Saturday, September 13, 2008

PerJalan Hidup HambA Seminggu

BERBUKA PUASA DI GRAND BLUE WAVE SHAH ALAM

Perjalanan hidup hamba seminggu yang lalu tidak lah bergitu menarik.. seperti hari-hari yang mendatang dengan kehadiran ramadahan yang mulia ini. Hamba masih kuat menjalani ibadat puasa ini dengan tenang. Rencana kehidupan hamba sedikit sebanyak berubah dikala senja tiba.. maklumlah.. sibuk hendah berbuka.. maka sibuklah hamba ke sana sini untuk berbuka puasa..



Hamba sempat menjamu selera di Grand Blue Wave Shah Alam untuk majlis berbuka puasa disana.. Tidak di nafikan hidangannya bergitu banyak dan nampak sedap-sedap berlaka. Bayangkan pada hari itu lebih dari 600 orang. yang hadir... Waw.. sampai kena buka banquet hall untuk berbuka puasa. Oleh kerana terlalu ramai.. hamba dapati kualiti makanan di hotel tersebut tidak di titik beratkan.. contohnya.. makanan yang seharusnya dihidangkan sejuk tidak berapa sejuk bergitu juga dengan makanan yang seharusnya panas. Nak buat mcm mana.. terlalu ramai...



Hati hamba terdedik seketika bila mengenang suasanaberbuka puasa di kampung halaman malah di rumah-rumah anak yatim.. bagaimana dengan suasana dan apakah hidangan makanan bagi mereka. Tahun ini, hamba belum kesempatan berbuka puasa dengan anak-anak yatim sepertimana hamba dan temam-teman lakukan setiap tahun. InsyaAllah kalo ada kelapangan, akan hamba tunaikan.


DEMAM

Selang berapa hari yang lalu, hamba mengalami deman panas yang teruk.. malah muntah-muntah disebabkan Food Posioning. Ne lah akibatnya bile membeli makanan tidak mengambil endah tahap kebersihan. Bukan nya hamba memandang enteh.. tetapi.. ye la.. bila makanan tu nampak cantik.. mestilah sedapkan.. heheh.. tetapi kebersihan pulak tidak dijaga. hampir 3 hari hamba melekatkan diri di kamar.. sakit yang teramat.. tetapi hamba masih mampu berpuasa.



Bukan apa, malas je nak ponteng-ponteng sebab.. malas nak ganti nanti.. maklumlah.. kalo tak puasa penuh tak leh raya.. (pesanan ayah dan bonda dikala kecil). Hamba bersyukur kerana diberi kekuatan malah kelebihan menikmati ramadhan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran.


3 comments:

Anonymous said...

sakit senyap2 jek

Zuer said...

salam...kenaper tak sihat ker? So mcm mana sekaramg? ada baik ker? jaga diri baik2, makan tu jgn main makan jer k. Take care ur self bro.!! Apa2 call k.

Zuer said...

salam...heheheh..kenaper buang baik entry tentang selamat hari raya...baru nak tengor..raya lambat lagi...
lagi 2 minggu daaaa