman kanak2 dahulu.. sampai duduk depan peti sejuk kerana terlalu dahaga dan panas.. mandi setiap jam.. kalo boleh nak pusingkan jam biar cepat waktu berbuka. Tetapi ketika itu.. setiap hari berpuasa pasti ada ganjaran dan imbuhan dari ayah dan bonda.

Pelbagai lauk pauk disediakan.. emmm what time
mereka mula masak yup..


Kini bila dah semakin dewasa ne.. emmm kesedaran wajib berpuasa perlu timbul dalam diri setiap insan. Baru-baru ne, teman2 hamba yang bermusafir semuanya memberi alasan musafir melebihi 2 marhala.. so tak wajib berpuasa.. ye lah beb.. korang g london 13jam ( melebihi puluhan marhala malah ratusan marhala ) akan tetapi.. korang bukan menaiki unta macam zaman dahulu.. so alasan musafir tu macam kurang sesuai tuk di jadikan alasan.. akan tetapi kalo solat tu.. sememangnya hamba setuju dan ia amat practikal.

Oh.. dalam kesibukan berbuka pusa, hamba tidak ketinggalan melawat gerai2 ramadhan yang boleh hamba katakan.. pada tahun ini tidak lah bergitu meriah seperti tahun2 dahulu.. mungkin disebabkan kenaikan harga minyak.. membuatkan harga barang keperluan meningkat menyebabkan peniaga tak pasti akan margin keuntungan mereka.. so baik tak yah berniaga kalo penat je lebih.

Cuba teka... Nasi Ambang tu macam mana?

Apa yang pasti.. tahun ini.. kuasa pembeli membuat pilihan semakin kecil.. maklumlah.. semua makanan naik harga tak tentu pasal.. bayangkan kuih muih sekarang '5 for RM2' so satu dalam RM0.40. Waw.. memang ketara kenaikan harga tu.. yang pasti.. saiz kuih semakin kecil berbanding dahulu.

Pelbagai juadah berbuka puasa..

Kuih kegemaran hamba.. tepung pelita


Seperti sedia kala.. bulan puasa ne.. hamba mesti kena beli menu wajib tuk berbuka.. entah macam tak ada mcm tak lengkap je buka.. air soya panas.. kuih tepung pelita.. kurma dan bubur manisan.. hehehe

Selamat berbuka...

4 comments:

Zuer said...

salam...sedapnya makanan2 yang terpapar kat skrin aku nie...uhhh sungguh menyelerakan? So bagaimana puasa? ok?
Syamz aku kurang setuju tentang pandangan ko pd musafir yg ko cakap kan. Aku ada tanya beberapa org ustz dan org yng berilmu yang juga telah mendapat pandangan dr Ust Haron Din. Allah telah memberi pelepasan yg istimewa kepada org musafir. Kita tau..sekarang ada kereta, motor, kapal terbang ...so cepat lah sampai kan? It terpulang pada dia sama ada nak puasa ker atau tak nak.. Janji dia sudah melebihi 2 marhala...itu sudah cukup mengkatogerikan dia sebagai musafir dan dia ada hak musafir. "jagan halalkan benda yang haram dan jgn haram kan benda yang halal. Dlm konteks ini...kita ambil :jgn haram kan benda yang Halal"

Saya pun kurang dlam bab2 nie. tu pun banyak bertanya. Wasalam

Syamz said...

Hai Zuer..
Thanx so much diatas pandangan u..
Hamba faham apa maksud u and hamba pun tak lah mahir sangat, tapi hamba ada juga bertanya.. berpuasa adalah wajib bg org islam.. akan tetapi kita ada pengecualian.. cuma jgn mengambil endah pengecualian itu demi kepentingan nafsu.

Maksud yang hamba maklumkan.. kita mnasih boleh berpuasa walaupun kita musafir.. kita berpuasa kerana Allah sesungguhnya Allah maha mengetahui..

Salam Ramadhan

a'azheem said...

fasting month,i dont really bother about the menu since i'm having eating disorder but i'm kind of feel the joy of ramadan.it's really nice to have the breaking fast together with your family.as i grew older, the joy & fun is not as much as when i was a kid.but i do feel greatful of what God has given to me,of what i have today.

azmiyogi said...

HI Syamz,

I really like your blog. Its dramatic and yet relevant. Its harsh realities and yet it is somehow necessary.
I get really geram and hungry looking at the food, and I get more geram tengok si Hakim tu.... Comelll nyer.... Anyway, I believe we create our own destiny in our journey in life. There are no road to Happiness. Happiness is the road. . . Enjoy your wonderful journey ahead Syamz. I wish you lots of love... take care ok? I hope you have considered me a friend in your life.

Az